Kapal TLDM, Friget Tentera Laut Jerman “FGS Bayern” Adakan PASSEX Di Selat Melaka

Pada 15 Disember tahun lepas, kapal friget kelas-Brandenburg Tentera Laut Jerman, FGS Bayern muncul sebagai kapal perang Jerman yang pertama dalam tempoh 20 tahun untuk belayar di Laut China Selatan, perairan yang sebahagian besarnya dituntut China sebagai hak miliknya.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengadakan Passage Exercise (PASSEX)  dengan kapal friget kelas-Brandenburg milik Tentera Laut Jerman, FGS Bayern dan helikopter Super Lynx miliknya di sekitar perairan Selat Melaka semalam.  

Objektif utama PASSEX dengan kapal perang Tentera Laut Jerman itu adalah untuk memperkasakan kebolehoperasian melalui kaedah perkongsian idea serta kepakaran di lapangan.

Sebanyak tujuh aset TLDM terlibat dalam latihan di Selat Melaka itu iaitu KD SRI INDERASAKTI, KD JEBAT, KD LEKIR, KD LAKSAMANA HANG NADIM, KD GEMPITA, KD SUNDANG serta helikopter Super Lynx serta  Fast Combat Boat TLDM.

“Objektif latihan diterjemahkan melalui beberapa siri latihan di laut meliputi manuvra taktikal, pendaratan helikopter dan sail past,

“Kelangsungan latihan yang lancar tanpa sebarang insiden jelas menggambarkan sikap profesionalisme, keupayaan dan ketersediaan warga kedua-dua angkatan laut,” menurut TLDM dalam kenyataan itu yang dikeluarkan hari ini.

Kapal friget kelas-Brandenburg Tentera Laut Jerman “FGS Bayern”

 

Kapal perang Tentera Laut Jerman itu sedang melaksanakan misi penugasan pengawasan keselamatan maritim di sekitar perairan Indo-Pasifik bersama gabungan aset tentera laut sahabat dari Amerika Syarikat, Australia, Singapura, Jepun dan Korea Selatan.

Kehadiran kapal perang milik Tentera Laut Jerman itu menunjukkan kenyataan tegas kerajaan Jerman dan Kesatuan Eropah (EU) terhadap kebebasan dan keselamatan pelayaran di perairan di Indo-Pasifik yang dikini diancam oleh sikap agresif tentera China.

Pada 15 Disember tahun lepas, kapal friget FGS Bayern menjadi kapal perang Jerman yang pertama dalam tempoh 20 tahun untuk belayar di Laut China Selatan, kawasan perairan yang sebahagian besarnya dituntut China sebagai hak miliknya.

40 peratus daripada keseluruhan perdagangan Eropah melalui perairan di Laut China Selatan.

Kredit TLDM

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

 

Pelayaran kapal friget FGS Bayern di Laut China Selatan itu merupakan pelayaran simbolik menunjukkan bahawa Jerman dan Eropah tidak menerima sikap China yang mendakwa 90 peratus daripada perairan  itu adalah miliknya.

Pada September tahun lepas, kapal perang Jerman itu memohon untuk berlabuh di Shanghai tetapi dibenarkan oleh pihak berkuasa China.

Selepas mengadakan PASEX dengan TLDM, FGS Bayern itu akan melanjutkan pelayaran ke Sri Lanka dan India sebelum meneruskan pelayaran pulang ke negara asal pada Februari 2022 setelah selesai pelaksanaan misi pengawasan selama tempoh hampir 6 bulan.

Kredit TLDM

 

TLDM menjelaskan, pihaknya akan terus komited terhadap keselamatan maritim dan kerjasama pertahanan negara rantau ini.

“TLDM juga akan terus memanfaatkan setiap peluang beroperasi bersama angkatan laut negara sahabat dalam memacu ketersediaan warga bagi melindungi dan mempertahankan kepentingan maritim negara pada sebilang masa,” tambahnya. — DSA

Kredit TLDM
featuredFGS BayernJermanLaut China SelatanTLDM
Comments (0)
Add Comment