Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

CNN Turut “Berminat” Insiden Kerosakan Kereta Kebal Tentera Darat

Dalam laporan bertajuk “Tank stops traffic as Malaysian army vehicles break down two days in a row”, wartawan versi online CNN.com, Heather Chen menulis bahawa insiden kerosakan kereta kebal yang berlaku pada Jumaat lepas (26 Ogos) turut menarik cemuhan daripada netizen.

0 1,822

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Insiden kerosakan sebuah kereta kebal PT-91M milik Tentera Darat di sebuah jalanraya di Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kesesakan teruk lalulintas beberapa hari lepas telah menarik media-media serantau dan antarabangsa.

Media-media serantau dan antarabangsa termasuk versi online saluran berita terkenal dunia, CNN.com turut memberikan ruangan yang agak besar terhadap kejadian “malang” yang menimpa kereta kebal Tentera Darat itu.

Dalam laporan bertajuk “Tank stops traffic as Malaysian army vehicles break down two days in a row”, wartawan versi online CNN.com, Heather Chen menulis bahawa insiden kerosakan kereta kebal yang berlaku pada Jumaat lepas (26 Ogos) turut menarik cemuhan daripada netizen.

CNN
Laporan CNN.com

 

CNN.com menyatakan bahawa kerosakan kereta kebal itu berpunca daripada masalah enjin yang dihadapinya.

Versi online bagi saluran berita yang terkenal diseluruh dunia itu turut menyatakan bahawa gambar-gambar kereta kebal itu rosak ditengah jalanraya Kuala Lumpur yang sesak itu telah mengundang lawak jenaka daripada netizen.

Ramai netizen di media sosial juga melemparkan kritikan mereka kepada Tentera Darat di atas apa yang didakwa mereka sebagai tahap penyelenggaraan yang rendah terhadap kereta kebal terbabit.

CNN.com juga melaporkan sehari selepas kejadian kerosakan menimpa kereta kebal Malaysia itu, kenderaan pengangkut kereta kebal Tentera Darat juga telah mengalami kerosakan.

Bagi portal terkenal negara jiran, The Strait Times pula menggunakan tajuk “Sorry for traffic jam, Malaysian Army says after tank, prime mover break down” untuk laporan kerosakan kereta kebal dan kenderaan pengangkut kereta kebal milik Tentera Darat.

CNN.com
Laporan oleh The Strait Times

 

Laporan oleh versi online The Strait Times itu menggunakan artikel yang ditulis oleh akhbar berbahasa Inggeris tempatan, The Star.

Bagi versi online saluran berita berpengkalan di Singapura, Channel News Asia pula melaporkan permohonan maaf Tentera Darat mengenai kejadian kerosakan membabitkan kenderaan mereka yang terlibat dengan sambutan Hari Kemerdekaan.

Tajuk berita Channel News Asia adalah “Malaysian Army apologises after second vehicle breaks down on KL road.”

Dalam kejadian yang berlaku Jumaat lepas,  sebuah kereta kebal PT-91 “Pendekar” milik Tentera Darat dilaporkan rosak di susur Carcosa menghala ke KL Sentral kira-kira jam 10.27 pagi.

Insiden kerosakan itu dirakam melalui televisyen litar tertutup (CCTV) di Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

CNN
Laporan Channel News Asia

 

Menurut ciapan KLCCC DBKL di Twitter, kejadian itu menyebabkan lorong jalan tengah tersebut terhalang dan trafik sesak.

Beberapa anggota polis trafik membantu mengawal aliran trafik ketika proses pengalihan kereta kebal itu dilakukan.

Kereta kebal berkenaan berjaya ditunda pasukan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke suatu kawasan tidak diketahui kira-kira sejam selepas ia mengalami kerosakan di jalanraya terbabit.

Kereta Kebal
PT-91M “Pendekar”

 

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Google Play

Kejadian kedua pula berlaku pada 11.26 pagi semalm tadi di Muzium Negara melibatkan sebuah Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai yang dalam perjalanan balik ke Kem Perdana Sungai Besi mengalami masalah enjin tidak dapat dihidupkan.

Dalam satu kenyataan, Tentera Darat memohon maaf atau kedua-dua insiden kerosakan yang berlaku terhadap kenderaannya. — DSA

 

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

Comments
Loading...