Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Gantung Keseluruhan Operasi Pesawat Pengebom Strategik B-2 Spirit

Pesawat pengebom strategik B-2 Spririt itu dibangunkan oleh syarikat Northrop Grumman merupakan salah sebuah daripada tiga pesawat pengebom strategik yang dioperasi oleh Tentera Udara Amerika Syarikat. Dua buah pesawat pengebom strategik Amerika Syarikat yang lain adalah Rockwell B-1 Lancer dan Boeing B-52 Stratofortress.  

0 5,272

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) bertindak menggantung keseluruhan operasi pesawat pengebom strategik B-2 Spirit berikutan insiden yang berlaku pada 10 Disember lalu melibatkan sebuah pesawat itu di pangkalan udara Whiteman, Missouri.

Dalam insiden yang berlaku, pesawat pengebom strategik yang dianggarkan bernilai di antara US$1 bilion hingga US$2 bilion sebuah (RM4 bilion hingga RM8 bilion) mengalami “in-flight malfunction” sehingga menyebabkan pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di pangkalan udara Whiteman.

Akibat pendaratan kecemasan itu, beberapa bahagian pesawat terbabit terbakar tetapi tidak menyebabkan kemalangan jiwa atau kecederaan kepada krew pesawat itu.

Pada tahun lepas, sebuah pesawat pengebom B-2 Spirit juga terpaksa melakukan pendaratan cemas akibat masalah teknikal.

Sebanyak 20 buah pesawat pengebom strategik itu berpengkalan di pangkalan udara Whiteman yang merupakan pangkalan utama bagi pesawat pengebom strategik itu.

B-2

Kesemua 20 buah pesawat pengebom itu dioperasikan oleh 509th dan 131st Bomb Wings Tentera Udara Amerika Syarikat. 

Pesawat pengebom strategik B-2 Spririt itu dibangunkan oleh syarikat Northrop Grumman merupakan salah sebuah daripada tiga pesawat pengebom strategik yang dioperasi oleh Tentera Udara Amerika Syarikat.

Dua buah pesawat pengebom strategik Amerika Syarikat yang lain adalah Rockwell B-1 Lancer dan Boeing B-52 Stratofortress.  

Pihak Tentera Udara Amerika Syarikat merancang untuk membina sebanyak 132 buah pesawat pengebom strategik B-2 Spirit, tetapi disebabkan pemotongan bajet ia hanya mampu membina sebanyak 20 buah pesawat pengebom itu.

Pesawat pengebom strategik B-2 Spirit dan juga B-1 Lancer bakal digantikan secara berperingkat dengan pesawat pengebom B-21 Raider yang baru sahaja didedahkan kepada awam baru-baru ini.

B-2

Pada awal bulan ini, Amerika Syarikat telah mendedahkan kepada dunia pesawat pengebom generasi ke-6, dipanggil B-21 “Raider”, dengan rekabentuk pesawat halimunan itu menyerupai seperti seekor kelawar.

Pegawai-pegawai kanan tentera Amerika Syarikat berkata pesawat pengebom B-21 itu adalah deterren kepada ancaman daripada musuh-musuh Amerika Syarikat.

Dibina oleh syarikat Northrop Grumman, pesawat B-21 merupakan pesawat pengebom pertama yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat dalam tempoh 30 tahun sejak ia memperkenalkan pesawat pengebom B-2 Spirit pada 1988.

Apabila bilangan pesawat pengebom B-21 “Raider” semakin bertambah, ia dicadang untuk menggantikan pesawat pengebom yang dimiliki oleh Amerika Syarikat pada ketika ini iaitu B-1 Lancer dan B-2 Spirit.

B-21
Pesawat B-21 “Raider”

 

Pesawat pengebom B-1 Lancer dan B-2 Spirit itu bakal bersara pada tahun 2030, meninggalkan Tentera Udara Amerika Syarikat dengan pesawat pengebom era Perang Dingin B-52 “Stratofortress” dan B-21 dalam armadanya.

Pesawat B-21 berkemampuan membawa pelbagai senjata konvensional dan nuklear.

Tentera Udara Amerika Syarikat bercadang memiliki sehingga 100 buah pesawat pengebom B-21 itu, dengan program pembangunan pesawat pengebom itu yang menjangkau tempoh selama 30 tahun dijangka menelan belanja sebanyak US$203 bilion (RM812 bilion).   — DSA

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

Comments
Loading...