Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jom Lihat Spesifikasi Kapal Friget Guna Konsep SIGMA

Ketiga-tiga buah kapal friget pelbagai misi Tentera Laut Maghribi ini dibina menggunakan konsep SIGMA yang membawa maksud “Ship Integrated Geomatrical Modularity Approach.”

0 7,761

Jom folo Twitter, TelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Februari 2008, Tentera Laut Maghribi telah menandatangani kontrak untuk memperolehi tiga buah kapal friget pelbagai misi (multi-mission frigates) yang telah dibina oleh syarikat Belanda,  Damen Schelde Naval Shipbuilding.

Ketiga-tiga buah kapal friget pelbagai misi Tentera Laut Maghribi ini dibina menggunakan konsep SIGMA yang membawa maksud “Ship Integrated Geomatrical Modularity Approach.”

Mengapa kita tiba-tiba kita bercerita tentang kapal friget pelbagai misi Tentera Laut Maghribi yang dibina menggunakan konsep SIGMA.

SIGMA

Konsep SIGMA itu memberikan fleksibiliti yang tinggi kepada penggunanya pada kos yang jauh berkurangan dengan membenarkan modularity dalam rekabentuk.

Ia adalah kerana menurut laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkenaan program pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS), bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkata tentera laut mahukan rekabentuk SIGMA telah terbukti (proven) untuk kapal-kapal LCS.

Bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan oleh bekas Panglima TLDM itu, akhirnya rekabentuk Gowind oleh DCNS (Naval Group) telah dipilih.

Ok berbalik kepada kapal friget SIGMA Tentera Laut Maghribi, kapal friget pertama “Tarik ben Ziyad” (F-613) telah ditauliahkan pada 2011 manakala kapal friget kedua, “Sultan Moulay” (F-614) telah ditauliahkan pada 2012 dan kapal ketiga “Allal ben Abdellah” (F-615) juga pada 2012.

Secara keseluruhannya, kapal friget SIGMA pelbagai misi Tentera Laut Maghribi itu memiliki panjang 97.9 meter, manakala beratnya pula adalah 2,335 tan dan berkemampuan membawa sehingga 91 orang krew kapal terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain pangkat.

SIGMA

Untuk Pengurusan Sistem Kombat (Combat Management System) kapal-kapal friget SIGMA Tentera Laut Maghribi itu menggunakan sistem TACTICOS yang bertindak sebagai sistem kawalan dan pemerintahan kapal dan combat data system di kapal itu.

Kapal friget SIGMA Tentera Laut Maghribi itu dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal Exocet manakala untuk sistem pertahanan udaranya pula, ia dipasang dengan peluru berpandu VL MICA yang boleh membedil sasaran daripada sejauh 1km hingga 20km.

Kapal juga dilengkapi dengan meriam 76mm Oto Melara Super Rapid Gun sebagai meriam utamanya yang boleh menembak 120 das dalam satu minit dan dua meriam 20mm.

Selain itu, kapal friget SIGMA Tentera Laut Maghribi itu juga dilengkapi dengan sistem torpedo, radar LIROD Mk2 FC yang berfungsi sebagai radar pengesanan untuk meriam utama, radar Smart-S Mk2 3D yang memberikan keupayaan peninjauan dan pengesanan sasaran.

SIGMA

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

LCS
Kapal Littoral Combat Ship TLDM guna rekabentuk GOWIND.

 

Kapal juga dilengkapi dengan Kingklip hull-mounted sonar.

Dek dan hangar untuk sebuah helikopter juga disediakan untuk perkhidmatan sebuah helikopter seberat lima tan.

Kapal friget Sigma Tentera Laut Maghribi itu dilengkapi dengan dua enjin diesel SEMT Pielstick  dengan dua kipas yang mampu membuatkan kapal mencapai kelajuan maksima 27.5 knot dengan jarak operasi 4,000 batu nautika pada kelajuan 18 knot. — DSA

 

Comments
Loading...