Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Buat Pertama Kali, Pesawat Peperangan Elektronik EA-18G “Growler” Tembak Jatuh Sasaran Udara

Pesawat peperangan elektronik milik Tentera Laut Amerika Syarikat, EA-18G “Growler” (varian kepada F/A-18 Hornet) dilaporkan telah berjaya menembak jatuh sasaran udara buat pertama kalinya dalam sejarah pengoperasian pesawat jenis itu ketika bertugas di Laut Merah baru-baru ini.

0 7,233

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat peperangan elektronik milik Tentera Laut Amerika Syarikat, EA-18G “Growler” (varian kepada F/A-18 Hornet) dilaporkan telah berjaya menembak jatuh sasaran udara buat pertama kalinya dalam sejarah pengoperasian pesawat jenis itu ketika bertugas di Laut Merah baru-baru ini.

Butiran mengenai kejayaan pertama pesawat peperangan elektronik EA-18G Growler itu telah disahkan dalam siaran akhbar terbaru oleh Tentera Laut Amerika Syarikat barui-baru ini.

Pesawat peperangan elektronik EA-18G Growler itu beroperasi daripada kapal pengangkut pesawat USS Dwight D. Eisenhower berjaya menembak jatuh sasaran udaranya buat pertama kali dalam sejarah apabila ia berjaya memusnahkan dron yang dilancarkan oleh kumpulan bersenjata Houthi.

Pesawat peperangan elektronik EA-18G yang berjaya mencipta sejarah itu sebenarnya berpangkalan di Electronic Attack Squadron 130 (VAQ-130) di Stesen Tentera Laut di Whidbey Island, Washington sebelum ia dikerah untuk beroperasi dengan kapal pengangkut pesawat terbabit.

Menurut portal berita pertahanan TWZ, pesawat EA-18G Growler yang berjaya menembak jatuh dron milik kumpulan bersenjata Houthi itu telah pun menampal “kill marking” menenunjukkan gambar dron di sisi pesawat itu.

EA-18G Growler
EA-18G Growler

 

“Kill marking” dron itu menunjukkan bahawa ia telah berjaya menembak jatuh sebuah dron dalam operasi.

Tentera Laut Amerika Syarikat dalam artikelnya dalam The War Zone juga mengakui bahawa

Portal berita pertahanan itu mempercayai bahawa pesawat peperangan elektronik milik Tentera Laut Amerika Syarikat itu telah menggunakan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120 Advanced Medium Range Air-to-Air Missile (AMRAAM) ketika ia menembak jatuh dron kumpulan bersenjata Houthi itu.

Selain membawa peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120 AMRAAM, pesawat peperangan elektronik Tentera Laut Amerika Syarikat itu juga berkeupayaan membawa peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9X Sidewinder.

Selain kejayaan pertama kali menembak jatuh sasaran udara, pesawat peperangan elektronik EA-18G Growler yang berkhidmat di atas kapal pengangkut pesawat itu juga dilaporkan telah berjaya memusnahkan helikopter bersenjata Mi-24/39 Hind yang pada ketika itu berada di kawasan operasi daratan.

 Pesawat Growler dari kapal pengangkut pesawat USS Dwight D. Eisenhower juga telah menggunakan peluru berpandu AGM-88E Advanced Anti-Radiation Guided Missiles (AARGM) buat pertama kali dalam pertempuran di Yaman itu.

EA-18G Growler
EA-18G Growler

 

Pesawat peperangan elektronik EA-18G telah terlibat dalam pelbagai operasi di selatan Laut Merah, Bab al-Mandep dan Gulf of Aden untuk mengekalkan kebebasan pelayaran di perairan milik antarabangsa, menurut kenyataan yang dikeluarkan.

Pesawat-pesawat peperangan elektronik EA-18G Growler daripada VAQ-130 telah melaksanakan tujuh serangan terancang ke kawasan yang dikuasai Houthi di Yaman dan melaksanakan hampir 700 misi tempur untuk melemahkan keupayaan Houthi dalam mengancam kapal-kapal komersial yang belayar di Laut Merah.

Sejak Oktober 2023, pejuang kumpulan bersenjata Houthi yang disokong oleh Iran telah menggunakan pelbagai jenis senjata, termasuk dron berani mati, peluru berpandu kruis dan balistik, kapal permukaan tanpa pemandu (USV), dan kenderaan bawah laut tanpa pemandu (UUV), kadangkala digabungkan dalam serangan kompleks, dalam kempen mereka yang berterusan terhadap kapal perang asing dan kapal komersial di sekitar Laut Merah.

Kumpulan bersenjata Houthi merupakan yang pertama melancarkan peluru berpandu balistik anti-kapal dalam keadaan konfllik.

 Setakat ini, dua kapal komersial telah tenggelam dan banyak lagi yang telah rosak akibat serangan oleh pejuang Houthi. — DSA

 

Comments
Loading...