(DEFENCE SECURITY ASIA) – China dikatakan sedang bersiap-sedia untuk melancarkan kapal “Super Friget” terbarunya dipanggil “Type 054B”, yang merupakan platform laut yang dipertingkatkan keupayaan dan kemampuannya berbanding kapal friget terdahulu “Type 054A”.
Apabila sudah ditauliahkan kelak, kapal friget Type 054B itu bakal ditugaskan untuk mengiringi kapal-kapal pengangkut pesawat China iaitu Liaoning, Shandong dan Fujian bersama-sama kapal-kapal perang Type 055 dan Type 052D.
Menjelang 2030, Tentera Laut China dijangka akan mengoperasikan empat buah kapal pengangkut pesawat, dibelakang hanya kepada Amerika Syarikat yang mengoperasikan 11 buah kapal pengangkut pesawat pada ketika ini.
Dua buah kapal friget terbaru China itu dibina oleh Limbungan Kapal Huangpu-Wenchong yang merupakan anak syarikat kepada China Shipbuilding Corporation (CSC) yang merupakan salah satu kontraktor utama kepada Tentera Laut China.
Gambar-gambar terkini dua buah kapal friget Type 054B yang masih berada di limbungan kapal telah pun tersebar di media sosial China.
Tentera Laut China dijangka akan memulakan ujian lautan bagi kapal Type 054B itu pada akhir tahun ini dan sekiranya ujian itu berjaya, ia akan membina lebih banyak kapal perang itu.
Setakat ini, China telah membina 40 buah kapal friget Type 054A untuk tentera lautnya dan masa telah tiba untuk ia melancarkan kapal friget terbarunya Type 054B yang disifatkan oleh penganalisis pertahanan antarabangsa sebagai “lebih besar dan lebih berkeupyaan” berbanding friget terdahulu.
Tentera Laut Pakistan turut memperolehi empat buah friget Type 054A.
Menurut pemerhati, kapal friget terbaru China ini dipercayai memiliki berat sepanjang 147 meter dan berat kira-kira 6,000 tan iaitu kira-kira 2,000 tan melebihi berat kapal friget terdahulu iaitu Type 054A.
Walaupun sistem penderia dan sistem persenjataannya masih belum diketahui, namun kapal friget terbaru Type 054B itu berkemungkinan akan menempatkan kemudahan Vertical Launch System (VLS) untuk melancarkan peluru-peluru berpandu anti-kapal, anti-pesawat, malah peluru berpandu kruis untuk membedil sasaran-sasaran darat.
Kapal friget Type 054B China itu juga dikatakan akan dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA).
Kapal friget Type 054B itu akan dilengkapi dengan dua buah helikopter Z-20 untuk misi-misi peperangan anti-kapal selam (ASW), meriam utama 76mm dan Close-In Weapon System (CIWS) serta torpedo.
Menurut Lu Li-shih, bekas instruktur di Akademi Tentera Laut Taiwan berkata berdasarkan kepada rekabentuk kapal friget Type 054B boleh disifatkan kepada kapal mini kepada kapal destroyer Type 055 Tentera Laut China yang memiliki berat 12,000 tan.
“Kapal friget terbaru Type 054B itu akan memiliki teknologi-teknologi terbaru sebagaimana yang digunakan oleh kapal destroyer Type 055.”
“Dengan saiznya yang lebih besar berbanding Type 054A, kapal friget terbaru China itu adalah lebih berkemampuan dan lebih berkeupayaan,” kata beliau. — DSA
DOWNLOAD APPS DEFENCE SECURITY ASIA
Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com