Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

ATM Peroleh 1,500 Unit “Light Anti-Structure Weapon” (LASW) Untuk Grup Gerak Khas (GGK)

Rekebentuk sistem adalah LASW hampir sama seperti M72 LAW, dengan kedua-duanya adalah disposable (pakai buang).

0 2,585

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Tentera Darat akan melakukan perolehan sebanyak 1,500 unit “Light Anti Structure Weapon” (LASW) untuk digunakan oleh anggota komandonya daripada Grup Gerak Khas (GGK) semasa operasi dan latihan.

Rekebentuk sistem adalah LASW hampir sama seperti M72 LAW, dengan kedua-duanya adalah disposable (pakai buang).

Maklumat tentang perolehan terbaru itu terkandung dalam iklan di portal rasmi e-perolehan Kerajaan Malaysia hari ini.

Tajuk iklan sebagaimana tertera di portal rasmi itu adalah “Perolehan Membekal Dan Menghantar Light Anti-Structure Weapon System Untuk Tentera Darat Malaysia.

Spesifikasi tender di dalam iklan pula menyebut,”There is requirement to equip the Special Service Group units with a Light Anti-Structure Weapon Disposable System to be used by Special Forces personnel during operations and trainings.” (Terdapat keperluan untuk melengkapkan unit-unit Grup Gerak Kjas dengan Light Anti-Structure Weapon Disposable System untuk digunakan oleh anggota pasukan khas semasa operasi dan latihan.)

Kuantiti adalah 1,500 unit.

LASW

Senjata LASW itu perlu dihantar ke 93 Depot Pusat Peluru,Kem Mempaga,Bentong ,Pahang.

Tender bagi perolehan itu mula dibuka hari ini dan akan berakhir pada 23 Sept ini.

Menurut maklumat yang terdapat di dalam internet, senjata LASW merupakan pelancar roket tidak berpandu (unguided weapon) yang turut digunakan oleh unit-unit Royal Marines dan Para tentera British yang berkhidmat di Afghanistan serta pasukan tentera lain seluruh dunia.

LASM adalah sistem pakai buang, one-shot system yang direkabentuk untuk dibuang selepas ditembak.disposable,

Ia adalah agak sama dengan M72 LAW pelancar roket 66mm yang telah digunakan oleh pasukan khas tentera British sejak beberapa tahun.

LASW

Apa yang berbeza antara LASM dan LAW adalah peledak LASM lebih besar.

Ketika di Afghanistan,  LASM telah digunakan dengan berkesan terhadap kenderaan armor ringan, selain kedudukan, kubu dan bangunan musuh.

LASM menggunakan kuasa kinetic untuk menembusi dinding luar struktur itu sebelum bahan peledak berkuasa tingginya meletup di dalam bangunan.

Satu unit LASW dipercayai seberat 4.3kg.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...