Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Buat Pertama Kali, Hezbollah Guna Roket Falaq-2 Bedil Ibu Pejabat Tentera Israel di Beit Hillel

Buat pertama kali dalam konflik, pejuang-pejuang Hezbollah telah melancarkan roket berkaliber besar, Falaq-2 terhadap ibu pejabat tentera Israel di Beit Hillel, utara negara itu dan menyebabkan kemusnahan besar terhadap kemudahan tentera itu.

0 1,101

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat pertama kali dalam konflik, pejuang-pejuang Hezbollah telah melancarkan roket berkaliber besar, Falaq-2 terhadap ibu pejabat tentera Israel di Beit Hillel, utara negara itu dan menyebabkan kemusnahan besar terhadap kemudahan tentera itu.

Hezbollah melancarkan roket-roket Falaq-2 terhadap kedudukan tentera Israel di utara negara itu sebagai membalas serangan udara besar-besaran Israel terhadap bandar-bandar Lubnan. Markaba dan Aitaroun.

Kumpulan bersenjata itu menyifatkan Israel telah melanggar beberapa “garisan merah” yang memaksa ia mempertingkatkan tindak balasnya.

Penganalisis menyifatkan penggunaan roket-roket berkaliber besar Falaq-2 oleh Hezbollah terhadap kedudukan tentera Israel adalah satu lagi petunjuk bahawa kumpulan bersenjata yang sokong Iran itu sedang meningkatkan penentangannya terhadap Tel Aviv kepada satu lagi tahap yang lebih tinggi.

Dengan kepala peledak sebanyak 120kg, roket Falaq-2 itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 11km.

Falaq-2
Falaq-2

 

Sumber keselamatan memberitahu agensi berita antarabangsa, Reuters bahawa ini adalah kali pertama pejuang Hezbollah melancarkan roket Falaq-2 terhadap kedudukan tentera Israel selepas ia menggunakan roket-roket Falaq-1 sebelum ini.

Roket Falaq-2 adalah adalah generasi kedua daripada keluarga roket Falaq.

Antara kelebihan utama roket Falaq-2 adalah kenderaan pelancarnya adalah amat manuver dan boleh melancarkan roket dengan pantas dan memiliki mobiliti yang baik walaupun berada di keadaan persekitaran yang sukar.

Ia telah dibangunkan pada 1990-an oleh Shahid Bagheri Industries yang merupakan sebahagian daripada kumpulan Aerospace Industries Organisation (AIO) Iran dan telah menjalani beberapa  naiktaraf bagi meningkatkan lagi prestasinya.

Roket-roket Falaq-2 yang berkaliber 333mm itu turut digunakan oleh angkatan tentera Iran dan juga telah dieksport kepada kumpulan-kumpulan bersenjata yang disokong oleh Iran di beberapa negara di rantau Timur Tengah.

Burkan
“Burkan”

 

Roket Falaq-2 yang berkaliber 333mm itu mempunyai berat keseluruhan 255kg telah digunakan dalam konflik di Yemen, Syria dan kini di Lubnan.

Selain roket berkaliber besar, Falaq-2, pejuang Hezbollah juga telah meningkatkan lagi penggunaan roket jarak dekat “Burkan”yang amat digeruni kerana ia dilengkapi letupan seberat di antara 400kg hingga 500kg atau lebih  dan boleh menyebabkan kemusnahan besar.

Berkemampuan membedil sasaran sejauh 10km menurut penganalisis, roket “Burkan” telah dibangunkan ketika konflik di Syria.

Penganalisis menyatakan bahawa kemungkinan Hezbollah telah mengubahsuai roket itu untuk membawa lebih banyak bahan letupan dan terbang lebih jauh.

Direka untuk peperangan jarak dekat, roket itu bersesuaian untuk menyerang kawasan berpenduduk ramai dan kedudukan tentera.

 

Kumpulan Hezbollah dipercayai menggunakan roket “Burkan”  untuk dua tujuan iaitu mengebom kawasan penduduk dan pangkalan tentera Israel yang berada hampir dengan sempadan Israel-Lubnan.

Satu lagi tujuan adalah mengebom kedudukan tentera Israel yang berada di dalam kawasan padat dengan penduduk di sempadan Lubnan.

“Ramai di kalangan penduduk Israel (di utara negara itu) telah mendengar tentang roket “Burkan” milik Hezbollah dan mereka dapat melihat sendiri saiz letupan yang dihasilkan oleh roket Burkan,” menurut media Israel. — DSA

 

Comments
Loading...