Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Bangladesh Bakal Ikut Jejak Langkah Pakistan Perolehi Pesawat Pejuang J-10C Buatan China?

Sebagaimana dilaporkan oleh media tempatan negara itu, Tentera Udara Bangladesh dilaporkan berminat untuk memperolehi 16 buah pesawat pejuang J-10C itu.

0 272
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bangladesh dilaporkan bakal menjadi negara kedua di rantau Asia Selatan selepas Pakistan untuk memperolehi pesawat pejuang buatan China, selepas Dhaka dikatakan berminat untuk memperolehi pesawat pejuang generasi  J-10C.
Sebagaimana dilaporkan oleh media tempatan negara itu, Tentera Udara Bangladesh dilaporkan berminat untuk memperolehi 16 buah pesawat pejuang J-10C itu.
Panglima Tentera Udara Bangladesh Marshal Udara Hasan Mahmud Khan dilaporkan berkata bahawa negara itu perlu meningkatkan kemampuan tentera udaranya.
“Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk memperoleh pesawat pejuang pejuang dan helikopter penyerang,” menurut beliau, sebagaimana dipetik oleh media tempatan tentang minat Tentera Udara Bangladesh untuk memperolehi pesawat pejuang J-10C.
Dan perolehan 16 pesawat pejuang J-10C itu hanya peringkat pertama, dengan perolehan susulan pesawat pejuang buatan China itu akan dibuat pada peringkat seterusnya oleh Bangladesh.
Pada Ogos lepas, laporan media menyatakan bahawa China menawarkan pesawat pejuang J-10C kepada Bangladesh untuk menggantikan pesawat pejuang berusia F-7 miliknya yang turut dibekalkan oleh China.
Pada 2022, Pakistan mengesahkan bahawa ia telah memperolehi 25 buah pesawat pejuang J-10C dibangunkan oleh oleh Chengdu Aircraft Corporation, bagi bersaing dengan perolehan 36 buah pesawat pejuang Rafale oleh jirannya, India.
Selain Pakistan, Mesir juga dilapor telah memutuskan untuk memperolehi pesawat pejuang J-10C buatan China bagi menggantikan pesawat pejuang F-16 buatan Amerika Syarikat berusia yang kini digunakan oleh tentera udara negara Arab.
Pesawat pejuang J-10C dikatakan mahu dimiliki oleh Tentera Udara Mesir itu mula diperkenalkan kepada orang awam China pada Julai 2017 dan mula digunakan untuk tugas-tugas kombat oleh tentera udara negara itu pada 2018.
J-10C
J-10C
Selain itu, Azerbaijan juga dilaporkan telah menunjukkan minatnya terhadap pesawat pejuang J-10C, dengan Panglima Tentera Udaranya telah melihat dengan lebih dekat pesawat pejuang itu ketika pameran Airshow China di Zhuhai baru-baru ini.
Pemerhati tentera serantau menyatakan PLAAF mengoperasi kira-kira 150 buah pesawat pejuang J-10C dalam pasukannya.
Berbanding varian-varian terdahulu, J-10C adalah lebih ringan dan lebih sukar untuk dikesan serta menggunakan enjin yang lebih berkuasa.
Selain itu varian J-10C juga dilengkapkan dengan radar active electronically scanned array (AESA)  bagi membolehkan kemampuan pengesanan (sasaran) yang lebih baik.
Pemerhati pertahanan antarabangsa mengatakan bahawa pesawat J-10 buatan China tidak jauh bezanya daripada pesawat F-16 Amerika Syarikat tetapi menampilkan DNA daripada program pesawat Lavi yang kemudiannya dibatalkan oleh Israel.
Pakistan memperolehi varian terkini pesawat J-10 iaitu versi “C” kerana ia dilengkapi dengan sistem terkini seperti Active Electronically Scanned Array (AESA) dan peluru berpandu udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR) “PL-15”.
Peluru berpandu udara-ke-udara PL-15 itu dikatakan dibangunkan dengan bantuan pakar-pakar daripada Russia dan memilik jarak effektif di antara 200km hingga 300km, sebagaimana didakwa oleh China.
Peluru berpandu PL-15 itu juga didakwa adalah pesaing utama kepada peluru berpandu udara-ke-udara keluaran Amerika Syarikat iaitu AIM-120 “AMRAAM.”
Pesawat J-10C itu juga dikatakan menggunakan enjin keluaran syarikat tempatan China dipanggil “WS-10C” dan bukan enjin Saturn AL-31F yang dibangunkan oleh Russia bagi mengelak kompleksiti dalam penjualan pesawat itu kepada Pakistan. — DSA

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.