Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Ancaman Israel, ATM Sentiasa Pantau Keselamatan Siber Miliknya dan MINDEF

Kenyataan oleh Jeneral Tan Sri Affendi Buang menerusi satu kenyataan hari ini adalah berikutan arahan berkenaan langkah yang sewajarnya diambil oleh sistem siber ICT ATM dan Kementerian Pertahanan yang dikeluarkan oleh Cyber Defence Operation Centre (CDOC).

1,027

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata pihaknya sentiasa memantau aspek keselamatan dan pertahanan siber-miliknya bagi memastikan segala ancaman dan gangguan terhadap terhadap sistem rangkaian komunikasi pertahanan dapat ditangani.

Kenyataan oleh Jeneral Tan Sri Affendi Buang menerusi satu kenyataan hari ini adalah berikutan arahan berkenaan langkah yang sewajarnya diambil oleh sistem siber ICT ATM dan Kementerian Pertahanan yang dikeluarkan oleh Cyber Defence Operation Centre (CDOC).

Affendi berkata arahan itu adalah sesuatu yang normal sebagai suatu peringatan bagi menangani apa jug kemungkinan tindak balas serangan siber oleh anasir-anasir asing yang boleh menganggu pengoperasian sistem siber dan ICT ATM serta Kementerian Pertahanan.

“Adalah ditegaskan bahawa ATM sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa melalui peranan yang digerakkan oleh Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan serta CDOC yang bukan sahaja memperkukuhkan rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM malah melindungi rangkaian komunikasi strategic pertahanan negara,” katanya.

atm

CDOC Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengeluarkan amaran serangan siber dari Israel.

Notis dalaman yang dikeluarkan oleh CDOC pada Sabtu menyatakan infrastruktur siber ATM menjadi sasaran negara tersebut sebagai serangan balas oleh beberapa kumpulan penggodam di Malaysia.

“Terdapat peningkatan aktiviti serangan balas terhadap infrastruktur siber ATM rentetan pelancaran penggodaman menerusi #OpsBedil dan #OpsIsrael,

“Kempen yang dilaksanakan ini dikhuatiri menyebabkan tindak balas agresif daripada penyokong Israel,” katanya.

Menurut CDOC, antara bentuk serangan yang bakal dihadapi adalah mencacatkan laman web (web defacement), Serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDos), penyuluhan siber (cyber espionage) dan perisian hasad (malware).

Sebuah stesen televisyen Israel,  Channel 13 melaporkan bahawa pihak tentera negara telah memberi lampu hijau kepada usaha-usaha mensasarkan operatif Hamas di semua peringkat sama ada yang berada di dalam Semenanjung Gaza atau di luar.

Menurut ciapan Twitter oleh Jonathan Schanzer @JSchanzer, arahan oleh tentera Israel atau IDF (Israel Defence Force) itu “mempunyai implikasi” terhadap beberapa negara seperti Iran, Turkey, Qatar dan Malaysia.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.