Pembinaan “Bare Bone Base” TUDM Di Bintulu Semakin Menjadi Kenyataan
Cadangan untuk membina pangkalan udara “bare bone base” untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Bintulu berhampiran Laut China Selatan semakin menghampiri kenyataan apabila Kementerian Pertahanan menjangkakan tender bagi pembinaan pangkalan udara itu akan dapat dikeluarkan pada suku keempat tahun ini.