Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Mula Kerah Kereta Kebal Termodennya, T-14 “Armata” Ke Ukraine

Menurut maklumat daripada laman telegram wartawan Russia Vladimir Solovyov, sejumlah 20 buah kereta kebal utama termoden Russia, T-14 "Armata" telah dikerah ke wilayah Donbass yang merupakan sebuah wilayah di dalam Ukraine yang dikuasai oleh kumpulan pemisah pro-Russia.

0 2,057

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia dilaporkan telah mula mengerah kereta kebal utamanya, T-14 “Armata” ke medan peperangan di Ukraine, aksi pertama di medan peperangan sebenar bagi kereta kebal tercanggih negara itu.

Menurut maklumat daripada laman telegram wartawan Russia Vladimir Solovyov, sejumlah 20 buah kereta kebal utama T-14 dikerah ke wilayah Donbass di Ukraine.

Donbass merupakan wilayah di dalam Ukraine yang dikuasai oleh kumpulan pemisah pro-Russia.

“Saya baru sahaja pulang daripada kawasan medan hadapan di Ukraine dengan buat pertama kali krew kereta kebal Russia kelihatan menggunakan kereta kebal T-14 Armata, “ kata Solovyov di dalam akaun Telegramnya itu.

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi daripada Kementerian Pertahanan atau Angkatan Tentera Russia berkenaan dakwaan oleh Solovyov tentang kehadiran kereta kebal T-14 Armata di medan peperangan di Ukraine.

T-14 Armata
Kereta kebal T-14 Armata

 

Russia dikatakan enggan mengerah kereta kebal utamanya T-14 Armata ke Ukraine kerana ia tidak memiliki kereta kebal itu dalam jumlah yang banyak, kerana pengeluaran kereta kebal itu terjejas teruk selepas Moscow dikenakan sekatan ekonomi yang ketat selepas ia menceroboh Ukraine.

Kereta kebal T-14 Armata itu dibangunkan oleh syarikat Russia, Uralvagonzavod. 

Jika benar Russia telah mengerah kereta kebal termodennya, T-14 Armata ke Ukraine, maka, ia juga akan memberikan peluang kepada pihak Ukraine atau Barat untuk melihat lebih dekat teknologi yang digunakan oleh kereta kebal termoden Russia itu.

Bagaimanapun pihak Ukraine perlu memusnah atau menawan terlebih dahulu T-14 Armata sebelum mereka dapat “melihat dengan lebih dekat” kereta kebal termoden Russia itu.

Pada ketika ini, Russia telah mengerahkan beberapa jenis kereta kebal utamanya terdiri daripada T-72, T-80 dan paling moden, T-90 untuk “berjuang” di Ukraine.

T-14 Armata

Pihak tentera Ukraine dengan berbekalkan senjata-senjata anti-kereta kebal moden yang dibekalkan oleh negara-negara Barat dikatakan telah memusnah atau menawan kira-kira sembilan buah kereta kebal T-90,  yang merupakan kereta kebal termoden Russia di Ukraine.

Secara keseluruhannya, pemerhati ketenteraan Barat mendakwa tentera Ukraine berbekalkan senjata anti-kereta kebal Barat didakwa telah memusnahkan kira-kira 1,500 kereta kebal dan kenderaan armor milik Russia yang menceroboh Ukraine.

Baru-baru ini,laporan media online Russia menyatakan bahawa tentera Russia telah menghantar kereta kebal utama T-14 Armata ke Kazan di negara itu untuk menjalani latihan sebelum dikerah ke Ukraine.

 Kereta kebal utama tentera Russia itu mula dibangunkan pada tahun 2013 dengan prototaip pertama kereta kebal utama yang mempunyai berat di antara 48 tan hingga 49 tan itu telah diserahkan kepada tentera Russia pada 2015.

Berbanding kereta kebal utama Amerika Syarikat seperti Abrams yang mempunyai berat sehingga 60 tan, maka T-14 Armata boleh dikategorikan sebagai kereta kebal bersaiz sederhana di mata pemerhati pertahanan Barat.

T-14 Armata

Kereta kebal T-14 Armata ini dilengkapi dengan meriam 125mm 2A82-1M  smoothbore dengan autoloader dan 32 butir peluru yang sedia digunakan.

Bagaimanapun secara keseluruhannya, kereta kebal termoden Russia itu mampu membawa 45 butir peluru.

Meriam kereta kebal itu juga berkemampuan melancarkan peluru berpandu anti-kereta kebal yang boleh membedil sasaran sejauh di antara 7 hingga 11 km.

Selain ia juga dilengkapi dengan satu remote weapon station yang terletak di atas turret serta satu mesingan 7.62mm.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Ok mengenai armornya pula, kereta kebal utama T-14 Armata itu dilengkapi dengan Explosive Reactive Armor (ERA) yang baru, tetapi komposisi armor itu adalah rahsia besar Angkatan Tentera Russia.

Ia juga dilengkapi dengan Active Protection System (APS).

Kereta kebal T-14 Armata itu dilengkapi dengan enjin turbin gas yang mampu menjana kuasa sehingga 1,500 kuasa kuda dengan lapan transmisi kelajuan. — DSA

 

 

Comments
Loading...