Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Kerah Varian Termaju Pesawat J-11BH “Kawal” Laut China Selatan

Pesawat pejuang J-11BH merupakan varian terbaru J-11B yang dilengkapi dengan sistem avionik terbaru dan radar AESA yang membolehkannya membawa sistem persenjataan generasi terbaru termasuk peluru berpandu udara-ke-udara PL-10 dan PL-15.

0 1,819

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut China telah mengerahkan varian termoden pesawat pejuang J-11BH yang dilengkapi dengan sistem avionik lebih maju dan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) ke Laut China Selatan.

China dikatakan mula menggunakan pesawat pejuang J-11BH (asalnya adalah pesawat Su-27 Flanker) itu di Laut China Selatan untuk mengadakan simulasi serangan udara dan darat.

Varian J-11BH adalah versi yang lebih berkuasa dengan enjin baru dipercayai WS-10, bahan komposit dan avionik baru berbanding Su-27 Flanker yang mula memasuki perkhidmatan tentera China pada awal tahun 2000.

J-11BH
Pesawat Shenyang J-11BH Tentera Laut China

 

China membina pesawat Su-27 Flanker itu secara berlesen daripada Russia dan memanggilnya J-11 tetapi produksinya telah tamat pada 2018 selepas membina lebih daripada 200 buah J-11 untuk tentera China.

Menurut China Central Television (CCTV), pihak tentera udara negara itu telah mengadakan simulasi pertempuran udara di Laut China Selatan membabitkan 10 buah pesawat J-11BH melibatkan elemen pertempuran udara, taktik serangan dan pertahanan.

Pemerintahan Wilayah Selatan (Southern Theatre Command) merupakan pihak pertama menerima pesawat J-11BH yang bertanggungjawab terhadap keselamatan di sekitar Taiwan dan keseluruhan Laut China Selatan.

J-11BH

Pesawat pejuang J-11BH merupakan varian terbaru J-11B yang dilengkapi dengan sistem avionik terbaru dan radar AESA yang membolehkannya membawa sistem persenjataan generasi terbaru termasuk peluru berpandu udara-ke-udara PL-10 dan PL-15.

Dengan radar AESA, pesawat J-11BH itu mampu mengesan sasaran udara lebih jauh manakala peluru berpandu udara-ke-udara PL-15 dikatakan berkemampuan membedil sasaran udara sejauh di antara 200km hingga 300km.

Varian terdahulu peluru berpandu udara-ke-udara terdahulu iaitu PL-12 dikatakan hanya berkemampuan menjangkaui jarak sasaran sejauh 100km.

J-11BH

Klik Di Bawah Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Usaha menaiktaraf pesawat J-11 kepada varian J-11BH dilakukan untuk bersaing dengan pesawat F/A-18E/F Super Hornet Amerika Syarikat yang dinaiktaraf kepada varian yang dilengkapi dengan radar AESA dan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120D.

Sejurus selepas menamatkan pembuatan pesawat J-11,China telah membuka produksi baru untuk membina pesawat generasi kelima, J-20 “Mighty Dragon” yang merupakan pengganti kepada pesawat-pesawat J-11 itu. — DSA

Comments
Loading...