Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Filipina Peroleh Dua Buah Kapal Korvet Seberat 3,200 Tan Setiap Sebuah

Dalam masa lima tahun, Filipina telah memperolehi empat buah kapal perang moden bagi tentera lautnya, manakala kita masih lagi menunggu kapal Littoral Combat Ship (LCS) yang pertama walaupun 12 tahun sejak kontrak ditandatangani.

0 6,351

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Filipina membuat keputusan untuk memperolehi dua buah kapal korvet bernilai US$556 bilion (RM2.2 bilion) daripada syarikat pembuat kapal Korea Selatan, Hyundai Heavy Industries (HHI).

Perolehan dua buah kapal korvet itu berlaku kira-kira lima tahun tahun selepada Filipina memperolehi dua buah kapal friget kelas-BRP Jose Rizal daripada syarikat pembuat kapal Korea Selatan yang sama, dalam permulaaan kepada usaha memodenkan tentera laut Filipina dengan kapal-kapal perang yang baru.

Kontrak pembelian dua buah kapal korvet yang setiap sebuah adalah seberat 3,200 tan, telah ditandatangani semalam berbanding 2,600 tan bagi kapal-kapal friget Tentera Laut Filipina.

“Perolehan kedua-dua buah kapal korvet untuk Tentera Laut Filipina yang berkemampuan untuk melaksanakan misi-misi anti kapal, anti-kapal selam dan anti-udara,” kata Menteri Pertahanannya Delfin Lorezana di Manila.

Perolehan kedua-dua kapal korvet itu memastikan commonality dan interoperability dengan aset-aset Tentera Laut Filipina yang sedia ada, selain memudahkan lagi kerja-kerja penyelenggaraan.

Korvet

Dalam masa lima tahun, Filipina telah memperolehi empat buah kapal perang moden bagi tentera lautnya, manakala kita masih lagi menunggu kapal Littoral Combat Ship (LCS) yang pertama walaupun 12 tahun sejak kontrak ditandatangani.

Setiap sebuah korvet yang bakal dibina oleh syarikat Korea Selatan itu memiliki berat 3,200 tan, panjang 116 meter manakala kelajuan maksimumnya adalah 25 knot dengan jarak effektif operasi adalah sejauh 4,500 batu nautika.

Kapal korvet Tentera Laut Filipina itu akan dilengkapi dengan 16 Vertical Launch System (VLS), lapan butir peluru berpandu anti-kapal, 35mm (close-in weapon system)  dan meriam 76mm.

Portal berita tentera laut, Naval News memetik sumber sebagai mengatakan bahawa kedua-dua buah kapal korvet Tentera Laut Filipina itu akan menggunakan peluru berpandu anti –udara VL Mica manakala bagi untuk anti-kapal pula ia akan menggunakan C-Star yang dibangunkan oleh syarikat LIG Next.

Selain daripada dua buah kapal friget dan dua buah kapal korvet, Manila turut memperolehi dua bekas kapal pengawal pantai Amerika Syarikat dan kapal pendarat daripada Australia selain kapal pengawal pantai daripada Jepun.

Perolehan-perolehan aset laut ini bertujuan meningkatkan kehadirannya di Laut China Selatan, di mana Manila sedang berhadapan dengan tindakan agresif Beijing.

Jose Rizal
Kapal friget Tentera Laut Filipina daripada kelas-Jose Rizal

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...