Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Imigresen Sabah Hantar Balik 653 Warga Filipina

Daripada 653 PATI warga Filipina 439 yang diusir ke negara asal mereka lelaki, 145 wanita, 64 orang kanak-kanak berusia dibawah 12 tahun dan 5 orang bagi kanak-kanak berusia 23 bulan.

0 616

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pihak Jabatan Imigresen Negeri Sabah telah melaksanakan pemindahan tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) membabitkan 653 warga Filipina ke negara asal mereka menggunakan jalan laut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah Jabatan Imigresen Sabah Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusof hari ini, pemindahan PATI warga Filipina itu adalah untuk bulan Mac.

Daripada 653 warga Filipina yang dipindahkan ke negara asal pada hari ini, 439 daripada mereka adalah lelaki, 145 wanita, 64 orang kanak-kanak berusia dibawah 12 tahun dan lima orang bagi kanak-kanak berusia 23 bulan, kata beliau.

Filipina
Kredit: Jabatan Imigresen Sabah

 

Kesemua kanak-kanak yang terlibat dalam pemindahan ke negara asal menggunakan jalan laut hari ini turut disertai oleh ibu bapa dan penjaga mereka, kata beliau sambil menambah bahawa purata umur tahanan dewasa yang dipindahkan hari ini adalah di antara 13 tahun hingga 68 tahun.

“Kesemua PATI yang ditahan di Depot Tahanan Imigresen telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan Peraturan Imigresen 1963.” 

“Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara, ” kata Pengarah Jabatan Imigresen Sabah itu.

Warga asing diingatkan supaya sentiasa memiliki dokumen perjalanan yang sah dan permit kerja yang dibenarkan untuk bekerja di Sabah terlebih dahulu sebelum memasuki negara ini.

Semua agensi penguatkuasaan di negeri Sabah akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan negara ini.

Filipina
Kredit: Jabatan Imigresen Sabah

 

Pemindahan tahanan PATI di depot-depot Imigresen di Sabah ini merupakan operasi berterusan yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Sabah.

Kesemua tahanan warga Filipina yang dipindahkan ke negara asal mereka pada hari ini adalah daripada Depoh Tahanan Kota Kinabalu, Papar dan Tawau diusir menggunakan jalan laut menggunakan feri MV Antonia 1.

Feri membawa tahanan warga Filipina itu bertolak daripada Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina, kata beliau. – – DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...