Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

🎬Selepas Dilengkapi Kit UMPC, Bom “Bodoh” Russia Menjadi “Bom Cerdik” Yg Menggerunkan

(VIDEO) Laporan oleh stesen televisyen Jerman “Welt” menyatakan bahawa tentera Ukraine telah meninggalkan kubu-kubu pertahanan mereka sebaik sahaja dikerah ke medan hadapan kerana bimbang dihujani dengan bom-bom bodoh Russia yang kini dilengkapi dengan kit UMPC.

0 3,079

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bom-bom “bodoh” Russia yang kini menjadi “cerdik” selepas dilengkapkan dengan kit Universal Module for Planning and Correction (UMPC) atau Unifitsirovannyi Modul Planirovaniya i Korrektsii (UMPK) dilaporkan telah menyebabkan tentera Ukraine berada dalam keadaan amat panik dan ketakutan.

Laporan oleh stesen televisyen Jerman “Welt” menyatakan bahawa tentera Ukraine telah meninggalkan kubu-kubu pertahanan mereka sebaik sahaja dikerah ke medan hadapan kerana bimbang dihujani dengan bom-bom bodoh Russia yang kini dilengkapi dengan kit UMPC.

Bom-bom bodoh Russia yang dilengkapkan dengan kit UMPC turut digelar “bom bersayap” (glide bombs).

Stesen televisyen Jerman itu memperakui keberkesanan bom-bom bodoh Russia selepas ia dilengkapi dengan kit UMPC, yang turut meningkatkan lagi jarak jangkauan bedilan bom-bom bodoh itu.

Agensi berita Russia, RIA-Novosti memetik penganalisis tentera Russia yang menyatakan penggunaan bom-bom bodoh FAB-500 dengan kit UMPC telah menjadi “satu masalah yang amat besar kepada tentera Ukraine.”

Apa yang menjadi kebimbangan utama tentera Ukraine terhadap bom-bom bodoh Russia yang dilengkapkan dengan kit UMPC adalah sistem pertahanan udara mereka tidak berupaya menanganinya.

Bom-bom bodoh dilengkapi dengan dilengkapi dengan kit UMPC disifatkan sebagai kalis sistem pertahanan udara kerana ia tidak menghasilkan sebarang signal elektromagnetik radio atau radar atau haba daripada enjin yang boleh dikesan oleh pengesan Infra Red (IR) sistem pertahanan udara itu.

Russia menggunakan bom-bom bodoh dilengkapi dengan kit UMPC untuk membedil kubu-kubu pertahanan Ukraine yang diperkukuhkan dan terletak di luar daripada kawasan perlindungan sistem pertahanan udara.

Kerapkali tentera Russia menggunakan pesawat pengebom Su-34 untuk menggugurkan bom-bom UMPC itu terhadap kedudukan tentera Ukraine.

Baru-baru ini, Tentera Udara Russia dilaporkan telah mula menggugurkan bom bodoh FAB 1500 M54 seberat 1.5 tan yang dilengkapi dengan “sayap” (glider) serta kit UMPC di kawasan operasi di Ukraine.

Dalam ujian yang dilancarkan, pesawat Su-34 “Fullback” dilengkapi dengan bom 1.5 tan terbabit berjaya membedil sasaran dengan tepat.

Bom FAB 1500 M54 dilengkapi dengan kit UMPC itu dikatakan memiliki CEP (Circular Error Probable) sebanyak 5 meter.

Penganalisis pertahanan Russia menyatakan bom FAB 1500 M54 apabila dilengkapi dengan kit UMPC itu berkemampuan meluncur sejauh 80km atau lebih selepas ia digugurkan oleh pesawat pejuang.

Sayap
Bom-bom FAB 1500 tanpa dilengkapi dengan kit UMPC
Bersayap
Bom bodoh FAB-1500 tanpa kit UMPC.

 

Dengan kemampuan stand-off, pesawat pejuang Tentera Udara Russia boleh mengugurkan bom FAB 1500 M54 yang dilengkapi dengan sayap dan kit kawalan penerbangan UMPC itu pada jarak yang lebih jauh, tanpa perlu memasuki ruang udara Ukraine yang “dikawal ketat” oleh sistem pertahanan udara.

Bom bodoh FAB 1500 M54 seberat 1.5 tan  yang dilengkapi dengan kit UMPC itu memiliki sehingga 700kg bahan peledak, yang mampu menyebabkan terbentuknya kawah sedalam 15 meter manakala radius kawasan yang terjejas hasil letupan bom seberat 1.5 tan itu pula adalah 2km. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

 

Comments
Loading...