Tahap Kemajuan Pemasangan 18 Pesawat Pejuang FA-50M TUDM Capai 30 Peratus

Tahap kemajuan pemasangan 18  buah pesawat pejuang ringan FA-50M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah pun mencapai 30 peratus pada ketika ini , dengan pesawat pertama dijangka diterima negara pada Oktober 2026.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tahap kemajuan pemasangan 18  buah pesawat pejuang ringan FA-50M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah pun mencapai 30 peratus pada ketika ini , dengan pesawat pertama dijangka diterima negara pada Oktober 2026.

Sumber industri memberitahu Defence Security Asia bahawa tahap kemajuan 30 peratus yang dicapai pada ketika ini adalah lebih awal daripada timeline kontrak dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

“Lebih awal daripada timeline kontrak.”

“Kerja-kerja pemasangan pesawat telah pun bermula secara berperingkat. Fuselage in the making,” menurut sumber itu sambil menambah kumpulan pertama empat buah pesawat FA-50M akan mula diterima oleh TUDM pada bulan Oktober 2026.

Pesawat-pesawat FA-50M selebihnya akan diterima oleh TUDM secara berperingkat selepas itu dengan pesawat terakhir dijangka diterima pada tahun 2028.

Mengenai latihan bagi juruterbang TUDM itu, sumber industri itu berkata bahawa ia akan bermula pada awal tahun 2026 melibatkan enam orang juruterbang untuk tempoh di antara tiga hingga enam bulan.

FA-50

 

Ia akan meliputi dengan latihan menggunakan simulator, katanya.

“Mereka akan bermula dengan pesawat T50, TA-50 sebelum jump kepada pesawat FA-50M,” katanya sambil menambah latihan pada mulanya akan dilaksanakan di Wongju menggunakan pesawat T-50 sebelum berpindah ke Sacheon dimana juruterbang-juruterbang TUDM buat pertama kalinya akan menerbangkan pesawat pejuang FA-50M milik negara.

Mengenai sama ada pesawat FA-50M akan menggunakan komponen-komponen yang dinyatakan oleh Defence Security Asia sebelum ini seperti “Sniper” Advanced Targeting Pod, radar AESA “PhantomStrike” dan lain-lain.

Sumber industri itu hanya menyatakan, “Affirm”.

Pesawat pejuang ringan FA-50M yang bakal diperolehi oleh TUDM ialah varian FA-50 Block 20 yang paling moden dan berkeupayaan, berbanding dengan varian lain yang diperoleh negara lain termasuk Korea Selatan dan beberapa negara di Asia Tenggara.

Ditemu ramah oleh Bernama di Langkawi Mei lepas, Ketua Pegawai Eksekutif KAI Kang Goo-Young berkata varian FA-50 Block 20 (FA-50M) diperoleh Malaysia, lebih canggih dan berkeupayaan jika dibandingkan dengan varian FA-50 yang dioperasikan oleh ROKAF.

Antara perbezaan utama di antara varian FA-50M milik Malaysia dengan varian lain ialah pesawat pejuang ringan milik TUDM itu antara lain bakal dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) “PhantomStrike” dan pelbagai komponen elektronik terkini serta peralatan mengisi minyak di udara.

Varian FA-50M yang bakal dimiliki oleh TUDM itu juga akan dilengkapi dengan kemampuan untuk melancarkan peluru berpandu dan bom berketepatan tinggi.

Pesawat FA-50M milik Malaysia juga akan dilengkapi dengan pod sasaran “Sniper’ Advanced Targeting Pod (ATP) yang dibangunkan oleh firma pertahanan Amerika Syarikat, Lockheed Martin.

Pod sasaran Sniper ATP seberat kira-kira 200kg itu memberikan penggunanya kemampuan yang telah dinaiktaraf untuk mengesan dan mengenalpasti sasaran serta pengawasan berterusan untuk semua misi dilaksanakan termasuk bantuan rapat untuk pasukan-pasukan darat.

Sistem Sniper ATP merupakan pod sasaran yang telah terbukti kemampuannya di medan-medan peperangan yang disertai oleh Amerika Syarikat serta pelanggan luar termasuk pesawat-pesawat F-15E, F-16 (kesemua Blok), B-1, A-10C, Harrier GR7/9 dan F/A-18.

Kemampuan Sniper ATP untuk “plug and play” membolehkan ia digunakan oleh pelbagai platform tanpa perlu menukar software.

Antara kemampuan pod sasaran Sniper ATP termasuklah mid-wave Forward Looking Infrared (FLIR) definisi tinggi, HDTV, dual-mode laser, laser spot tracker, laser marker, video data link, digital data recorder.

Pod sasaran keluaran syarikat Lockheed Martin  itu juga memiliki kemampuan untuk menjejak sasaran taktikal menerusi imagery real-time yang disalurkan kepada paparan di kokpit.

Sniper ATP juga adalah sesuai untuk digandingkan dengan bom-bom “J-Series” yang terkini untuk digunakan terhadap sasaran bergerak dan sasaran kekal.

FA-50

 

Pesawat FA-50M  itu juga dipasang dengan radio U/VHF yang hampir sama digunakan digunakan oleh varian terkini pesawat pejuang F-16 Block 70.

Sebanyak 18 buah pesawat FA-50 Block 20 yang diperolehi Malaysia pada harga lebih RM4 bilion juga dilengkapi dengan “Link 16 Block Upgrade 2” (military tactical data link) yang selamat, secure, bebas daripada usaha pemintasan pihak musuh dan lain-lain lagi.

Selain itu varian pesawat itu juga akan dilengkapi dengan meriam 20mm gun, peluru berpandu AIM-9, GBU-12 LGB Integration,  GBU-38 JDAM (Joint Direct Attack Munitions) dan peluru berpandu AGM-65 Maverick.

Varian pesawat FA-50 Block 20 juga dilaporkan akan dilengkapi dengan kemudahan Air-To-Air Refuelling Probe (AAR Probe) iaitu “ Cobham Mission System” yang dibangunkan oleh syarikat Cobham daripada United Kingdom.

Kemudahan pengisian minyak di udara akan memastikan pesawat FA-50 Block 20 itu beroperasi lebih jauh dan berada di udara lebih lama. –DSA

 

FA-50MfeaturedKAITUDM
Comments (1)
Add Comment