Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Radar AESA “PhantomStrike” Oleh Raytheon Perkasa FA-50 Block 20

Sebagaimana Malaysia, Poland yang menjadi negara pertama memperolehi varian FA-50 Block 20 yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI) itu, juga akan melengkapkan pesawat-pesawat pesawat pejuang ringannya itu dengan radar AESA PhantomStrike yang dibangunkan oleh firma pertahanan Amerika Syarikat, Raytheon.

0 4,088

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagaimana yang dilaporkan oleh Defence Security Asia sebelum ini, pesawat FA-50 Block 20 yang bakal diperolehi oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) “PhantomStrike”.

Radar AESA PhantomStrike itu dibangunkan oleh firma pertahanan Amerika Syarikat, Raytheon.

Sebagaimana Malaysia, Poland yang menjadi negara pertama memperolehi varian FA-50 Block 20 yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI) itu, juga akan melengkapkan pesawat-pesawat pesawat pejuang ringannya itu dengan radar AESA PhantomStrike.

FA-50

Pada Februari lalu, Kementerian Pertahanan telah menandatangani Surat Niat (Letter of Intent) dengan KAI untuk memperolehi 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 bernilai kira-kira RM4 bilion.

Kontrak perolehan di antara Kementerian Pertahanan dan KAI dijangka ditandatangani semasa pameran LIMA 2023 di Langkawi bermula 23 hingga 27 Mei ini.

Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara dan hanya kedua di dunia selepas Poland yang memperolehi varian terkini dan termaju pesawat FA-50 itu.

Poland memperolehi 48 buah pesawat FA-50 terdiri daripada kombinasi varian Block 20 dan Block 10.

Selain Malaysia, pengguna-pengguna lain pesawat pejuang FA-50/T-50 daripada varian terdahulu di Asia Tenggara adalah Thailand (14 buah T-50), Filipina (12 buah FA-50 dan Indonesia (22 buah T-50)

PhantomStrike
Radar AESA “PhantomStrike” oleh Raytheon

 

Mengenai radar AESA yang menjadi pilihan TUDM, PhantomStrike adalah radar AESA yang memiliki Low Size, Weight and Power (SWaP).

Radar AESA itu direka untuk diintegrasikan kepada pelbagai platform termasuk pesawat pejuang ringan, pesawat berkepak, sistem pesawat tanpa pemandu dan menara-menara bagi memberikan kemampuan pengesanan dan penjejakan ancaman jarak jauh.

Bercakap kepada portal pertahanan antarabangsa Janes pada pameran udara Farnborough 2022, presiden bagi Secure Sensor Solutions, Raytheon Intelligence & Space Eric Ditmars berkata, syarikat itu merancang untuk mengeksport PhantomStrike kepada pelanggan luarnya menjelang 2025.

Ia akan mula mengintegrasikan radar itu pada pelbagai platform pada akhir 2023 atau awal 2024.  

Beliau berkata, radar AESA PhantomStrike mempunyai dua saiz dengan saiz yang kecil seberat kira-kira 45kg dengan kos yang separuh dibandingkan radar-radar biasa manakala bagi yang bersaiz sederhana pula, beratnya adalah 54kg.

FA-50
Majlis menandatangani Surat Setuju Terima (SST) perolehan pesawat FA-50 di antara Kementerian Pertahanan dengan Korea Aerospace Industries (KAI) .

 

Radar AESA PhantomStrike menggunakan kuasa gallium nitride (GaN), digital beamforming dan steering, digital receiver/exciter, processor dipanggil Chirp yang telah dibangunkan oleh Raytheon Missiles & Defense.

Beliau tidak mendedahkan secara spesifik jarak radar AESA PhantomStrike itu, tetapi bagi radar itu yang bersaiz kecil kemampuannya adalah bersamaan dengan pesawat F-16 manakala bagi bersaiz sederhana pula, kemampuannya adalah melebihi pesawat F-16.

Menurut beliau lagi, pihak tentera Perancis telah menunjukkan minat dengan radar AESA PhantomStrike itu untuk memasangnya pada pesawat Mirage.

Raytheon mendakwa bahawa radar PhantomStrike memberikan keupayaan tinggi bagi membolehkan kesedaran yang tinggi terhadap apa yang berlaku di medan peperangan pada sebahagian daripada kos sistem radar tradisional.

FA-50
Pesawat FA-50PL Tentera Udara Poland

 

Keupayaan tinggi itu dicapai dengan menggembleng tenaga daripada semikonduktor GaN dengan inovasi pakej digital receiver/exciter dan processor dikenali sebagai CHIRP serta rekabentuk penyejukan udara dan keberkesanan tenaga.

Ia juga berkata berat radar AESA PhantomStrike adalah kurang daripada 150 pound atau 80 peratus lebih ringan daripada radar-radar AESA moden pada ketika ini.

Selain itu juga ia juga didakwa menggunakan hanya 65 peratus daripada sumber tenaga manakala kosnya pula adalah 50 peratus lebih kurang daripada radar AESA generasi keempat. — DSA

APPPS

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...