Vietnam “Semakin Hampir” Untuk Peroleh Sistem Peluru Berpandu BrahMos Keluaran India

Perjanjian perolehan peluru berpandu BahMos itu dijangka boleh dimeterai seawal beberapa bulan akan datang, dan difahamkan butiran teknikal dan komersial awal telah dikongsi serta dibincangkan oleh Kementerian Pertahanan Vietnam.
(DEFENCE SECURITY ASIA) –  India dan Vietnam semakin hampir untuk memeterai perjanjian perolehan sistem peluru berpandu BrahMos bernilai US$700 juta (RM3.14 billion),  dengan kedua-dua pihak dilaporkan sedang memperincikan butiran perjanjian perolehan.
Perjanjian perolehan peluru berpandu BahMos itu dijangka boleh dimeterai seawal beberapa bulan akan datang, dan difahamkan butiran teknikal dan komersial awal telah dikongsi serta dibincangkan oleh Kementerian Pertahanan Vietnam.
Pesanan peluru berpandu Brahmos itu dijangka adalah untuk kegunaan Tentera Darat dan Tentera Laut Vietnam.
Difahamkan, Vietnam telah menunggu beberapa ketika untuk draf perjanjian yang merangkumi kos keseluruhan akhir perjanjian perolehan itu, jadual penghantaran, terma pembayaran, dan lain-lain daripada BrahMos Aerospace (BAPL).
Vietnam akan muncul sebagai negara kedua di Asia Tenggara selepas Filipina yang memperolehi sistem peluru berpandu BrahMos yang dibangunkan secara bersama oleh India dan Russia berdasarkan kepada sistem peluru berpandu keluaran Russia.
Peluru berpandu BrahMos adalah peluru berpandu supersonik kerana ia berkemampuan meluncur pada kelajuan 2.8-3 Mach sama ada dilancarkan oleh kapal perang, kenderaan pelancar bergerak atau pesawat pejuang.
“BrahMos”
Dengan kelajuan supersonic dan low-signature kepada radar musuh,  BrahMos boleh membedil sasaran sejauh 290km, malah didalam varian extended-range jarak bedilan peluru berpandu itu telah dipertingkatkan kepada kira-kira 350km.
Payload peluru berpandu BrahMos pula adalah sekitar 300kg.
Peluru berpandu BrahMos adalah berdasarkan kepada peluru berpandu “Oniks” yang dibangunkan oleh Russia.
Russia mempunyai hubungan ketenteraan baik dengan India sejak berdekad lamanya.
Malah, BrahMos Aerospace yang membangunkan peluru berpandu BrahMos itu merupakan syarikat usahasama di antara Defence Research and Development Organisation (DRDO) daripada India dan NPO Mashinostreyenia (NPOM) daripada Russia.
Peluru berpandu BrahMos merupakan peluru berpandu kruis jarak sederhana yang menggunakan teknologi enjin ramjet yang boleh dilancarkan daripada pelbagai platform sama ada udara, kapal, kapal selam serta daripada sistem pelancar pesisir pantai.
Pada ketika ini, Filipina menjadi negara tunggal di Asia Tenggara yang memiliki sistem peluru berpandu BrahMos apabila ia menandatangani kontrak  kontrak bernilai US$374 juta (RM1.5 bilion) awal tahun lepas dengan Brahmos Aerospace untuk memperolehi sistem peluru berpandu itu dalam varian sistem pelancar pesisir pantai.
Filipina merupakan pelanggan luar pertama memperolehi sistem peluru berpandu “BrahMos” hasil usahasama India dan Russia dalam varian lancaran darat, yang bakal ditempatkan di beberapa lokasi strategik negara itu di Laut China Selatan atau dipanggil Laut Filipina Barat (West Philippine Sea) oleh Manila.
Tiga bateri sistem peluru berpandu “BrahMos” yang diperolehi oleh Filipina itu dioperasikan oleh kor marin negara itu.
“BrahMos”
Setiap sistem peluru berpandu BrahMos itu terdiri daripada dua pelancar, sebuah radar dan pusat kawalan serta pemerintahan.
Dua buah peluru berpandu boleh dilancar dalam tempoh 10 saat sama ada daripada kapal selam, kapal perang, pesawat pejuang dan sistem lancaran darat. 
Filipina mahu menggunakan sistem peluru berpandu BrahMos itu untuk mencegah China daripada sebarang cubaan merampas, menduduki pulau atau terumbu-terumbu karang yang berada dalam kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusifnya (ZEE) di barat Laut China Selatan atau dipanggil Manila sebagai West Philippine Sea (Laut Filipina Barat).  
Dengan peluru berpandu BrahMos, kapal-kapal pengawal pantai China perlu “berfikir dua kali” sebelum menghampiri mana-mana pulau atau terumbu karang Filipina di dalam kawasan perairan ZEE Filipina.– DSA

 

BrahmosfeaturedIndiaVietnam
Comments (0)
Add Comment