Singapura Tamatkan Perkhidmatan Kapal Selam Kelas-Challenger, RSS Conqueror dan RSS Chieftain
Tentera Laut Republik Singapura (RSN) secara rasmi menamatkan perkhidmatan dua buah kapal selam terakhir kelas-Challenger, iaitu RSS Conqueror dan RSS Chieftain dalam satu majlis di RSS Singapura – Pangkalan Tentera Laut Changi pada 25 November 2024.