Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Syarikat Kerah Dua Drone HALE “MQ-4C Triton” Ke Jepun

ada Jumaat lepas, Washington mengumumkan ia telah memindahkan operasi dua buah dron MQ-4C Triton ke Pangkalan Udara Misawa di utara Jepun daripada pangkalan tentera Amerika Syarikat di Guam.

0 897

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Amerika Syarikat akan menggunakan lebih banyak pesawat tanpa pemandu (UAV) atau dron untuk memantau pergerakan tentera China di Indo-Pasifik, selaras dengan peningkatan ketegangan antara kedua-dua pihak.

Pada Jumaat lepas, Washington mengumumkan ia telah memindahkan operasi dua buah dron MQ-4C Triton ke Pangkalan Udara Misawa di utara Jepun daripada pangkalan tentera Amerika Syarikat di Guam.

Menurut Tentera Laut Amerika Syarikat, ia adalah kali pertama di mana dron High-Altitude Long Endurance (HALE) beroperasi di Jepun.

“Triton adalah dron tidak bersenjata, sistem pemantauan udara yang memberikan Jepun-Amerika Syarikat peningkatan kemampuan pemantauan maritim,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat.

Dron Triton yang dibangunkan oleh syarikat Northrop Grumann mula beroperasi di Pasifik apabila ia dikerah ke Guam pada tahun lepas.

Triton
Pesawat Tanpa Pemandu “Triton.”

 

Menurut pemantauan secara Open Source Intelligence (OSINT), Triton telah melaksanakan pelbagai misi pemantauan berhampiran China termasuk di Selat Taiwan serta penempatan-penempatan tentera China di sepanjang pantai negara itu.

Ia juga melakukan pemantauan terhadap kemudahan-kemudahan tentera China di “pulau-pulau buatan manusia” di Laut China Selatan.

Baru-baru ini, dron Triton direkod mengiringi dua buah pesawat peronda maritim/ASW P-8A Poseidon, sebuah pesawat EP-3E dan sebuah pesawat RC-135W dalam misi pengintipan di Laut China Selatan.

Misi itu menumpukan kepada kawasan di selatan Selat Taiwan dan terbang berhampiran pesisir pantai China terutamanya di pangkalan tentera laut China di Shantou.

Menurut Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, misi pemantauan itu adalah sebagai reaksi kepada peningkatan aktiviti maritime di negara-negara berhampiran, yang jelas merujuk kepada China.

Global Hawk
Pesawat Tanpa Pemandu “RQ-4 Global Hawk” yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat

 

Dron Triton ini adalah berdasarkan kepada dron yang digunakan oleh tentera udara Amerika Syarikat iaitu “RQ-4 Global Hawk.”

Ia membawa radar phased array antenna yang canggih, kamera dan sensor untuk memantau perairan dan kawasan pesisir pantai.

Ia dioperasikan oleh empat kakitangan dengan kemampuan beroperasi lebih daripada 24 jam dan jarak operasi melebihi 15,000km (9,300 batu).

Tentera Udara Amerika Syarikat turut mengerah dron RQ-4 Global Hawk miliknya ke Jepun daripada Guam sejak 2014, dengan objektif utama adalah untuk mengintip Korea Utara tetapi dengan kecanggihan radar dan sensor-nya, ia juga boleh digunakan untuk memantau China.

Bagi bekas instruktur tentera China dan penganalisis tentera Song Zhongpin sebagaimana dipetik oleh akhbar The South China Morning Post berkata, China mempunyai beberapa cara untuk menangani aktiviti pengintipan oleh dron-dron Amerika Syarikat.

“Untuk menangani dron-dron Amerika Syarikat, China perlu menggunakan optical deceptions, electronic countermeasures atau memaksanya turun jika ia berada terlalu hampir. Di pihak China juga, ia memiliki dron-dron pengintipnya sendiri,” kata beliau.

Global Hawk

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...