Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Boeing F-15EX “Bertembung” Dengan Rafale, Typhoon Bagi Rebut Kontrak Lumayan Arab Saudi

Boeing dan pesawat pejuang F-15EX itu akan bersaing dengan pesawat pejuang Rafale yang dibangunkan oleh syarikat Dassault Aviation manakala pula pesawat pejuang Eurofighter Typhoon pula dibangunkan oleh konsortium syarikat-syarikat Eropah daripada United Kingdom, Jerman, Sepanyol dan Itali.

0 4,325

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Boeing dilaporkan telah mengemukakan varian pesawat pejuang F-15EX Eagle II terkininya kepada Arab Saudi bagi bersaing dengan pesawat-pesawat pejuang Rafale dan Eurofighter Typhoon untuk merebut kontrak berbillion-billion Dollar Amerika negara Arab yang kaya dengan sumber minyak itu.

Tentera Udara Arab Saudi (RSAF)adalah pelanggan lama kerana ia telah pun mengoperasikan varian terdahulu F-15 iaitu F-15 Eagle dan F-15 SA.

“Pesawat pejuang F-15EX adalah pilihan terbaik untuk menambah kemampuan kritikal kepada Arab Saudi ketika negara itu berusaha untuk memodenkan lagi angkatan tenteranya,” menurut jurucakap syarikat Boeing kepad media pertahanan, War Zone baru-baru ini.

Syarikat Boeing menekankan bahawa pesawat pejuang F-15EX berkongsi karateristik dengan varian-varian awal F-15 terdahulu termasuk daripada segi infrastruktur, kelengkapan latihan, jurulatih dan kemahiran juruterbang.

Pada ketika ini, RSAF mengoperasikan 84 buah pesawat pejuang F-15SA.

Arab Saudi
Pesawat-pesawat pejuang F-15 Tentera Udara Arab Saudi.

 

Kenyataan Boeing menawarkan pesawat pejuang F-15EX kepada Arab Saudi itu mengesahkan persaingan tiga buah syarikat untuk merebut kontrak lumayan negara Arab kaya-raya itu, berkemungkinan mencecah sehingga 100 buah pesawat pejuang itu.

Boeing dan pesawat pejuang F-15EX itu akan bersaing dengan pesawat pejuang Rafale yang dibangunkan oleh syarikat Dassault Aviation manakala pula pesawat pejuang Eurofighter Typhoon pula dibangunkan oleh konsortium syarikat-syarikat Eropah daripada United Kingdom, Jerman, Sepanyol dan Itali.

Pada Oktober tahun lepas, Arab Saudi dilaporkan sedang menimbangkan cadangan untuk memperolehi sejumlah 54 buah pesawat pejuang Rafale buatan Perancis bagi tentera udaranya, selepas usahanya memperolehi pesawat pejuang Eurofighter Typhoon dihalang oleh Jerman.

Jikalau perolehan pesawat pejuang Rafale itu direalisasikan oleh Arab Saudi, ia menandakan pembelian pesawat pejuang pertama buatan Perancis oleh negara Arab itu.

Akhbar mingguan Perancis Le Tribune menyatakan bahawa Arab Saudi secara rasmi telah meminta harga bagi perolehan 54 pesawat pejuang Rafale itu daripada syarikat pembuatnya, Dassault Aviation.

Mesir
Pesawat pejuang  “Rafale” Mesir 

 

Sebelum ini, akhbar Perancis itu dalam laporannya menyatakan bahawa kerajaan Arab Saudi bercadang memperolehi di antara 100 buah hingga 200 buah pesawat pejuang Rafale,yang turut digunakan oleh beberapa negara jiran Arabnya.

Sejak beberapa tahun lepas, Dassault Aviation telah berjaya menembusi pasaran Timur Tengah dengan beberapa negara Arab membeli pesawat pejuang Rafale.

Antaranya adalah Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar yang telah memperolehi pesawat pejuang Rafale.

 Tidak lama selepas Arab Saudi menyatakan hasratnya memulakan rundingan dengan Perancis untuk membeli 54 buah pesawat pejuang Rafale, kerajaan Jerman pula memutuskan untuk menarik balik bantahannya terhadap penjualan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon kepada negara Arab itu.

Keputusan dibuat secara mengejut oleh kerajaan Jerman itu sekaligus menjadikan persaingan terbuka di antara Eurofighter Typhoon dengan Rafale untuk merebut kontrak berbilion dollar Amerika daripada kerajaan Arab Saudi itu.

Keputusan Berlin untuk membenarkan penjualan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu kepada Arab Saudi adalah kerana negara Arab itu dianggap membantu “menjaga keselamatan” Israel.

Typhoon
Pesawat pejuang Eurofighter Typhoon Arab Saudi

 

Arab Saudi dianggap “menjaga keselamatan” Israel selepas sistem pertahanan udara miliki Riyadh bertindak menembak jatuh peluru-peluru berpandu dan dron berani mati dilancar kumpulan bersenjata Houthi terhadap negara Yahudi itu.

“Kerajaan Jerman tidak akan menghalang idea Britain untuk menjual lebih banyak pesawat pejuang Eurofighter Typhoon kepada Arab Saudi. Arab Saudi adalah penyumbang utama kepada keselamatan Israel dan negara Arab juga membantu dalam menghalang risiko konflik yang lebih meluas di rantau itu,”kata Menteri Luar Jerman  Annalena Baerbock.

Cadangan penjualan 48 buah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon kepada Riyadh berhadapan masalah selepas kerajaan Jerman pada 2018 bertindak menggantung penjualan sebarang senjata kepada Arab Saudi berikutan penculikan dan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

Urusniaga penjualan pesawat Eurofigher Typhoon kepada Arab Saudi itu berhadapan lebih banyak masalah apabila mahkamah British pada 2019 mengharamkan sebarang eksport senjata kepada negara Arab itu kerana tindakan tenteranya mengebom Yemen.

F-15EX
F-15EX

 

Bagaimanapun, akibat gencatan senjata di Yemen, Britain kini mahu meneruskan penjualan 48 buah pesawat Eurofighter Typhoon itu.

Britain memberikan tekanan terhadap Jerman supaya bersetuju meneruskan penjualan itu.

London menyatakan Jerman tidak lagi mempunyai alasan untuk menghalang penjualan pesawat pejuang Eurofighter itu selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun lepas memeterai perjanjian gencatan senjata antara Arab Saudi dan Yemen. — DSA

 

Comments
Loading...