[VIDEO] Filipina Kerah Meriam Israel Ke Mindanao, Tangani Insurgensi

Meriam Soltam ATMOS 155mm/52cal ini mampu menembak sasaran sejauh 41km menggunakan projektil jenis “Extended Range Full Bore Base Bleed (ERFB-BB)”, dengan sistem itu dioperasikan di antara empat hingga enam orang krew (termasuk dua loaders).

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Filipina telah mengerah meriam-meriam bergerak Soltam ATMOS 2000 155mm buatan Israel ke selatan negara itu, sejak ia menerima meriam berprestasi tinggi itu pada Disember tahun lepas.

Buat pertama kali, Tentera Darat Filipina telah mengerah dua bateri meriam bergerak ke bahagian tengah Mindanao untuk menangani ancaman daripada beberapa kumpulan bersenjata di wilayah tersebut.

Terdapat beberapa kumpulan bersenjata yang aktif di bahagian tengah Mindanao termasuk pro-komunis, Daesh dan lain-lain lagi.

Meriam-meriam bergerak itu dioperasi oleh battalion artileri Tentera Darat Filipina dipanggil “Rolling Thunder”.

“Aset-aset ini dianggap sebagai game-changers kerana ia akan meningkatkan kemampuan Angkatan Tentera Filipina dalam operasi keselamatan dalam negara bagi memastikan kemenangan terhadap musuh-musuh negara.”

“Kami amat berkeyakinan terhadap kemampuan meriam-meriam ini. Ia akan menyumbang terhadap usaha-usaha kami untuk membawa kedamaian di semua kawasan konflik di mana mereka dikerah,” menurut kata pegawai kanan Jabatan Pertahanan Filipina Jose Faustino baru-baru ini.

Pada April lepas,  tentera darat Filipina telah mengadakan ujian penembakan terhadap sistem meriam bergerak (wheeled self propelled howitzer) “Soltam ATMOS 155mm/52cal  yang dibangunkan oleh  konglomerat pertahanan Israel, Elbit Systems Land & C4I.

Perolehan sistem meriam bergerak Soltam ATMOS 155mm/52cal buatan syarikat Israel, Elbit Systems Land itu merupakan satu lagi bukti tentang betapa kukuhnya lagi hubungan ketenteraan di antara Filipina dan Israel.

Filipina telah menandatangani perjanjian dengan Israel untuk memperolehi di antara 12-15 meriam bergerak beroda jenis Soltam ATMOS 15mm/52cal dibawah program pemodenan angkatan tentera Filipina Horizon 2.

Sistem meriam beroda bergerak Soltam ATMOS 155mm/52cal itu telah dibangunkan oleh anak syarikat Elbit iaitu Soltam Systems, satu nama yang lama dan kukuh dalam pembuatan meriam dan sistem mortar daripada Israel.

Soltam System ini juga telah banyak menempa kejayaan di peringkat antarabangsa.

Meriam Soltam ATMOS 155mm/52cal ini mampu menembak sasaran sejauh 41km menggunakan projektil jenis “Extended Range Full Bore Base Bleed (ERFB-BB)”, dengan sistem itu dioperasikan di antara empat hingga enam orang krew (termasuk dua loaders).

Di dalam kes Filipina, sistem meriam Soltam ATMOS itu menggunakan trak MAN, memandangkan kenderaan itu mudah didapati di Filipina.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Tentera Darat Thailand turut menggunakan sistem meriam bergerak Soltam ATMOS 155mm/39cal.

Selain sistem meriam bergerak Soltam ATMOS 155mm/52 cal, tentera darat dan pasukan marine Filipina turut menggunakan 12 unit meriam 155mm/39 cal. (towed)

Angkatan Tentera Filipina merupakan diantara pelanggan utama bagi sistem pertahanan Israel di rantau Asia Tenggara ini dengan kesemua cabang angkatan tenteranya menggunakan pelbagai peralatan yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat pertahanan Israel.

Penasihat-penasihat ketenteraan Israel juga bergerak aktif memberikan latihan kepada unit-unit tentera dan keselamatan Filipina termasuk kepada pasukan-pasukan khusus negara itu. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

ATMOSfeaturedFilipinaMeriamMindanaoSoltam
Comments (0)
Add Comment