“Zoubin”, Sistem Pertahanan Udara Iron Dome Versi Iran Dikerah Kawal Ruang Udara Teheran

Sistem pertahanan udara jarak dekat “Zoubin” itu juga digelar sistem “Iron Dome” versi Iran kerana ia dilaporkan amat effektif terhadap dron dan peluru berpandu kruis altitud rendah,sebagaimana sistem pertahanan udara Israel yang amat berkesan dalam menangani serangan roket pejuang Palestin.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Imej-imej satelit terkini menunjukkan Iran telah mula mengerahkan sistem pertahanan udara jarak dekatnya dinamakan “Zoubin” di sekeliling ibu negara, Teheran bagi menangani sebarang serangan udara pesawatt pejuang serta peluru berpandu yang dijangkakan daripada Israel.

Sistem pertahanan udara jarak dekat “Zoubin” itu juga digelar sistem “Iron Dome” versi Iran kerana ia dilaporkan amat effektif terhadap dron dan peluru berpandu kruis altitud rendah,sebagaimana sistem pertahanan udara Israel yang amat berkesan dalam menangani serangan roket pejuang Palestin.

Ketegangan di Timur Tengah memuncak terutamanya selepas serangan udara Israel terhadap bangunan kedutaan Iran di Damsyik,Syria baru-baru ini yang membunuh tiga orang pegawai tinggi Kor Revolusi Islam Iran (IRGC) berpangkat jeneral.

Sejurus selepas serangan udara Israel itu, pemimpin-pemimpin tertinggi Iran berjanji akan bertindak balas terhadap serangan oleh rejim Yahudi itu.

Jika Iran melancarkan serangan balas besar-besaran terhadap Israel, sebagaimana dijangkakan dalam waktu terdekat ini bagi membalas dendam terhadap serangan udara terhadap bangunan kedutaan di Damsyik, terdapat kemungkinan Tel Aviv juga akan bertindak balas dan melancarkan serangan udara terhadap Iran, sekaligus mencetuskan kemungkinan berlakunya konflik serantau.

“Zoubin”

 

Di atas jangkaan Israel akan melakukan serangan udara terhadap bumi Iran, maka tentera negara Parsi itu bertindak mengerah sistem pertahanan udaranya “Zoubin” untuk mengawal ruang udara Teheran.

Selain mengerahkan sistem pertahanan udara jarak dekat “Zoubin” di sekitar Teheran untuk mengawal lokasi-lokasi strategik, laporan-laporan media turut menyatakan bahawa Iran telah memindahkan pemimpin politik dan tenteranya ke kubu-kubu bawah tanah seperti pangkalan udara bawah tanah dinama “Eagle 44”.

Pangkalan tentera bawah tanah Iran dinamakan “Eagle 44” itu dilaporkan berkemampuan menahan serangan peluru-peluru berpandu ballistik dan bom berkuasa tinggi pihak musuh negara itu, sekaligus menjadikannya lokasi pilihan untuk pemimpin politik dan tentera Iran untuk berlindung.

Pihak berkuasa Iran dikatakan mengambil masa selama sembilan tahun bermula pada tahun 2014 untuk menyiapkan pembinaan pangkalan tentera bawah tanah “Eagle 44”.

Sistem pertahanan udara jarak dekat “Zoubin”, dengan kemampuan taktikal dan mobiliti yang tinggi serta kemampuan pertahanan 360 darjah boleh mengesan 100 sasaran dan membedil lapan sasaran secara serentak  menggunakan peluru berpandunya yang dilancarkan secara menegak (vertical).

Ia dikatakan memiliki prestasi dan kemampuan yang menyamai sistem “Iron Dome” Israel, malah rekabentuknya juga tidak banyak berbeza dengan sistem pertahanan negara Yahudi itu.

Imej satelit sistem pertahanan udara “Zoubin” di Teheran.

 

Sistem pertahanan “Zoubin” itu direkabentuk supaya mempunyai daya mobiliti yang tinggi kerana sistem itu diletakkan di atas sebuah trailer bagi membolehkannya dikerah ke merata tempat tanpa banyak masalah.

Sistem radar “Zoubin” berkemampuan mengesan sasaran sejauh 30km, manakala jarak bedilan sasarannya adalah sejauh 20km.

Sistem pertahanan udara jarak dekat yang baru sahaja diperkenalkan oleh Iran itu sememangnya direkabentuk untuk menangani sasaran-sasaran seperti peluru berpandu kruis, dron berani mati serta dron-dron ISR (Intelligence, Surveillance and Reconnaisance), pesawat pejuang dan roket serta peluru jarak jauh.

Setiap satu unit sistem pertahanan udara “Zoubin”, ia akan dilengkapi dengan sistem pelancar yang memiliki sehingga lapan buah peluru berpandu.

Teknologi pelancaran peluru berpandu secara menegak (vertikal-launch) telah pun dikuasai oleh pakar-pakar persenjataan Iran dan ia telah pun dipraktikkan dalam pelbagai sistem lain termasuk sistem pertahanan udara jarak jauh “Bavar 373”. — DSA

 

featuredIranTeheranZoubin
Comments (1)
Add Comment