Turkiye Mohon Secara Formal Peroleh Enjin Pesawat Pejuang “Hurjet”, “KAAN” Dari Amerika

Negara Mediterranean itu mahu memperolehi enjin F404 buatan syarikat GE Aerospace untuk digunakan oleh varian awal pesawat pejuang ringannya, "Hurjet" itu, manakala enjin F110 pula untuk digunakan pada varian awal pesawat pejuang “KAAN” sebelum digantikan dengan enjin buatan dalam negara.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Turkiye dilaporkan telah mengemukakan permohonan secara formal kepada Amerika Syarikat untuk membeli enjin-enjin bagi digunakan oleh pesawat pejuang ringan, “Hurjet” dan juga pesawat peuang generasi kelima, “KAAN” yang sedang dibangunkannya ketika ini.
Negara Mediterranean itu mahu memperolehi enjin F404 buatan syarikat GE Aerospace untuk digunakan oleh varian awal pesawat pejuang ringannya, “Hurjet” itu, manakala enjin F110 pula untuk digunakan pada varian awal pesawat pejuang “KAAN”.
Pesawat pejuang ringan yang juga boleh bertindak sebagai pesawat latihan lanjutan (Fighter Lead-In Trainer) serta “KAAN” dirancang akan dilengkapi dengan enjin buatan tempatan pada tahun-tahun mendatang.
Perkara itu disahkan oleh pegawai Turkiye kepada agensi berita Bloomberg, yang turut menyatakan sekiranya permintaan bagi enjin pesawat pejuang ringan itu diluluskan, ia bakal mengendurkan ketegangan di antara negara Mediterranean itu dengan Amerika Syarikat.
Hubungan ketenteraan Turkiye dan Amerika Syarikat tegang selepas Ankara memutuskan untuk memperolehi sistem pertahanan udara S-400 yang diperbuat oleh Russia.
“Hurjet”
Akibat tindakan Turkiye itu, ia “ditendang keluar” daripada program perolehan pesawat pejuang generasi kelima, F-35 dan dikenakan sekatan ketenteraan daripada Amerika Syarikat yang menghalangnya memperolehi sebarang produk ketenteraan daripada negara itu.
Dengan perolehan sistem pertahanan udara S-400, Turkiye dilarang meneruskan pembelian 100 buah pesawat pejuang F-35buatan Lockheed Martin itu.
Dalam temuramah dengan portal pertahanan Turkiye sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Turkish Aerospace Industries (TAI) Mehmet Demiroglu berkata, beliau tidak menjangka akan berhadapan dengan masalah untuk memperolehi enjin-enjin itu.
TAI merupakan kontraktor yang bertanggungawab membangunkan program-program “Hurjet” dan “KAAN”.
“Enjin (pesawat) adalah bahagian yang penting. Pada ketika ini, enjin bagi pesawat-pesawat pejuang KAAN dan Hurjet masih menunggu (kelulusan) Kongres Amerika Syarikat. Kita tidak menjangkakan akan ada masalah pada masa ini.”
“Ini melibatkan proses. Kadangkala, ia boleh memakan masa,” katanya kepada portal pertahanan Turkiye itu.
Enjin GE F404.
Bagaimanapun beliau berharap suasana optimistik berikutan (pembelian) F-16 akan berterusan.
Awal tahun ini, Washington meluluskan permohonan Turkiye untuk memperolehi 40 buah varian terkini pesawat pejuang F-16 dan 80 kit permodenan bernilai US$23 billion (RM107 billion) selepas Ankara meratifikasikan undang-undang yang membenarkan kemasukan Sweden ke dalam pakatan ketenteraan NATO.
Kelulusan daripada Amerika Syarikat itu menamatkan polemik di antara Ankara dan Washington yang berlanjutan selama beberapa tahun tentang pembelian pesawat pejuang F-16 tersebut.
“Bagaimana jika (permohonan Turkiye memperolehi enjin-enjin bagi KAAN dan Hurjet itu tidak berlaku. Kita akan mengambil langkah-langkah sendiri, kita tidak akan berhenti di sini. Kita akan mencari jalan penyelesaian. Samada kita mencari enjin baru atau kita membangunkan enjin sendiri.”
“Kita sudah pun membangunkan enjin sendiri untuk KAAN dan kita akan bertindak yang sama unttuk pesawat pejuang ringan Hurjet, apa yang boleh kita buat? Kita tidak akan meninggalkan program ini (pembangunan pesawat KAAN),” kata Mehmet.
“Hurjet”
Kedua-dua enjin F110 yang digunakan oleh pesawat pejuang KAAN dan enjin F404 yang digunakan oleh pesawat pejuang ringan HURJET telah dibangunkan oleg syarikat General Electric daripada Amerika Syarikat.
Turkiye dilapor memohon untuk mendapatkan 100 buah enjin F404 untuk pesawat pejuang ringan  HURJET manakala bagi enjin F110 pula Ankara memohon supaya enjin keluaran syarikat GE itu dihasilkan di dalam negara di Turkiye bagi memenuhi permintaan daripada dalam negara.
Sebagai langkah sementara sebelum ia berkemampuan membina enjin pesawat pejuangnya sendiri, Turkiye dilaporkan telah meminta kebenaran daripada Amerika Syarikat untuk membina secara berlesen di dalam negara enjin F-110 GE-129 keluaran syarikat General Electric (GE).
Turkiye bercadang mengggunakan enjin F-110 GE-129 pada kumpulan pertama pesawat-pesawat pejuang generasi kelima, “KAAN” yang sedang dibangunkannya ketika ini, sebelum menggantikannya dengan enjin keluaran sendiri.
Eenjin F-110 GE-129 merupakan versi dua enjin (twin engine-version) enjin F-110 yang digunakan oleh pesawat pejuang F-15 manakala versi enjin F-110 GE-110 pula digunakan oleh pesawat pejuang F-16 yang turut dioperasikan oleh Tentera Udara Turkiye.
“KAAN”
Enjin GE F110
Ini bermakna kemungkinan besar kumpulan pertama pesawat pejuang generasi kelima “KAAN” keluaran Turkiye itu akan menggunakan enjin yang sama seperti digunakan oleh pesawat pejuang F-15.
Permohonan kepada Amerika Syarikat untuk membina secara berlesen enjin F-110 GE-129 di dalam Turkiye itu menyusuli perjanjian di antara TUSAS Engine Industries (TEI) dengan GE Aerospace.
TEI merupakan syarikat yang ditubuhkan hasil kerjasama di antara Turkish Aerospace Industries (TAI) dan GE Aerospace serta beberapa pihak tempatan yang lain bagi memastikan negara Mediterranean itu mampu berdikari bagi menghasilkan enjin sama ada untuk pesawat atau peluru berpandu. — DSA
 

 

 

 

 

EnjinfeaturedHurjetKAAN
Comments (0)
Add Comment