Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Arab Saudi Terima Radar Pertahanan Udara Berkuasa Tinggi Raytheon AN/TPY-2 Yang Pertama

Dengan penerimaan radar pertahanan udara AN/TPY-2 yang pertama itu, Arab Saudi kini sedang menunggu enam lagi radar yang sama sebagai sebahagian daripada sistem Terminal High Altitude Area Defense (THAAD).

0 90
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, Arab Saudi telah menerima radar pertahanan udara berkuasa tinggi AN/TPY-2 yang pertama daripada tujuh dipesannya daripada Amerika Syarikat dalam perjanjian bernilai US$2.3 billion (RM9.48 billion) yang dimeterainya pada 2020.
Radar pertahanan udara AN/TPY-2 itu dibangunkan oleh syarikat RTX (dahulu dikenali sebagai Raytheon).
Menurut syarikat pertahanan itu, radar pertahanan udara itiu dilengkapi dengan semikonduktor Gallium Nitride yang memberikannya kapasiti pengawasan yang lebih luas dan tahap sensitiviti yang lebih tinggi terhadap ancaman.
Ia juga menawarkan lebih banyak kelebihan berbanding semikonduktor berdasarkan kepada radio frekuensi di dalam ciri-ciri keberkesanan, berat dan output tenaga.
“Radar pertahanan udara terkini AN/TPY-2  berada dalam kelas yang berbeza dengan Raytheon membangunkan lebih daripada 50 penambahbaikan kepada radar itu,” menurut pegawai kanan syarikat Raytheon.AN/TPY-2
“Penambahbaikan (terhadap sistem radar pertahanan udara itu) itu akan membantu Arab Saudi mempertahankan dirinya daripada ancaman serangan peluru berpandu dan secara keseluruhannya membantu armada dengan kemampuan pengesanan yang lebih baik.”
Dengan penerimaan radar pertahanan udara AN/TPY-2 yang pertama itu, Arab Saudi kini sedang menunggu enam lagi radar yang sama sebagai sebahagian daripada sistem Terminal High Altitude Area Defense (THAAD).
Termasuk dalam perjanjian dengan Arab Saudi itu adalah 44 buah pelancar THAAD, 360 peluru berpandu THAAD dan 16 unit kawalan penembakan dan komunikasi (fire control and communication).
Berkemampuan mengesan sasaran sejauh di antara 870km hingga 3,000km, radar jarak jauh AN/TPY-2 itu adalah antara radar yang paling berkuasa di pasaran pada masa ini untuk mengesan peluru-peluru ballistik.
Radar AN/TPY-2 itu dibangunkan bersama-sama dengan sistem pertahanan udara anti-ballistik Terminal High Altitude Area Defense (THAAD).

AN/TPY-2

Ia sememangnya adalah radar yang dibangunkan untuk mengesan dan menjejaki peluru berpandu ballistik jarak dekat, sederhana dan jarak jauh serta beroperasi di dalam spectrum elektromagnetik, X-Band yang membolehkannya untuk “melihat” sasaran dengan lebih jelas.
Menurut syarikat pembuat radar itu, AN/TPY-2 mempunyai rekod yang cemerlang terhadap semua jenis peluru berpandu ballistik sama ada ia baru sahaja dilancarkan atau ia sedang menjunam untuk membedil sasaran.
Radar jarak jauh itu boleh beroperasi di dalam Forward-based Mode dan juga Terminal-mode.
Amerika Syarikat mula menggunakan radar jarak jauh AN/TPY-2 pada 2004 dan sehingga 2021, ia dipercayai memiliki sehingga 12 unit radar seumpama itu, dengan beberapa daripadanya diletakkan di Timur Tengah.
Salah satu daripada lokasi  dimana tentera Amerika Syarikat menempatkan radar pertahanan udara AN/TPY-2 itu terletak di atas Gunung Har Qeren di padang pasir Negev.
Di atas Gunung Har Qeren itu, Israel didakwa menempatkan sebuah kemudahan rahsia tentera Amerika Syarikat yang hanya dikenali dikalangan pemerhati tentera dengan panggilan “Site 512.”
THAAD
Sistem pertahanan peluru berpandu “THAAD”
Kemudahan rahsia tentera Amerika Syarikat yang dipanggil  “Site 512” itu hanya terletak kira-kira 32km daripada Semenanjung Gaza.
 Menurut laporan sebelum ini, fungsi utama kewujudan pangkalan tentera, “Site 512” tu adalah  kemudahan radar jarak jauh Amerika Syarikat untuk memantau sebarang pelancaran peluru berpandu ballistik oleh Iran atau kumpulan-kumpulan proksi disokongnya terhadap Israel dan sekutu-sekutu lainnya di Timur Tengah.
Kemudahan radar jarak jauh Amerika Syarikat di tengah-tengah padang pasir Negev itu “bekerja-keras” membantu Washington dan Tel Aviv mengesan peluru-peluru berpandu ballistik yang dilancarkan terhadap Israel. — DSA
KETAHUI TENTANG KEMUDAHAN RAHSIA TENTERA AMERIKA  DI PADANG PASIR NEGEV DIPANGGIL “SITE 512” (KLIK DI SINI)
Comments
Loading...