Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Persiap Pesawat Pejuang Halimunan J-35/FC-31 Untuk Operasi Kapal Pengangkut Pesawat

China dilaporkan sedang menpersiap-sediakan pesawat J-35/FC-31 itu untuk operasi di kapal-kapal pengangkut pesawatnya, sama seperti F-35B dan terkini F-35C Amerika Syarikat yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

9,425
(DEFENCE SECURITY ASIA) – China secara “senyap-senyap” telah mula menguji pesawat pejuang halimunan terbarunya, J-35/FC-31 di atas kapal pengangkut pesawat miliknya, Liaoning baru-baru ini, dalam satu lagi usaha meningkatkan kuasa maritimnya.
Baru-baru ini, dokumentari yang dihasilkan oleh stesen televisyen tempatan CCTV mendedahkan bahawa sebuah pesawat pejuang tidak dikenalpasti jenisnya, telah diuji untuk beroperasi daripada kapal pengangkut pesawat negara ini.
Pesawat pejuang itu kemudiannya dikenalpasti, J-35/FC-31 tetapi pembangunannya masih lagi dirahsiakan daripada pengetahuan ramai.
China dilaporkan sedang menpersiap-sediakan pesawat J-35/FC-31 itu untuk operasi di kapal-kapal pengangkut pesawatnya, sama seperti F-35B dan terkini F-35C Amerika Syarikat yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.
Menurut laporan, ujian operasi pesawat pejuang halimunan J-35/FC-31, yang turut dikenali sebagai FC-31 “Gyrfalcon” itu telah diadakan pada awal tahun ini tetapi diketahui lokasi dimana ujian itu dilaksanakan.

J-35

Pada ketika ini, kapal-kapal pengangkut pesawat China, Liaoning dan Shandong mengoperasikan pesawat pejuang J-15 yang berdasarkan kepada pesawat pejuang Sukhoi Su-33 yang dibelinya daripada Ukraine pada tahun-tahun 90-an.
Pakar-pakar pertahanan China memberitahu akhbar nasionalis negara itu, Global Times bahawa tentera negara itu sememangnya memiliki pesawat pejuang halimunan baru yang sedang dipersiapkan untuk beroperasi di kapal-kapal pengangkut pesawat.
Mereka juga memberitahu bahawa pesawat pejuang halimunan terbaru China itu bukan sahaja akan beroperasi di kapal pengangkut pesawat Liaoning dan Shandong, tetapi juga berkemungkinan besar daripada kapal pengangkut pesawat terbarunya, Fujian yang masih menjalani ujian di laut.
Pada Februari tahun ini, gambar-gambar pesawat pejuang J-35/FC-31 berada di atas dek penerbangan kapal pengangkut pesawat Liaoning bersama-sama pesawat pejuang J-15 telah tersebar, membuktikan bahawa China sedang mempersiap-sediakan pesawat halimunan terbarunya untuk operasi di kapal pengangkut pesawat.
Ia mungkin bermaksud bahawa pesawat pejuang halimunan itu sedang menjalani fasa-fasa kritikal sebelum diserap dalam perkhidmatan udara kapal pengangkut pesawat negara itu.

J-35

Pesawat pejuang J-35/FC-31 dibangunkan oleh syarikat Shenyang Aircraft Corporation merupakan pesawat pejuang halimunan kedua negara itu selepas J-20 “Mighty Dragon.”
Pesawat pejuang J-35/FC-31 adalah pesawat pejuang generasi kelima satu tempat duduk, dua enjin, pesawat pejuang bersaiz-sederhana (medium-sized fighter jet) dengan kemampuan halimunan yang ampuh serta kos yang kompetitif.
Walaupun spesifikasi teknikalnya masih tidak diketahui dengan mendalam, namun Maximum Take-Off Weight (MTOW) pesawat pejuang J-35/FC-31 telah meningkat kepada 28,000kg daripada 25,000kg dan dilengkapi dengan enjin WS-19 dengan kuasa tujahan 12 tan.
Dengan dua buah internal bays yang masing-masing mampu membawa dua buah peluru berpandu udara-ke-udara jarak sederhana.
Selain itu, pesawat pejuang itu juga memiliki hardpoints yang boleh dilengkapi dengan pelbagai jenis bom dan peluru berpandu.
J-31
J-35/F-31
Liaoning
Liaoning
Berbanding pesawat pejuang halimunannya J-20 yang tidak dieksport dan hanya untuk kegunaan Tentera Udara China sahaja, Beijing berhasrat mahu mengeksport pesawat pejuang J-35/FC-31 kepada negara-negara luar.
Pakistan telah pun menyatakan minatnya untuk memperolehi pesawat pejuang J-35/FC-31.
Malah awal tahun ini, Tentera Udara Pakistan memberikan bayangan bahawa ia akan memperolehi pesawat pejuang halimunan generasi kelima  J-35/FC-31  yang dibangunkan oleh syarikat aeroangkasa China, Shenyang Aircraft Corporation.
Ketua Staf Tentera Udara Pakistan, Marshal Udara Zaheer Ahmed Baber Sidhu dilaporkan berkata bahawa pesawat J-35/FC-31 buatan itu akan memasuki perkhidmatan tentera udara negara “tidak lama lagi.”
“Rundingan telah pun diadakan bagi membolehkan perolehan pesawat FC-31, yang akan menjadi sebahagian daripada Tentera Udara Pakistan tidak lama lagi,” kata beliau.
Kini,media-media Pakistan melaporkan bahawa Tentera Udara Pakistan telah pun menghantar kumpulan juruterbangnya untuk menjalani latihan menerbangkan pesawat pejuang generasi kedua buatan China itu, FC-31. –DSA

Comments are closed.