Australia Naiktaraf, Baik Pulih Kemudahan Pangkalan TUDM Butterworth
Pangkalan TUDM Butterworth juga adalah ibu pejabat kepada Integrated Air Defence System (IADS) Five Power Defence Arrangements (FPDA), pelbagai unit TUDM termasuk dua skuadron pesawat pejuangnya iaitu No 15 Skuadron pesawat-pesawat Hawk 208 dan No 8 Skuadron pesawat F/A-18D Hornet.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pada 8 Ogos yang lalu, Australia telah mengumumkan usaha untuk menaiktaraf Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth menerusi peruntukkan yang dianggarkan di antara AUD$60 juta hingga AUD$70 juta (RM180 juta hingga RM210 juta), sebagaimana menurut majalah pertahanan Australia Defence Review.
Projek menaiktaraf Pangkalan TUDM Butterworth yang menempatkan beberapa unit tentera Australia itu turut meliputi kerja-kerja membaikpulih landasan tunggal pangkalan udara itu dan pelbagai kemudahan kegunaan bersama yang lain.
Pangkalan udara itu menjadi “rumah” untuk unit-unit tentera Australia terdiri daripada No 19 Skuadron Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), No 92 Wing Detachment Alpha RAAF dan Rifle Company Butterworth.
Pangkalan TUDM Butterworth juga adalah ibu pejabat kepada Integrated Air Defence System (IADS) Five Power Defence Arrangements (FPDA), pelbagai unit TUDM termasuk dua skuadron pesawat pejuangnya iaitu No 15 Skuadron pesawat-pesawat Hawk 208 dan No 8 Skuadron pesawat F/A-18D Hornet.
Pangkalan udara di Pulau Pinang itu berfungsi menyokong operasi yang dijalankan oleh Angkatan Tentera Australia di Asia Tengara, terutamanya Operation Gateway.

Apakah “Operation Gateway”?
Menurut Kementerian Pertahanan Australia, Operation Gateway adalah usaha Angkatan Tentera Australia terhadap usaha-usaha untuk memelihara keselamatan dan kestabilan di rantau Asia Tenggara.
Angkatan Tentera Australia melakukan rondaan-rondaan maritime bahagian utara Lautan Hindi dan Laut China Selatan.

Beroperasi daripada Pangkalan TUDM Butterworth, Operation Gateway itu adalah aspek yang penting dalam Program Pertahanan Bersama Malaysia-Australia.
Projek menaiktaraf pangkalan udara itu terbahagi kepada dua seksyen yang berbeza – iaitu di antara kemudahan yang disewa oleh Australia dan kemudahan Malaysia.
Comments are closed.