Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Keadaan Amat “Kritikal” Di Utara Lubnan Ketika Ini

Misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) UNIFIL mengatakan keadaan di kawasan sempadan Israel-Lubnan adalah amat kritikal ketika ini.

0 3,017

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Keadaan di utara Lubnan pada ketika ini amat tegang berikutan serangan roket yang dilancarkan oleh militan Hezbollah terhadap Bukit Golan yang diduduki secara haram oleh Israel serta Galilee.

Misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) UNIFIL mengatakan keadaan di kawasan sempadan Israel-Lubnan adalah amat kritikal ketika ini.

Ia menyeru semua pihak supaya melaksanakan gencatan senjata.

Menurut maklumat, kumpulan bersenjata terbesar dan paling berpengaruh di Lubnan itu mengaku ia bertanggungjawab terhadap serangan itu, dengan melancarkan sekurang-kurangnya 19 bedilan roket berkaliber 122mm terhadap Bukit Golan dan Galilee.

Kumpulan itu berkata serangan roket itu adalah tindakbalas terhadap serangan udara yang dilancarkan oleh Tel Aviv terhadap kedudukannya di Lubnan baru-baru ini.

Pihak tentera Israel mengatakan sebahagian besar daripada roket itu telah berjaya dipintas oleh sistem pertahanan udara negara itu.

Setakat ini tiada laporan kecederaan atau kemusnahan akibat serangan roket oleh kumpulan bersenjata itu.

Unit-unit artileri tentera negara itu telah mula melancarkan serangan balas terhadap lokasi serangan roket itu di Lubnan.

Sementara itu Perdana Menteri Israel Naftali Bennet, Menteri Pertahanan Benny Gantz, Ketua Staf Tentera Aviv Kohavi dan pegawai-pegawai kanan keselamatan negara itu mengadakan mesyuarat untuk membincangkan respons negara itu terhadap serangan itu.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...