Sukhoi Su-47 “Berkut”, Lincah Tetapi “Tidak Berguna”

Walaupun melakukan penerbangan sulungnya pada 1997, 25 tahun yang lalu, namun pesawat Su-47 "Berkut" dengan sayap "terbalik" atau Forward Swept Wing (FSW) itu kekal sebagai pesawat prototaip sehingga ke hari ini.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kira-kira 25 tahun yang lalu pada September 1997, pesawat pejuang dengan rekabentuk yang unik iaitu Su-47 “Berkut” (Golden Eagle) telah melakukan penerbangan sulungnya dipandu oleh juruterbang ujian Igor Votintsev.

Dua tahun selepas itu pada 1999, pesawat pejuang dengan sayap “terbalik” atau “Forward Swept Wing (FSW)” telah didedahkan kepada umum buat pertama kali pada pameran MAKS-1999 dan melakukan penerbangan ujian.

Walaupun memiliki rekabentuk innovatif, tetapi pesawat itu kekal hanya sebagai prototaip disebabkan kekurangan peruntukan untuk membangunkan pesawat itu ke tahap serial production serta soal rekabentuk.

Su-47 Berkut

 

 

Pesawat dengan rekabentuk sayap FSW seperti Su-47 “Berkut” itu memiliki beberapa kelebihan berbanding pesawat-pesawat pejuang dengan sayap konvensional.

Pesawat-pesawat dengan FSW itu menurut pakar-pakar penerbangan, adalah lebih lincah (maneuverable) di udara terutamanya pada kelajuan substerbonic.

Ia juga mempunyai kemampuan yang unik yang membolehkan ia berlepas dengan jarak landasan yang lebih pendek.

Antara pelanggan yang paling awal menunjukkan minat terhadap pesawat Su-47 “Berkut” dengan sayap FSW itu adalah Tentera Laut Russia yang memerlukan pesawat yang berkeupayaan tinggi dalam pertempuran udara (dogfight) serta boleh berlepas daripada landasan yang pendek seperti di kapal pengangkut pesawat.

Bagaimanapun, rekabentuk pesawat dengan sayap FSW juga mempunyai kekurangannya juga.

 

Pesawat dengan sayap FSW didapati ciri-ciri penerbangan yang amat tidak stabil, dengan sayap dikesan berada dalam keadaan tekanan yang amat tinggi apabila pesawat berada pada kelajuan yang tinggi.

Untuk mengatasi tekanan yang tinggi terhadap sayap pesawat terbabit, sayap FSW itu perlu memiliki keupayaan untuk dibengkok (bend) tanpa ia patah – suatu jalan penyelesaian kejuruteraan yang gagal dicapai untuk memastikan kejayaan pesawat Su-47 “Berkut”.

Walaupun Su-47 “Berkut” diakui amat lincah ketika berada di udara akibat rekabentuk dengan sayap FSW itu, namun ketidakstabilannya yang berpunca daripada rekabentuknya yang drastic itu bermakna ia tidak mempunyai masa depan.

Hanya sebuah pesawat prototaip Su-47 “Berkut” dibina sejak penerbangan sulungnya pada 1997 itu.

Bagaimanapun, pengalaman jurutera-jurutera aeroangkasa Russia dengan pesawat FSW Su-47 telah memberikan mereka pengetahuan dan maklumat berguna untuk diaplikasikan pada pesawat-pesawat pejuang yang lain.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Menurut laporan daripada agensi berita Russia, TASS, maklumat dan pengetahuan daripada pembangunan pesawat FSW Su-47 “Berkut” itu telah diaplikasikan dengan jayanya pada pesawat generasi kelima negara itu, Su-57 serta pesawat tanpa pemandu (UAV) yang sedang dibangunkan oleh mereka. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
BerkutfeaturedSayapSu-47Sukhoi