Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

CAATSA, “Kelemahan” Radar PESA “Irbis-E” Punca Kontrak Su-35 Mesir Terlerai

Pemerhati ketenteraan mendakwa bahawa punca utama mengapa Mesir enggan menerima pesawat-pesawat Su-35 itu adalah disebabkan oleh tekanan kuat Amerika Syarikat menerusi aplikasi undang-undang CAATSA, selain masalah berkait radar PESA "Irbis-E" pesawat pejuang buatan Russia itu.

0 3,742

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 2018, Mesir muncul sebagai negara pertama di Timur Tengah untuk membeli pesawat pejuang Sukhoi Su-35 buatan Russia apabila ia menandatangani kontrak bernilai US$3 bilion (RM12 bilion) untuk memperolehi di antara 24 hingga 26 buah pesawat itu.

Bagaimanapun, empat tahun sudah berlalu sejak kontrak itu ditandatangani tetapi mengapa sehingga kini Kaherah masih belum menerima walau sebuah pesawat pejuang itu daripada Russia.

Malah dikatakan, kilang Sukhoi di Komsomolsk-on-Amur telah pun menyiapkan 11 daripada pesawat  yang dipesan itu.

Persoalannya adalah mengapa Mesir tidak menerima pesawat-pesawat itu?

Pemerhati ketenteraan mendakwa bahawa punca utama mengapa Mesir tidak menerima pesawat-pesawat Su-35 itu adalah disebabkan oleh tekanan kuat Amerika Syarikat, yang merupakan penyumbang dana ketenteraan utama Kaherah setiap tahun.

Su-35
Pesawat Su-35

 

Washington tidak senang kerana sebagai penyumbang dana ketenteraan terbesar kepada Mesir setiap tahun yang  dianggarkan berjumlah US$3 bilion, kerajaan Mesir tidak sepatutnya menggunakan dana itu  untuk membeli kelengkapan senjata daripada “musuhnya” iaitu Russia.

Sebab itulah Amerika memberikan tekanan yang kuat kepada Kaherah supaya membatalkan pembelian pesawat Sukhoi Su-35 itu, selain menimbulkan ancaman bahawa Mesir boleh dikenakan sekatan ekonomi jika ia melanggar undang-undang Countering American Adversaries Through Sanction Act (CAATSA).

Pada ketika ini, banyak pihak menyatakan bahawa risiko utama dikenakan sekatan ekonomi di bawah CAATSA adalah sebab utama di sebalik sikap “u-turn” kerajaan pimpinan Presiden Abdel Fattah al-sisi berkenaan perolehan pesawat Su-35 itu. 

Bagaimanapun, terdapat juga pemerhati mengatakan tekanan kuat daripada Amerika Syarikat dan ancaman CAATSA,  hanyalah sebahagian daripada punca mengapa Mesir bertindak membatalkan pembelian pesawat Russia itu.

Sebenarnya, terdapat punca lain iaitu melibatkan “kelemahan” pesawat Su-35 itu sendiri berbanding pesawat pejuang generasi 4.5 yang sedang digunakan oleh Tentera Udara Mesir iaitu “Rafale” buatan syarikat Dassault Aviation.

Su-35
Radar PESA “Irbis-E”

 

“Kelemahan” pesawat Su-35 itu dikatakan melibatkan sistem radarnya “Irbis-E”.

Pihak Mesir dilaporkan telah menjalankan ujian terhadap kemampuan sebenar radar Passive Electronically Scanned-Array (PESA) “Irbis-E” pesawat Su-35 itu apabila berhadapan dengan sistem Electronic Counter-Measures (ECM) yang dilengkapi pada pesawat pejuang Rafale miliknya.

Apa yang didapati mereka adalah, sistem ECM Rafale telah dengan mudah “menundukkan” radar Irbis-E pesawat Sukhoi Su-35 buatan Russia itu.

Terdapat juga laporan yang mengatakan dalam “ujian” yang dilakukan oleh pihak Mesir, pesawat Rafale telah dengan mudah “menembak jatuh” pesawat Su-35 dengan sistem ECM “Spectra” dimiliki pesawat buatan Perancis itu telah dengan mudah “jammed” radar Su-35 itu dengan mudah sebelum “menembak jatuh” pesawat Russia itu.

Pegawai-pegawai tentera Mesir dikatakan berang kerana pesawat Su-35 itu masih menggunakan radar PESA sedangkan pesawat-pesawat pejuang generasi 4.5 di pasaran telah melengkapkan pesawat perang mereka dengan radar AESA (Active Electronically Scanned Radar).

R-37M
Pesawat Su-35 melancarkan peluru berpandu R-37M.

 

Kaherah mahukan pesawat Su-35 mereka itu dilengkapi dengan radar AESA tetapi Russia berkeras mahukan Mesir untuk membayar lebih dan dikatakan inilah antara punca “kemarahan” negara Arab itu.

 

Memang benar, harga sistem persenjataan Russia ini adalah lebih rendah berbanding buatan negara-negara Barat tetapi kos penyelenggarannya dikatakan “amat cekik darah”, selain prosedur yang amat kompleks dan sukar difahami.

Menurut “orang dalam industry”, ini adalah cara orang Russia buat duit iaitu menjual barangan pada harga yang lebih rendah tetapi “recoup the losses” atau kaut keuntungan menerusi kos penyelenggaran yang tinggi.

Kedua-dua  situasi di atas mengenai Mesir dan pesawat Su-35  itu kekal merupakan suatu dakwaan yang tidak dibuktikan sebagai kebenaran sehingga kini.

apps

 

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Bagaimanapun pada tahun lepas,  Mesir menambah pembelian pesawat Rafale sebanyak 30 buah lagi, tidak lama selepas laporan mengatakan negara Arab itu bertindak “membatalkan” pembelian 24 buah pesawat Su-35 daripada Russia itu.

Pembelian 30 lagi buah pesawat Rafale itu menjadikan Mesir memiliki sejumlah 54 buah pesawat pejuang buatan Perancis itu pada ketika ini.

Pada 2015, Kaherah telah memperolehi 24 buah pesawat pejuang Rafale.

Laporan terkini mengatakan bahawa Iran berkemungkinan mengambil tempat Mesir dan mengambilalih pesawat-pesawat pejuang Su-35 yang sebelum ini dipesan oleh Mesir.– DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...