Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Naval Group Komited Pastikan Pembinaan Kapal LCS TLDM Siap Sepenuhnya

Syarikat Naval Group juga bersetuju meneruskan rundingan dengan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) berhubung harga kapal Littoral Combat Ship (LCS) selain menyokong penuh usaha meneruskan projek pembinaan kapal perang TLDM itu.

0 2,797

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Syarikat Naval Group (dahulu dikenali DCNS) daripada Perancis melahirkan komitmennya memastikan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) siap dibina sepenuhnya dalam masa yang ditetapkan.

Selain itu, ia  juga bersetuju meneruskan rundingan dengan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB), berhubung harga kapal LCS berkenaan,selain menyokong penuh usaha meneruskan projek pembinaan kapal perang itu.

Kementerian Pertahanan di dalam satu kenyataan berkata persetujuan itu telah dicapai hasil mesyuarat di Perancis.

LCS

Mesyuarat itu melibatkan wakil Kementerian Pertahanan, Pengarah International Directorate (DGA) Perancis Gaël Diaz De Tuesta, Kementerian Pertahanan Perancis dan Naval Group.

“Ini perkembangan signifikan dan positif, serta berupaya memperkukuhkan lagi usaha semua pihak khususnya di negara ini, bagi memastikan projek LCS dapat diteruskan semula dengan sebaik mungkin, selari dengan syor beberapa pihak berkepentingan termasuk Jemaah Menteri, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) serta Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK).

“Fasa Mobilisasi juga berjalan lancar dan semua pihak berkaitan melaksanakan peranan masing-masing dengan sebaik mungkin…dengan perkembangan ini, dijangkakan semua rundingan akan dapat dimuktamadkan pada penghujung Disember ini,” menurut kenyataan Kementerian Pertahanan.

LCS
(kredit Kementerian Pertahanan)

 

Pada 2 Okt lepas, Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata fasa mobilisasi projek LCS selama enam bulan bermula Jun, telah menunjukkan perkembangan positif.

Fasa mobilisasi itu berjalan lancar selari dengan syor oleh beberapa pihak berkepentingan.

Hishammuddin berkata hasil rundingan yang dibuat dengan 145 vendor tempatan dan 42 pengilang peralatan asli (OEM) luar negara, BNSSB selaku syarikat pembuatan kapal, telah menerima aku janji terutamanya melibatkan peralatan serta sistem untuk menyokong BNSSB meneruskan projek LCS. 

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Sebaik sahaja fasa mobilisasi yang bermula pada Jun itu selesai, proses pembinaan keenam-enam buah kapal akan disambung semula pada Disember ini.

Semua pihak diberi tempoh 14 bulan untuk memastikan pembinaan kapal LCS yang pertama itu siap.

Selain itu kapal juga perlu berada di permukaan air sebelum menjalani trial seperti ‘Harbour Acceptance Test’ dan ‘Sea Acceptance Trial’. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...