Maghribi Uji Patriot, Reaksi Balas Terhadap Penerimaan Su-35 dan Potensi Operasi Su-57 oleh Algeria
Maghribi dilaporkan telah bertindak segera dengan menguji sistem pertahanan udara Patriot buatan Amerika Syarikat, berkemungkinan sebagai reaksi balasnya terhadap penerimaan pesawat pejuang Su-35 Flanker-E oleh negara jirannya Algeria baru-baru ini dan juga penerimaan pesawat pejuang generasi kelima, Su-57 pada tahun ini.