Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Selam TLDM Berhadapan “Cabaran, Bahaya” Beroperasi Di Kawasan Perairan Cetek

Menurut Panglima Angkatan Kapal Selam TLDM Laksamana Pertama Mohd Razib Tahir berkata, kapal selam berhadapan dengan pelbagai cabaran dan juga bahaya apabila beroperasi di kawasan perairan yang cetek.

0 10,539

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Antara cabaran utama yang dihadapi oleh Angkatan Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah mengoperasikan dua buah aset strategik negara iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak di kawasan-kawasan perairan yang disifatkan sebagai cetek.

Menurut Panglima Angkatan Kapal Selam TLDM Laksamana Pertama Mohd Razib Tahir berkata, kapal selam berhadapan dengan pelbagai cabaran dan juga bahaya apabila beroperasi di kawasan perairan yang cetek.

Dan sebagaimana yang ketahui, Malaysia ini dikelilingi oleh kawasan-kawasan perairan yang dikategorikan sebagai cetek.

“Yang menjadi cabaran di kawasan (perairan) kita ini, selain daripada Laut China Selatan yang begitu luas, ada juga kawasan (perairan) yang cetek. Untuk mengoperasikan kapal selam di kawasan yang cetek ini merupakan perkara yang amat berbahaya sebab once in a while kita dengar kemalangan yang berlaku di negara luar melibatkan kapal selam, dimana kapal selam berlanggar dengan objek di atas laut.”

“Jadi kita memerlukan kepakaran, competency dan proficiency untuk membolehkan kapal selam kita beroperasi di kawasan yang cetek,”  kata Mohd Razib dalam wawancara bersama Sinar Harian yang disiarkan menerusi You Tube dan Facebook bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-64 baru-baru ini.

Kapal Selam
“The Silent Service” milik TLDM

 

Terdapat kawasan perairan di Laut China Selatan, kedalamannya tidak sampai 100 meter manakala ada juga beberapa kawasan perairan di laut yang kaya dengan sumber asli dan laluan penting perdagangan, kedalamannya menjunam sehingga lebih 4,000 meter.

Pelanggaran kapal selam dengan kapal komersial, sebagai contohnya, adalah cabaran yang nyata sebagaimana yang berlaku di perairan berhampiran Pulau Shikoku di Jepun pada Februari tahun ini.

Dalam insiden itu, sebuah kapal kapal selam 84-meter jenis “Soryu” Jepun mengalami kerosakan apabila ia berlanggar dengan sebuah kapal komersial ketika ia naik ke permukaan (surfacing), menyebabkan tiga krew kapal selam terbabit mengalami kecederaan.

Pada Julai tahun lepas pula, sebuah kapal kargo Norway, Hoegh London berlanggar dengan sebuah kapal selam jenis Chang Bogo Tentera Laut Korea Selatan di kawasan perairan berhampiran dengan Pulau Gadeokdo, Busan.

Menurut Mohd Razib, adalah amat penting untuk mewujudkan angkatan kapal selam yang betul-betul kredible, competent dan proficient untuk menangani kesemua cabaran yang mendatang.

Mengenai pendapat sesetengah orang bahawa kapal-kapal selam yang beroperasi di kawasan perairan yang cetek menyebabkan ia mudah dikesan oleh pihak musuh.

ASW
Pesawat MPA/ASW Shaanxi Y-8 milik China.

 

Beliau berkata ada kebenaran terhadap pendapat itu dan ada juga yang tidak tepat.

“Musuh-musuh atau alat pengesan kapal selam ada pelbagai, kita ada surface ship yang berkeupayaan sekiranya mereka memiliki sonar low-frequency yang berkuasa tinggi, itu pun boleh mendatangkan bahaya kerana mereka boleh detect kedalaman yang tinggi dalam jarak yang jauh.”

“Dan yang paling kita risau dalah pesawat Maritime Patrol Aircraft/Anti-Submarine Warfare. So di kawasan yang cetek menjadi kerisauan kita kerana ia memang bahaya dan pesawat jenis ini (MPA/ASW) belum dimiliki oleh ATM,  jadi kita hendak berlatih dengan pesawat kita sendiri pun belum boleh,  macam mana kita hendak tingkatkan keupayaan kita. So itu adalah antara cabaran dalam hal ini,” kata beliau.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...