Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Tawar Kebebasan Source Code Pada India, Jadikan Tawaran Su-57E Lebih Menarik

Tawaran menarik oleh Russia bagi memastikan India memiliki pesawat pejuang Su-57E itu adalah bagi memastikan Moscow lebih ke hadapan berbanding Amerika Syarikat yang turut sama menawarkan pesawat pejuang generasi kelima F-35A untuk digunakan oleh Tentera Udara India bagi menangani ancaman kembar China dan Pakistan.

0 3,883
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia dilaporkan telah memperhebatkan lagi usahanya untuk menjual pesawat pejuang generasi kelima buatannya, Su-57E  kepada India dengan menawarkan kebebasan “source code” bagi membolehkan India untuk mengintergrasi sistem dan peralatan dibangunkan oleh industri pertahanan tempatanya kepada pesawat pejuang kebanggaan Moscow itu.
Tawaran menarik oleh Russia bagi memastikan India memiliki pesawat pejuang Su-57E itu adalah bagi memastikan Moscow lebih ke hadapan berbanding Amerika Syarikat yang turut sama menawarkan pesawat pejuang generasi kelima F-35A untuk digunakan oleh Tentera Udara India bagi menangani ancaman kembar China dan Pakistan.
Menurut laporan media pertahanan India, varian eskport pesawat pejuang Su-57E yang ditawarkan oleh Russia kepada India itu akan mengintergrasikan beberapa teknologi utama yang dirancang untuk pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKI di bawah program Super-30 India dengan radar AESA menggunakan Gallium Nitride(GaN) dan mission computer yang dibangunkan industri tempatan.
Pesawat pejuang Super-30 merupakan pesawat pejuang Su-30MKI Tentera Udara India yang dinaiktaraf oleh industri pertahanan tempatannya.
Integrasi program Super-30 Sukhoi Su-30MKI India dengan pesawat pejuang Su-57E itu akan memastikan pesawat pejuang Su-57E sekiranya diperolehi oleh India, menggunakan sistem dan peluru berpandu buatan industri tempatan India pada pesawat pejuang terkini Russia itu.
Antara peluru berpandu buatan industri pertahanan India yang berkemungkinan besar akan digunakan pakai oleh Su-57E sekiranya ia diperolehi oleh negara Asia Selatan itu termasuklah peluru berpandu udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR) Astra dan juga pelbagai peluru berpandu berketepatan tinggi yang lain.
Ini akan mengurangkan lagi kebergantungan India terhadap syarikat-syarikat pembekalan luar negara dan memastikan ia memperolehi “source code” untuk mengintergrasi produk pertahanan India dengan pesawat pejuang asing diperolehinya.
Su-57
Su-57
Ia juga memastikan episod “malang” source code yang cuba diperolehinya daripada Perancis untuk pesawat pejuang Rafale miliknya tidak berulang.
Laporan sebelum ini menyatakan bahawa Perancis terus-menerus enggan melayan permintaan India untuk berkongsi Source Code bagi membolehkan ia mengintergrasikan beberapa sistem persenjataan buatan tempatan dengan pesawat pejuang Rafale yang dibelinya daripada negara Eropah itu.
Syarikat Dassault Aviation yang membangunkan pesawat pejuang Rafale itu tetap enggan berkongsi Source Code pesawat pejuang itu walaupun didesak oleh New Delhi.
Dengan mengintergrasikan sistem-sistem buatan tempatan seperti peluru berpandu, bom, avionik dan elektronik kepada pesawat pejuang buatan Perancis, ia sekaligus kemandirian industri pertahanan India dan mengurangkan kebergantungannya New Delhi kepada sistem pertahanan negara luar.
India memperolehi 36 buah pesawat pejuang Rafale daripada Perancis sebagai sebahagian daripada perjanjian bernilai sekitar €7.8 bilion (RM37.5 billion ) yang dimeterai pada September 2016.
Penghantaran pertama pesawat Rafale kepada India berlaku pada 29 Julai 2020, dan penghantaran terakhir iaitu pesawat ke-36, tiba pada 15 Disember 2022, menandakan penyempurnaan keseluruhan perjanjian tersebut.
Pesawat-pesawat ini ditempatkan di dua pangkalan udara utama: Ambala di Haryana dan Hasimara di Bengal Barat.
Su-30MKI
Pesawat Sukhoi Su-30MKI milik India
Selain itu, pada April 2025, India menandatangani perjanjian tambahan dengan Perancis untuk memperoleh 26 pesawat Rafale versi marin (Rafale M) bagi kegunaan Tentera Laut India, dengan penghantaran untuk pesawat-pesawat ini dijadualkan bermula sekitar 2028 dan dijangka selesai menjelang 2030.
Walaupun syarikat pembuat pesawat pejuang Perancis itu bekerjasama dengan Tentera Udara India dalam mengintegrasikan senjata buatan India kepada pesawat pejuang itu seperti peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh seperti Astra Mk1 dan Smart Anti-Airfield Weapon (SAAW),  namun ia tetap bertegas tidak mahu berkongsi Source Code pesawat pejuang generasi 4.5 itu dengan New Delhi.
Source Code yang menjadi pertikaian itu mengawal sistem kritikal seperti radar Thales RBE2 jenis Active Electronically Scanned Array (AESA) dan Modular Mission Computer (MMC) digunakan pesawat pejuang Rafale, yang amat penting bagi tujuan integrasi senjata buatan tempatan seperti peluru berpandu jarak jauh Astra dan peluru berpandu anti-radiasi Rudram.
Tanpa akses kepada Source Code itu, India berdepan kesukaran untuk menyesuaikan pesawat Rafale mengikut keperluan operasinya sendiri, sekali gus menjejaskan usaha negara itu untuk memperkasakan inisiatif “Atmanirbhar Bharat” (India Berdikari) dalam sektor pertahanan.
Isu ini telah mencetuskan perdebatan yang lebih meluas mengenai kedaulatan teknologi dan autonomi strategik.
Program Super-30 merujuk kepada usaha menaik taraf keupayaan pertengahan hayat armada pesawat tempur Su-30MKI milik Tentera Udara India (IAF), yang dibangunkan secara bersama oleh Hindustan Aeronautics Limited (HAL) dari India, serta United Aircraft Corporation (UAC) dan Sukhoi Design Bureau dari Rusia.
Sukhoi
Su-30MKI
Ia merangkumi pelaksanaan kerja naik taraf menyeluruh terhadap kira-kira 150 hingga 200 buah Su-30MKI, dengan matlamat untuk menjadikan pesawat itu berkeupayaan setanding pesawat generasi “4.5++”, hampir menyamai pesawat tempur generasi kelima dari segi avionik, persenjataan, radar dan sistem peperangan elektronik.
Ciri-Ciri Utama dan Penambahbaikan
Radar AESA (Active Electronically Scanned Array):
Radar N011M Bars jenis pasif yang digunakan ketika ini akan digantikan dengan radar AESA canggih, berkemungkinan model Uttam AESA buatan DRDO India atau setara dari Rusia.
Naik taraf ini akan meningkatkan keupayaan mengesan sasaran dari jarak jauh, keupayaan ECCM (electronic counter-countermeasures), serta kebolehan menyerang pelbagai sasaran secara serentak.
Sistem Avionik Moden:
Kokpit pesawat akan dinaik taraf dengan paparan digital (glass cockpit), instrumen penerbangan elektronik, dan komputer misi generasi baharu.
Ia turut merangkumi peningkatan dalam penggabungan data sensor (sensor fusion) bagi memberikan kesedaran situasi yang lebih tinggi kepada juruterbang.
Sistem Peperangan Elektronik Canggih (EW):
Pesawat akan dilengkapi sistem EW moden untuk memastikan keupayaan bertahan yang lebih tinggi dalam persekitaran peperangan elektronik yang kompleks.
Naik taraf ini juga akan menyaksikan integrasi sistem pengesanan dan penjejakan inframerah (IRST).
Integrasi Peluru dan Persenjataan:
Pesawat Su-30MKI versi Super-30 akan serasi sepenuhnya dengan pelbagai jenis senjata generasi baharu buatan India dan antarabangsa, termasuk:
  • Peluru berpandu jelajah supersonik BrahMos-A
  • Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh ASTRA Mk1 dan Mk2 (BVR)
  • Bom meluncur pintar, peluru berpandu anti-radiasi (ARM) dan munisi panduan ketepatan lain
  • Integrasi potensi peluru berpandu R-77-1 atau RVV-BD (AAM jarak jauh) dari Rusia untuk memperkukuh dominasi udara
F-16
Pesawat F-16 Singapura dengan pesawat Su-30MKI Tentera Udara India.
Naik Taraf Struktur dan Enjin:
Jangka hayat struktur pesawat akan dilanjutkan kepada lebih 40 tahun.
Sebahagian varian mungkin akan dilengkapi dengan enjin AL-41F-1S seperti yang digunakan pada Su-35, namun majoriti pesawat dijangka akan kekal menggunakan enjin AL-31FP yang telah dinaik taraf dengan kebolehan vektor tujahan dan ketahanan operasi yang dipertingkatkan.
Naik taraf di bawah program Super-30 dijangka memberi nafas baharu kepada armada Su-30MKI yang menjadi tulang belakang kekuatan udara India, serta memastikan ia terus relevan menghadapi ancaman strategik dari China dan Pakistan dalam dekad-dekad mendatang.
Pesawat pejuang Sukhoi Su-57E, versi eksport kepada pesawat tempur generasi kelima Rusia Su-57, merupakan antara platform udara paling canggih yang ditawarkan oleh Moscow kepada negara-negara sekutu terpilih.
Pesawat ini dibangunkan oleh Sukhoi Design Bureau di bawah syarikat induk United Aircraft Corporation (UAC), dan ia direka bagi memberikan keupayaan superior dalam pertempuran udara-ke-udara dan udara-ke-darat menerusi gabungan teknologi halimunan (stealth), kelincahan tinggi, dan keupayaan peperangan elektronik generasi baharu.
Versi eksport Su-57E diumumkan secara rasmi kepada komuniti antarabangsa pada Pameran Aero India 2021 di Bengaluru, India, menandakan keterbukaan Rusia untuk berkongsi teknologi strategik kepada sekutu rapat dengan syarat yang ketat.
Pesawat Su-57E dilengkapi dua enjin turbofan AL-41F1 dengan teknologi vektor tujahan 3D (3D thrust vectoring), yang membolehkan ia melakukan manuver ekstrem dalam pertempuran udara, termasuk supermaneuverability yang sukar ditandingi oleh pesawat Barat sekelasnya.
Su-57
Su-57
Pesawat ini direka dengan Radar Cross Section (RCS) yang rendah menerusi penggunaan bahan penyerapan radar (RAM), salur udara berbentuk S, ruang senjata dalaman, dan permukaan pesawat bersudut cenderung bagi menyukarkan pengesanan radar musuh.
Dari segi persenjataan, Su-57E boleh membawa peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh R-77M dan R-74M2, serta peluru berpandu hipersonik Kh-47M2 Kinzhal dan pelbagai bom panduan ketepatan (PGMs), menjadikannya pesawat serangan berbilang misi.
Su-57E dilengkapi radar AESA N036 Byelka, yang terdiri daripada antena utama dan beberapa antena sisi untuk liputan sudut pandangan 360 darjah serta keupayaan “sensor fusion” yang menyeluruh.
Sistem avioniknya turut merangkumi infrared search and track (IRST), electronic warfare suite (EW) berprestasi tinggi, serta sistem kawalan misi bersepadu yang membolehkan pesawat menjalankan operasi dalam persekitaran peperangan bersepadu dan berisiko tinggi.
Rusia menawarkan Su-57E kepada negara-negara sahabat strategik yang mempunyai kemampuan teknologi dan ekonomi tinggi, serta hubungan ketenteraan erat dengan Moscow.
Antara negara yang pernah dikaitkan dengan minat terhadap Su-57E termasuk Algeria, Vietnam, dan Myanmar, walaupun tiada kontrak eksport rasmi diumumkan setakat ini.
Terdapat juga laporan bahawa China dan India menilai potensi kerjasama atau pemerolehan pesawat ini dalam bentuk teknikal atau teknologi tertentu, tetapi tidak dalam bentuk pembelian terus bagi versi eksport penuh.
Pesawat Su-30MKI merupakan platform utama Tentera Udara India (IAF), yang berfungsi sebagai tulang belakang keupayaan udara strategik negara itu sejak mula beroperasi secara aktif pada awal 2000-an.
Su-30MKM
Pesawat Su-30MKM Tentera Udara Diraja Malaysia dan pesawat Su-30MKI Tentera Udara India semasa Latihan Udara Shakti (Kredit: TUDM)
Dibangunkan melalui kerjasama antara Sukhoi Design Bureau Rusia dan Hindustan Aeronautics Limited (HAL) India, Su-30MKI direka khas mengikut keperluan India dengan penyesuaian avionik, senjata, dan sistem kawalan tembakan tempatan serta Barat.
Dikuasakan oleh dua enjin AL-31FP dengan keupayaan vektor tujahan 3D, pesawat ini mampu melakukan manuver ekstrem seperti Pugachev’s Cobra dan Tail Slide, menjadikannya antara pesawat paling lincah dalam kelasnya.
Dengan kelajuan maksimum Mach 2.0, jarak operasi sejauh 3,000 km, serta kemampuan air-to-air refueling, Su-30MKI menawarkan jangkauan strategik yang mampu mengimbangi kehadiran China dan Pakistan di sepanjang sempadan bergolak.
Radar utama N011M Bars—radar hibrid PESA—membolehkan pengesanan dan penjejakan sehingga 15 sasaran serentak, namun kini pesawat-pesawat ini sedang dinaik taraf kepada radar AESA seperti Uttam buatan DRDO melalui program “Super 30”.
Pesawat ini mempunyai kebolehan serangan darat dan udara sepenuhnya, dengan integrasi peluru berpandu jarak jauh seperti BrahMos-A (kelajuan Mach 2.8–3.0), rudal Kh-31 dan rudal R-77 (AA-12 Adder), serta bom berpanduan pintar buatan India.
Penggunaan peluru berpandu BrahMos dari Su-30MKI menjadikan India satu-satunya negara yang memiliki pesawat tempur supersonik dengan kemampuan pelancaran rudal krus supersonik dari udara, memberi kelebihan strategik dalam pertempuran maritim dan serangan ke atas sasaran bernilai tinggi.
Su-30MKI juga disepadukan dengan sistem peperangan elektronik Israel dan avionik Perancis, menjadikannya satu platform campuran teknologi pelbagai negara yang sukar ditandingi dalam teater Asia Selatan.
Setakat ini, India memiliki lebih daripada 270 unit Su-30MKI yang beroperasi dalam lebih 13 skuadron, menjadikannya armada pesawat tempur terbesar dalam perkhidmatan aktif di Asia.
ASTRA
Peluru berpandu udara-ke-udara Astra berjaya menjalani ujian penerbangan pengguna dari pesawat Su-30MKI di perairan pesisir Odisha pada 17 September 2019.
Sebagai sebahagian daripada pelan pemodenan jangka panjang, India melaksanakan program “Super Sukhoi” untuk meningkatkan lebih 150 pesawat Su-30MKI ke standard generasi 4.5++, termasuk penambahan paparan kokpit digital, pengurusan data sensor yang lebih pintar dan integrasi rudal hypersonik.
Su-30MKI juga berperanan penting dalam strategi “two-front war” India, berupaya digerakkan ke barat (Pakistan) atau timur laut (China) dalam masa yang singkat dengan bantuan pangkalan udara hadapan dan pengisian bahan api udara.
Dalam konflik sempadan dengan China di Doklam dan Ladakh, Su-30MKI dikerahkan ke kawasan sensitif termasuk ke Pangkalan Udara Leh, mengisyaratkan peranannya dalam pencegahan berprofil tinggi terhadap Beijing.
— DEFENCE SECURITY ASIA

Leave A Reply

Your email address will not be published.