UAE Gantung Pembelian F-35, Russia Pula Tawar Su-75 “Checkmate”

Russia cuba menarik perhatian UAE dengan menawarkan negara Arab itu perkongsian untuk sama-sama membangunkan pesawat pejuang terbaru Russia, Su-75 "Checkmate".

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pada Disember lepas, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memutuskan untuk menggantung perjanjian ditandatangani dengan Amerika Syarikat ketika negara kuasa besar dunia itu ditadbir oleh Donald Trump untuk memperolehi 50 buah pesawat generasi kelima F-35 dan pelbagai jenis senjata lain bernilai US$23.3 bilion (RM93.2 bilion).

Perjanjian yang diusahakan ketika Trump menjadi presiden Amerika itu turut melibatkan perolehan 18 buah dron MQ-9B Reaper dan pelbagai peluru berpandu udara-ke-udara serta darat-ke-udara.

Tindakan UAE menggantung perjanjian itu dikatakan berpunca daripada tindakan pentadbiiran Presiden Jo Biden mengenakan syarat-syarat ketat kepada UAE bagi memastikan teknologi pesawat F-35 tidak jatuh ke tangan musuhnya iaitu China.

Amerika bimbang kerana UAE mempunyai hubungan yang baik dengan China.

Gergasi telekomunikasi negara itu, Huawei mempunyai kontrak yang besar dengan negara Teluk itu dan Amerika Syarikat bimbang teknologi 5G syarikat China itu akan “menganggu” teknologi halimunan pesawat pejuang F-35 itu.

Selain hubungan UAE dengan Huawei, negara Teluk itu juga dikatakan mempunyai perjanjian dengan China yang membenarkan Beijing mendirikan kemudahan rahsia tentera di pelabuhan negara Arab itu itu.

Amerika Syarikat bimbang UAE tidak berupaya “menjaga” teknologi rahsia ketenteraan Amerika Syarikat itu daripada jatuh ke tangan musuh, pada ketika ia mempunyai hubungan diplomatik yang rapat dengan Beijing.

Disebalik “keteganga” hubungan antara UAE dengan Amerika Syarikat itu, negara Teluk itu mmembuat keputusan untuk memperolehi 80 buah pesawat pejuang Rafale bernilai US$19 bilion (RM76 bilion) daripada Perancis.

Pesawat Sukhoi Su-75 “Checkmate”

 

Tindakan UAE membeli pesawat Rafale itu menurut penganalisis, merupakan strategi untuk memaksa Washington supaya tidak melengah-lengahkan penjualan pesawat F-35 itu dan meluluskan proses penjualan itu dengan cepat.

Dalam pada itu, Russia dikatakan sedang cuba mengambil kesempatan dengan menawarkan kepada UAE untuk bersama-sama membangunkan pesawat terbarunya,  Sukhoi Su-75 “Checkmate” yang dikatakan memiliki ciri-ciri “low-observability”.

Moscow berharap UAE muncul sebagai negara Arab pertama menjadi pelanggan pesawat Su-75 itu.

Ketua agensi persenjataan Russia dinamakan “ROSTEC”, Viktor Kladov berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan beberapa agensi UAE seperti Tawazun Economic Council, Mubadala dan Edge Group.

Ditanya mengapa Russia memilih UAE, Kladov berkata negara Teluk itu menunjukkan minat yang mendalam terhadap perkembangan teknologi.

ROSTEC dijangka akan mula membina pesawat-pesawat Su-57 “Checkmate” itu bermula pada tahun 2026.

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Menurut maklumat yang dikeluarkan pada pameran Dubai Airshow, wingspan pesawat “Checkmate” itu adalah kira-kira 11.8 meter manakala panjang Su-75 pula adalah kira-kira 17.5 meter, membuktikan bahawa saiz pesawat pejuang “Checkmate” adalah lebih besar daripada pesawat-pesawat satu enjin yang lain termasuk F-35, F-16 dan Gripen.

Maklumat yang dikeluarkan pada pameran Dubai Airshow itu juga menunjukkan bahawa pesawat Su-75 “Checkmate” Russia ini boleh beroperasi sekitar 2,800km tanpa memerlukan drop tanks dan ia bakal dilengkapi dengan 11 hardpoints, lima di dalam internal weapons bays dan empat external pylons.

“Pesawat pejuang Checkmate boleh dibina mengikut beberapa varian iaitu satu tempat duduk, dua tempat duduk serta varian tanpa pemandu,” menurut maklumat tentang spesifikasi pesawat terbabit yang dikeluarkan pada Dubai Airshow itu.

Su-75 “Checkmate” (kiri) dan Su-57 “Felon” (kanan)

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ROSTEC Sergey Chemezov dalam satu kenyataan berkata, pesawat “Checkmate” menggabungkan “low visibility” dan peralatan/sistem terbaik, ia adalah pesawat yang paling sesuai daripada segi keberkesanan kombat dan kos (untuk setiap jam penerbangan).

Sementara itu, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat terpaksa mengeluarkan kenyataan yang menyebut bahawa pentadbiran Jo Biden tetap komited terhadap kontrak penjualan pesawat pejuang F-35, dron dan pelbagai senjata kepada UAE itu.

Bagaimanapun ia mahu komitmen jelas daripada UAE mengenai beberapa perkara semasa penghantaran dan selepas penghantaran senjata-senjata itu. — DSA

 

 

F-35featuredSu-35TrumpUAE
Comments (0)
Add Comment