Su-57 “Felon” Dinaiktaraf Dengan Artificial Intelligence, Senjata Dan Enjin Baru

“Pada pesawat Su-57 yang dinaiktaraf itu terdapat set peralatan dengan fungsi-fungsi yang dipertingkatkan seperti Artificial Intelligence (AI) . Pesawat itu juga melakukan ujian penggunaan sistem persenjataan yang baru. Ia juga menguji penggunaan enjin baru pada pesawat itu, “ kata agensi berita, TASS.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada akhir tahun lepas, pesawat Su-57  “Felon” yang dinaiktaraf telah melakukan penerbangan sulungnya di Zhukovsky Flight Center, Moscow, sebagaimana diumumkan oleh syarikat Russia, United Aircaft Corporation (UAC).

Pesawat itu telah diterbangkan oleh juruterbang Sukhoi Experimental Design Bureau, Sergey Bogdan.

Penerbangan sulung yang berlangsung selama 56 minit telah berjaya dilaksanakan tanpa sebarang insiden.

Apa yang dinaiktaraf pada pesawat pejuang generasi kelima Russia itu?

“Pada pesawat Su-57 yang dinaiktaraf itu terdapat set peralatan dengan fungsi-fungsi yang dipertingkatkan seperti Artificial Intelligence (AI) . Pesawat itu juga melakukan ujian penggunaan sistem persenjataan yang baru. Ia juga menguji penggunaan enjin baru pada pesawat itu, “ kata agensi berita, TASS.

Peralatan-peralatan baru yang diuji pada pesawat itu akan membolehkan sistem komputer pada Su-57 untuk melakukan penerbangan, seterusnya membolehkan juruterbang untuk fokus terhadap tugas-tugas kritikal yang lain.

Menurut Ketua Pengarah UAC Yuri Slyusar, pesawat yang dinaiktaraf itu bukan sahaja akan dipandu sepenuhnya oleh sistem komputer, tetapi juga dalam aspek penyediaan sistem persenjataannya.

Su-57 yang dinaiktaraf itu juga akan memiliki tahap otomasi yang tinggi ketika di dalam suasana kombat.

Pada 2021, ketua jabatan kokpit di Sukhoi Design Bureau Nikita Dorofeev dilaporkan berkata bahawa di masa depan juruterbang pesawat Su-57 boleh mengawal pesawat itu hanya dengan mengerakkan mata atau suara.

Juruterbang ujian di Sukhoi Design Bureau Rafael Suleimanove pula berkata bahawa dengan penggunaan AI pada pesawat pejuang itu, ia akan membolehkan Su-57 “berbuat apa sahaja ketika di udara.”

Mana-mana juruterbang yang pernah menerbangkan pesawat Su-35, berupaya menerbangkan Su-57 tanpa masalah.

Selain peralatan dalaman pesawat dan sistem persenjataan, pesawat Su-57 yang dinaiktaraf itu juga dijangka dilengkapi dengan enjin baru dikenali dengan nama “Izdeliye 30” yang membolehkan pesawat meluncur pada kelajuan supersonik tanpa menggunakan afterburner.

 Pada ketika ini, pesawat-pesawat Su-57 yang telah dibangunkan hanya menggunakan “enjin sementara” iaitu NPO Saturn Product 117 yang merupakan varian kepada enjin AL-41F-1S yang dibangunkan daripada enjin pesawat Su-35.

Menurut penganalisis, penggunaan enjin Izdeliye 30 itu akan meningkatkan daya tujahan (thrust) pesawat Su-57 itu dan keberkesanan penggunaan minyak, selain mengurangkan berat keseluruhan pesawat generasi kelima itu serta kerja-kerja penyelenggarannya.

Berlainan dengan pesawat generasi keempat, pesawat Su-57 boleh mengekalkan kelajuan supersonik sepanjang misi dilakukannya, walaupun sedang berhadapan dengan musuh.

“Pesawat generasi keempat berada dalam kelajuan subsonic dalam sebahagian besar masanya dan akan hanya berada pada kelajuan supersonik ketika melaksanakan misi kombat, tetapi pesawat Su-57 direkabentuk untuk terbang dalam kelajuan supersonik hampir sepanjang masa,” kata pegawai Sukhoi Design Bureau. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

featuredGen-5NaiktarafPesawatRussiaSU-57