Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Shipbuilding Intai Peluang Projek Kapal LMS Batch 2, MRSS

Di atas rekod baik dalam menyiapkan empat buah kapal LMS TLDM, syarikat China Shipbuilding and Offshore International Company (CSOC) kini bercita-cita untuk cuba menarik minat Kementerian Pertahanan dan TLDM dalam program pembinaan kapal LMS Batch Kedua dan Multi Role Support Ship (MRSS).

0 2,802

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas berjaya membekalkan empat buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 1 kelas-Keris kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) , syarikat China Shipbuilding and Offshore International Company (CSOC) turut meninjau peluang untuk memperolehi lebih banyak peluang di Malaysia termasuk dalam projek pembinaan kapal-kapal LMS Batch Kedua.

Keempat-empat kapal LMS Batch 1 kelas-Keris itu bernilai lebih daripada RM1 bilion– KD Keris, KD Sundang, KD Badik dan KD Rencong berjaya siap di dalam tempoh yang ditetapkan dan telah pun ditauliahkan ke dalam perkhidmatan TLDM.

Di atas rekod baiknya itu, syarikat CSOC daripada China itu kini bercita-cita pula untuk cuba menarik minat Kementerian Pertahanan dan TLDM supaya mereka diberikan peluang pula untuk terlibat sama dalam program pembinaan kapal-kapal LMS Batch Kedua pula dan Multi Role Support Ship (MRSS).

LMS
Tiga daripada empat kapal LMS Batch 1 milik TLDM yang dibina oleh CSOC.

 

Panglima Angkatan Tentera dalam temuramah dengan media baru-baru ini mengesahkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia telah mendaftarkan projek perolehan kapal LMS Batch kedua itu dalam Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi tahun 2023.

Projek pembinaan kapal-kapal LMS Batch Kedua ini dikategorikan sebagai projek kritikal dan perlu diberi keutamaan tinggi.

ATM dijangka akan memperolehi tiga buah kapal LMS Batch Kedua dalam fasa pertama manakala selebihnya iaitu lima buah kapal LMS Batch Kedua yang lain akan diperolehi pada Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030).

LMS
Rekabentuk Damen Sigma 9113 yang dicadangkan untuk program LMS Batch 2 TLDM.

 

Keseluruhannya, TLDM bakal mempunyai lapan buah kapal LMS Batch kedua dan kesemua lapan buah kapal perang itu bukan sahaja lebih besar dan berar berbanding empat buah kapal LMS Batch 1, tetapi ia juga bakal “bertaring” iaitu dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal dan juga (kemungkinan) peluru berpandu pertahanan udara.

Selain LMS Batch Kedua, syarikat CSOC yang bekerjasama dengan syarikat tempatan, Boustead Naval Shipbuilding dalam pembikinan empat buah kapal LMS kelas-Keris itu turut berminat untuk membekalkan kapal Multi Role Support Ship (MRSS).

LMS
Kapal LMS ketiga TLDM dinamakan “Badik.” (gambar kredit TLDM)

 

TLDM mempunyai keperluan untuk memiliki sehingga tiga buah kapal MRSS dalam jangka masa dekat dan sederhana.

Beberapa buah syarikat asing telah pun menyatakan dengan jelas tentang minat mereka untuk terlibat dalam tender untuk membekalkan kapal MRSS kepada TLDM sekiranya tender itu diiklankan dalam jangka masa terdekat ini.

Antara syarikat-syarikat perkapalan asing yang berminat (sebagaimana dilaporkan oleh Defence Security Asia)  beberapa hari lepas adalah Damen Schelde, Hyundai Heavy Industry, Mitsui, STM dan Tais daripada Turki dan PT PAL antaranya.

Ok apa yang ditawarkan oleh CSOC bagi program perolehan kapal MRSS.

MRSS
Kapal MRSS HDL-13000 yang dicadangkan oleh Hyundai Heavy Industries kepada TLDM.

 

Kapal MRSS yang ditawarkan oleh syarikat China itu kepada TLDM adalah sebuah kapal yang direkabentuk seperti kapal Landing Helikopter Dock (LHD) yang berkemampuan membawa sehingga satu battalion tentera marin.

Ia mempunyai berat di antara 15,000 tan hingga 20,000 tan dengan kemampuan untuk menempatkan sehingga lapan buah helikopter di atas deknya (kombinasi helikopter saiz kecil dan sederhana).

MRSS
Kapal MRSS oleh Damen

 

Ia juga berkeupayaan membawa kereta kebal (main battle tanks) serta kenderaan perisai amfibia.

Memandangkan kos sentiasa menjadi faktor utama dalam segala pertimbangan Kementerian Pertahanan, maka apa yang pasti adalah CSOC menawarkan kos pembelian yang paling kompetitif serta rekod cemerlang menyiapkan empat kapal LMS kelas-Keris dalam tempoh yang ditetapkan seperti dalam kontrak. — DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Comments
Loading...