Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tayangan Kuasa Beijing Mengancam Kestabilan Rantau

Tindakan Beijing memaparkan peta 2023 China Standard Map merupakan langkah strategik dalam percaturan geopolitik untuk memperkukuh cengkaman pengaruh dan mematahkan momentum Barat dalam kekangan perluasan kuasa Beijing.

0 1,624

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tindakan Beijing memaparkan peta 2023 China Standard Map yang menerapkan penguasaan wilayah ke atas wilayah bertindih termasuk dengan Malaysia, Filipina, Vietnam dan India, merupakan langkah strategik dalam percaturan geopolitik untuk memperkukuh cengkaman pengaruh dan mematahkan momentum Barat dalam kekangan perluasan kuasa Beijing.

Penerbitan peta ini bukan sesuatu yang baharu, dan merupakan usaha berterusan selama beberapa dekad dalam membina olahan dan justifikasi konsisten dalam naratif Beijing.

Beberapa faktor menjadi pertaruhan dalam penentuan fasa strategic timing dalam penerbitan peta ini yang sudah dijangka Beijing untuk meraih tindakbalas dan protes pelaku lain.

China
Pesawat-pesawat J-16 Shenyang Tentera Udara China.

 

Pertamanya, faktor Taiwan menjadi indikator, dengan penjualan senjata bernilai USD500 juta di bawah pentadbiran Biden yang telah diluluskan. Ini mencetus kemarahan Beijing, dan ini diburukkan dengan lawatan Naib Presiden Taiwan dan juga calon Presiden dalam pilihanraya presiden Taiwan pada 2024, William Lai ke Amerika yang singgah di New York dan San Francisco.

Beijing terus mempamerkan reaksi serta merta dalam tindakan norma baharu yang menyaksikan usaha intimidasi ketenteraan terhadap Taiwan dengan tayangan kuasa udara oleh berpuluh-puluh jet pejuang China yang melangkaui median line Selat Taiwan, dan juga usaha mengepung kepulauan itu. Ini bertujuan untuk mempertingkat tekanan kepada kerajaan yang diterajui DPP sekarang ini,  sebagai amaran kepada Taiwan untuk tidak menyimpang daripada status quo sedia ada, serta mengharapkan untuk William Lai tidak mendapat sokongan sepenuhnya pada pilihanraya akan datang disebabkan oleh pendirian kerasnya mengenai status Taiwan dan hubungan dengan Beijing. Dalam peta terbaharu ini, penambahan Taiwan dalam lingkungan 10 dash line yang diiktiraf sebagai wilayah rasmi China, diambil kira sebagai usaha berterusan Beijing untuk

Kedua, isu pelepasan sisa air radioaktif yang telah dirawat daripada loji nuklear Fukushima Daiichi telah disambar Beijing dalam mencorak naratif dan gambaran buruk terhadap Tokyo,walaupun bukti saintifik telah disajikan dalam usaha Tokyo memberi jaminan bahawa sisa terbuang ini terbukti selamat dan berada di bawah tahap yang dibenarkan dan telah dijamin oleh Agensi Tenaga Atomik Antarabangsa (IAEA). Peluang ini digunakan untuk terus memberi mesej jelas kepada Tokyo dan juga Seoul, di sebalik pakatan baharu tiga penjuru Seoul-Tokyo-Washington yang kian mengancam Beijing.

Ketiga, platform G20 akan datang di mana India akan menjadi tuan rumah, terus menghimpit Beijing, di mana ia kian tersepit dengan momentum kapasitio tindak balas Delhi yang semakin meningkat, disuntik oleh sokongan Washington dan sokongan serta kapasiti Modi sendiri yang semakin mendapat pengaruh dan faktor dalaman nasionalis yang meningkat. Walaupun baharu selesai persidangan BRICS di Afrika Selatan di mana Modi dan Xi telah mengadakan perbincangan bilateral dan isu pertikaian wilayah dibangkitkan, paparan peta ini bertujuan untuk memacu pendirian dan kapasiti rundingan dan hasil daripada sudut kuasa yang lebih memihak kepada Beijing. 

Ini juga dijadikan sasaran untuk memberikan mesej jelas kepada negara-negara anggota Kumpulan G-77 yang akan bersidang dan juha platform Global South, bahawa Beijing kekal memiliki momentum dan naratif momentum  soft and hard power projection dalam menerajui gagasan anti-Barat dan anti-Amerika melalui kepimpinan Beijing dalam persada ini termasuk gerakan de-dollarisation dan teraju paksi China dengan usaha friendshoring di Timur Tengah, Afrika, Latin Amerika, Asia Tengah dan Asia Tenggara. Ia juga bertonggakkan usaha untuk memberikan amaran jelas kepada ASEAN dan pelaku serantau lain dalam mengekalkan ruang lingkungan kuasa dan pengaruh jelas dalam konteks percaturan ekonomi dan keselamatan negara rantau, serta mengekalkan julat kuasa dan kebergantungan rantau terhadap paksi ekonomi Beijing.

Usaha pemerkasaan kapasiti soft power dan perluasan pengaruh Beijing menghadapi sedikit tentangan dan pendedahan kesedaran baharu, dan Beijing perlu bertindak untuk memastikan tahap kepercayaan dan pengaruh positif kekal terpelihara dalam memainkan naratif victim card  dan menuding jari kepada Barat dan Washington sebagai dalang utama dalam ketidakstabilan rantau dan persaingan kuasa serta senjata yang kian menular.

Jin
Kapal selam nuklear kelas-Jin (Type 094A) milik China diiringi sebuah lagi kapal selam konvensional miliknya sedang dalam rondaan.

 

Pendedahan terbaharu oleh Meta pada minggu ini mengenai percubaan penyaluran makluman tidak tepat atau disinformation campaign yang dikaitkan dengan Beijing yang menjadi platform perluasan pengaruh secara tersembunyi yang terbesar di dunia, menjadi cerminan kepada usaha Beijing dalam membentuk sekutu dan mensasarkan Washington dan Barat sebagai entiti negatif. Dalam laporan pendedahan oleh Meta ini, aktiviti dan usaha untuk meraih sokongan positif terhadap China dan juga menghasilkan komentar negatif mengenai Washington serta maklumat palsu mengenai punca pandemik Covid-19 telah didedahkan sepertimana yang dilaporkan oleh Meta.

Peningkatan acuan Beijing dalam menjadi lebih tegar dan agresif dalam dominasi dan hubungan dengan pelaku lain dipacu oleh tiga faktor utama.

Pertama, Beijing dan Presiden Xi semakin kesuntukan masa dalam merealisasikan agenda Chinese Dream 2049, dalam usaha mengangkat darjat dan martabat China dalam pentas dunia dan dalam mengambil alih posisi kuasa dominan dunia daripada tampuk Barat. Ini disebabkan kelebihan jangka panjang yang dinikmati Barat dalam aset demografi dan indikator ekonomi lain, dan ekonomi China mula merudum dan dijangka akan terus bergelut dengan krisis struktural jangka panjang. Dalam percaturan ini, isu Taiwan kekal menjadi barisan hadapan dalam memastikan historical pride kekal terpelihara, dan penyatuan dengan Taiwan dilihat sebagai semakin sukar untuk dicapai dengan kaedah konvensional dengan kesenjangan masa yang ada bagi Beijing, mengambil kira politik dalaman Taiwan serta sokongan berterusan Barat dalam menjadikan Taiwan sebagai platform kritikal untuk mengekang kemaraan Beijing.

Dalam isu kesempitan masa ini, kegusaran dan pertimbangan mengenai pilihanraya presiden Amerika Syarikat pada 2024 mencorak agenda polisi Beijing untuk mengekang komposisi spektrum menyeluruh di kedua-dua pihak Demokrat dan Republikan dalam menjadikan China sebagai sasaran punching bag dalam meraih sokongan dan sentimen tempatan. Beijing juga gusar dengan prospek kebangkitan Trump dan peluang untuk kembali ke tampuk presiden dengan populariti realistik yang berpaksikan dasar America First dalam menyelamatkan dan mengembalikan kegemilangan Amerika yang dituduh Trump telah lumpuh akibat daripada tindakan dan agenda licik Beijing sejak berdekad lamanya, walaupun berdepan dengan kitaran kes mahkamah dan pertuduhan yang bertalu-talu. Sekiranya Trump kembali ke tampuk kuasa, Beijing sedar tentang tentangan lebih holistik terhadap agenda kebangkitan China, dan ini mencetus persaingan untuk mengejar masa dan memperdalam cengkaman pengaruh dan kuasa sebanyak mungkin.

Kedua, kapasiti tindak balas Barat secara bersepadu, daripada Quad sehingga ke Aukus dan jaringan pakatan pertahanan baharu termasuk dengan Asia Timur dan Asia Tenggara dan negara Pacific Island, telah membantut momentum Beijing.  Polisi wolf warrior approach dan tayangan kuasa secara tegas yang bertentangan dengan norma dan undang-undang antarabangsa  di Laut China Selatan dan kawasan lain telah memaksa pelaku rantau untuk menjalin hubungan keselamatan lebih rapat dengan Barat,  dan ini menyukarkan keberkesanan cengkaman polisi keselamatan Beijing yang terpaksa menggunakan alat ekonomi dengan lebih mendalam. Namun, krisis ekonomi yang dihadapi sekarang telah mengekang percaturan untuk bergantung lebih kepada economic coercion sebagai polisi yang efektif.

Ketiga,, kelemahan impak dan kapasiti cegah rintang oleh ASEAN dan pelbagai mekanisme pencegahan konfliknya seperti ARF dan TAC, dilihat sebagai pembukaan kepada Beijing untuk terus menjadikan rantau ini dan platform ASEAN sebagai laluan mudah untuk strategi divide and rule, untuk memastikan tiada halangan dan cegah rintang yang efektif terhadap tindakan dan cengkamannya.

Ini diburukkan dengan perangkap polisi dasar luar rantau ini yang kekal terpalit dengan kepompong dasar berkecuali, yang terus melemahkan strategi tindak balas.

Luconia Shoals
Kapal pengawal pantai China sedang meronda berhampiran sebuah platform minyak dan gas.

 

Memperkukuh Halaman China, dan Menyingkir Keberadaaan Ketenteraan Washington  

Laut China Selatan kekal penting dan strategik kepada Beijing dalam spektrum komprehensif yang meliputi pelbagai domain kritikal. Ia merupakan laluan maritim terpenting, dalam menghubungkan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi, dan menjadi laluan transit maritim kepada lebih daripada USD5 trillion dalam jumlah perdagangan dunia. Dalam parameter sumber minyak dan gas, ia kekal menjadi rebutan dengan deposit yang melebihi tujuh billion barrels. Sebanyak 80% jumlah sumber minyak China perlu melalui Laut China Selatan Dalam percaturan dominasi dan percubaan untuk memperkukuh cengkaman Beijing dalam zon strategik di Laut China Selatan, faktor pertahanan dan keselamatan menjadi sandaran utama yang melangkaui faktor ekonomi.

Parameter jaminan kepentingan laluan maritim dan perdagangan menjadi sandaran kritikal kepada Beijing, terutamanya dalam memastikan jaminan keselamatan rantaian bekalan dan keselamatan makanan dan tenaga dalam usaha untuk mendokong usaha untuk kekal menampung kapasiti dan sokongan terutamanya dalam konflik perang secara realiti sama ada di Taiwan atau di Laut China Selatan. Kegusaran dan dilema yang dihadapi oleh Beijing di mana Barat mempunyai kapasiti untuk menyekat laluan di Selat Melaka dan Laut China Selatan yang akan mengakibatkan Beijing terkepung dari segi bekalan sokongan yang diperlukan untuk menampung keperluan populasi dan operasi konflik, terus diolah dalam mencari alternatif dan penyelesaian kepada dilema strategic containment ini. 

Sejak sekian lama, Malacca Dilemma, yang merujuk kepada kepentingan Selat Melaka kepada kesinambungan bekalan kritikal kepada Beijing telah menghantui percaturan strategik Beijing. Pelbagai second front channels telah dibentuk dalam menghadapi perangkap geostrategik ini, daripada kaedah BRI yang membentuk sekutu rapat dengan negara-negara strategik yang membolehkan Beijing untuk terus bertapak dan membina pangkalan pelabuhan dan laluan strategik untuk akses langsung ke Lautan Hindi dan Terusan Suez, sehinggalah kepada perluasan pengaruh dan hard power dalam peningkatan besar-besaran kapasiti kuasa laut yang kini menjadi kuasa laut terbesar dunia dari segi jumlah aset kapal laut.

Melalui pangkalan strategik di Gwaddar, Pakistan, dan juga peningkatan cengkaman pengaruh di Myanmar dan Asia Tengah dengan pembinaan laluan darat, laluan alternatif ke Lautan Hindi dan Terusan Suez menjadi fallback platform kepada Beijing dalam menjamin akses kepada rantaian bekalan yang dapat melangkaui akses Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Di sebalik kepentingan ekonomi, sandaran geostrategik pulangan pertahanan dan ketenteraan menjadi nadi utama kepada Beijing, dalam usaha untuk menyokong usaha untuk agenda Taiwan, memastikan kuasa laut Beijing terus terpelihara, memecah dominasi Barat di First Island Chain dan menjadikan Laut China Selatan sebagai pangkalan strategik untuk memecah dominasi Amerika di Lautan Pasifik, dengan aset kapal selam nuklear baharu di berpangkalan di Laut China Selatan yang boleh mengancam benua Amerika.

China akan terus mengorak langkah untuk memperkukuh cengkaman ke atas dominasi di Laut China Selatan, dan pelaku rantau perlu untuk mempertingkat usaha bersepadu cegah rintang yang lebih berkesan dengan sokongan dan jaminan deterrence capacity Barat dalam mempertahankan kedaulatan negara dan wilayah dan mengangkat martabat undang-undang antarabangsa.

 

COLLINS CHONG YEW KEAT

Hubungan Antarabangsa, Strategi dan Keselamatan

 

Comments
Loading...