Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

ATM Rancang Ganti Aset-Aset Diguna Anggota Tentera Kita Di Lubnan

Panglima Angkatan Bersama Lt Jen Datuk Yazid Arshad berkata penggantian aset itu yang akan dilakukan secara berfasa termasuk 39 unit kereta perisai Condor yang digunakan sejak 2006.

0 3,308

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perancangan menggantikan aset-aset digunakan oleh anggota pengaman Malaysia yang berkhidmat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan yang telah usang dan sudah mencapai tempoh efektif.

Panglima Angkatan Bersama Lt Jen Datuk Yazid Arshad berkata penggantian aset itu yang akan dilakukan secara berfasa termasuk 39 unit kereta perisai Condor yang digunakan sejak 2006.

Penggantian itu sekali gus memastikan tahap kesiapsiagaan Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) di negara berkenaan berada pada tahap terbaik.

Meskipun telah berusia, namun aset-aset tersebut menurut beliau masih boleh beroperasi dengan baik berikutan penyelenggaraan yang sistematik, malah selain Lubnan ia juga digunakan di Somalia serta Bosnia Herzegovina.

“Baru-baru ini, kita juga dapat beberapa aset termasuk 20 pacuan empat roda FFR (Fitted for Radio) dan 15 trak tiga tan GS Cargo selain enam trak tiga tan, dua trak satu tan dan dua ambulans serta peralatan komunikasi.

ATM

“Akan datang kita rancang membuat perolehan 20 kenderaan jenis Armor bagi menggantikan kenderaan Condor yang kita miliki sekarang, secara berfasa yang akan diperoleh antara 2026 hingga 2028,” katanya sebagaimana dipetik oleh BERNAMA selepas Majlis Pembubaran dan Pemakaian Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) MALBATT 850-9, di sini Port Dickson hari ini.

Kenderaan MRAP (Mine-Resistant Ambush Protected) “Ejder Yalchin” 4×4 yang dibangunkan oleh firma Turki, Nurol Makina dipilih oleh ATM untuk dibekalkan kepada anggota tentera kita di Lubnan bagi menggantikan kenderaan Condor yang digunakan selama ini.

ATM akan memperolehi kira-kira 20 buah kenderaan “Ejder Yalchin”.

Lubnan
Anggota tentera wanita kita ketika bertugas di Lubnan.

 

Yazid juga berkata,  ATM merancang perolehan 59 High Mobility Light Tactical Vehicle yang akan dilaksanakan oleh tentera darat dalam meningkatkan keupayaan operasi. 

Walaupun berdepan cabaran besar kerana bertugas di Lubnan, namun ia tidak menjejaskan kesiapsiagaan 854 anggota dan pegawai MALBATT termasuk daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sejak 13 Nov tahun lepas.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

Sebaliknya, berbekalkan prinsip berkhidmat untuk keamanan, cabaran itu menjadi pemangkin untuk mereka terus mengekalkan tempo juang yang tinggi selain mampu bekerjasama dengan pelbagai angkatan tentera negara luar dan tempatan.

Jelasnya, secara keseluruhan, MALBATT 850-9 berjaya menguruskan 24,198 aktiviti pengoperasian melibatkan aktiviti bebas dan selaras bersama Angkatan Tentera Lubnan di kawasan berkeluasan 288 kilometer persegi, yang merupakan kawasan tanggungjawab paling besar di bawah UNIFIL. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...