Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jeneral British “Amat Emosional” Lihat Kemusnahan Pertama Challenger 2 Di Ukraine

Baru-baru ini, footage video di media sosial telah tersebar menunjukkan kereta kebal Challenger 2 canggih Britain seberat 69 tan itu terbakar di tepi laluan di kawasan pertempuran di Robotyne, wilayah Zaphorizia di selatan Ukraine yang menyaksikan pertembungan sengit antara kedua-dua angkatan tentera.

0 13,398

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ketua Staff Am Tentera British Jeneral Patrick Sander mengakui bahawa beliau berasa “amat emosional” apabila melihat gambar dan footage video berkenaan kemusnahan kereta kebal Challenger 2 pertama yang dibekalkan oleh Britain kepada Ukraine.

Menurut beliau, anggota tentera yang pernah mengoperasikan kereta kebal Challenger 2 mempunyai perasaan yang amat rapat dengan kereta kebal itu dan segala kelengkapan tentera yang pernah mereka operasikan.

“Terdapat kemungkinan saya pernah berada di dalam kereta kebal yang musnah itu,” kata beliau, sambil menyifatkan kereta kebal Challenger itu sebagai kereta kebal terbaik di dunia dan juga kereta kebal “paling kebal”.

“Sudah tentu, kita kini melihat kereta kebal Challenger yang pertama beraksi di barisan hadapan dan dalam banyak segi, kereta kebal Challenger itu adalah kereta tercanggih di dunia dan sudah pasti adalah kereta kebal paling dilindungi,” katanya.

Kereta kebal Challenger 2 seberat 62 tan yang musnah itu merupakan salah satu daripada 14 buah kereta kebal yang telah “didermakan” oleh Britain kepada Ukraine.

Challenger
Kereta kebal “Challenger 2” terbakar di selatan Ukraine.

 

Dalam satu insiden yang berlaku baru-baru ini, sebuah kereta kebal Challenger 2 musnah selepas ia terkena periuk api yang dipasang oleh pihak tentera Russia, menurut sumber-sumber pihak tentera Barat.

Selepas tidak lagi mampu bergerak akibat terkena periuk api, kereta kebal kebanggaan Britain itu telah dibedil pula oleh dron berani mati Russia kemungkinan “Lancet”, menyebabkan ia terbakar.

Bagaimanapun, krew kereta kebal itu berjaya menyelamatkan diri.

Jeneral tentera British itu menyatakan bahawa beliau amat berbangga apabila melihat banyak sistem persenjataan British beroperasi di barisan hadapan disamping anggota tentera Ukraine.

“Bagaimanapun, apa yang lebih penting adalah bagaimana kita menggunakan sistem-sistem persenjataan itu,” kata beliau.

Baru-baru ini, Tentera Russia dilaporkan telah berjaya memusnahkan kereta kebal “Challenger 2” yang didermakan oleh Britain kepada Ukraine.

Challenger
Jeneral Sir Patrick Sanders

 

Video-video di media sosial yang telah tersebar menunjukkan kereta kebal canggih buatan Britain seberat 69 tan itu terbakar di tepi laluan di kawasan pertempuran di Robotyne, wilayah Zaphorizia di selatan Ukraine yang menyaksikan pertembungan sengit antara kedua-dua angkatan tentera.

Kemusnahan kereta kebal kebanggaan industri pertahanan Britain itu telah pun disahkan oleh pemantau-pemantau senjata di Ukraine seperti Ukraine Weapons Tracker dan Oryx, bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi daripada Kementerian Pertahanan Ukraine.

Setakat ini, tentera Russia telah berjaya memusnahkan kereta kebal “Leopard-2” buatan Jerman dan kini kereta kebal “Challenger-2” buatan Britain serta sistem-sistem persenjataan lain termasuk kereta perisai Bradley yang didermakan kepada oleh negara Barat kepada Ukraine.

Kemusnahan kali pertama kereta kebal  “Challenger 2” di Ukraine itu telah disambut dengan gembira oleh blogger dan pemerhati pertahanan Russia yang mengibaratkannya sebagai suatu simbol “kekalahan” sistem persenjataan Barat ditangan senjata Russia.

Kereta kebal “Challenger 2” dikatakan mempunyai reputasi yang baik di medan peperangan kerana ia tidak pernah mengalami kemusnahan sebelum ini, walaupun telah beraksi di Iraq, Kosovo dan Bosnia-Herzegovina.

Britain
Kereta kebal “Challenger” digunakan oleh tentera Ukraine

 

Sebab itulah, terdapat juga laporan menyatakan bahawa Britain telah meletakkan “syarat” yang ketat kepada Ukraine berkenaan operasi kereta kebal canggih miliknya itu.

Pada Julai lalu, laporan-laporan muncul mengatakan tentera Ukraine berhadapan dengan masalah untuk memperkenalkan kereta kebal Challenger itu ke medan peperangan, disebabkan pelbagai syarat ketat yang diletakkan oleh kerajaan British itu.

Laporan menyatakan kerajaan Britain telah meminta jaminan daripada Ukraine bahawa kereta kebal Challenger 2 itu tidak dikerah ke kawasan-kawasan pertempuran kerana bimbang ia akan ditawan oleh tentera Russia atau dimusnahkan oleh tentera musuh, sekaligus membolehkan Russia merungkil segala “rahsia” tentang kereta kebal kebanggaan Britain itu. —  DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...