Russia Lengkapi Su-57 “Felon” Dengan Enjin Baru Lebih Berkuasa, AL-51F1 (Izdelie 30)

Bermula tahun ini, United Aviation Corporation (UAC) akan mula menghantar kepada Tentera Udara Russia (dikenali sebagai Russian Aerospace Force) pesawat-pesawat pejuang Su-57 yang telah dinaiktaraf dengan enjin baru dikenali dengan nama, AL-51F1 atau dahulunya dikenali “Izdelie 30.”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bermula tahun ini, United Aviation Corporation (UAC) akan mula menghantar kepada Tentera Udara Russia (dikenali sebagai Russian Aerospace Force)  pesawat-pesawat pejuang Su-57 yang telah dinaiktaraf dengan enjin baru dikenali dengan nama, AL-51F1 atau dahulunya dikenali “Izdelie 30.”

Varian pesawat pejuang yang telah dinaiktaraf dengan enjin baru dan pelbagai peningkatan keupayaan yang baru itu dikenali sebagai Su-57M (Modification).

Menurut laporan daripada media pertahanan Russia, enjin baru pesawat pejuang Su-57M itu telah melepasi segala ujian dengan cemerlang, seperti kuasa tujahan 11,000kg dan afterburner sebanyak 18,000kg.

Dengan naiktaraf enjin barunya kini, pesawat pejuang Su-57 itu kini berkemampuan mencapai kelajuan kruis (cruising speed) Mach 2.

Pada ketika ini, pesawat pejuang Su-57 Russia itu dilengkapkan dengan enjin AL-41F atau variannya, AL-41F1S, yang dikatakan merupakan sebab utama mengapa pihak-pihak di luar Russia was-was untuk memberikan pengiktirafannya sebagai pesawat pejuang generasi kelima.

“Su-57”

 

Dengan enjin baru, AL-51F, pemerhati menyatakan bahawa pesawat pejuang Su-57 itu kini secara sah kini adalah sebuah pesawat pejuang generasi kelima.

Dengan enjin lamanya, AL-41F1, pemerhati menyatakan enjin terbabit tidak membenarkan pesawat Su-57 mencapai kelajuan supersonik tanpa afterburner, salah satu ciri penting yang membolehkan ia diiktiraf sebagai pesawat pejuang generasi kelima.

Bagaimanapun pemerhati berkata bahawa pesawat pejuang F-35 juga tidak mencapai kemampuan sebegitu tetapi ia tidak menghalang keseluruhan dunia penerbangan mengiktirafnya sebagai pesawat pejuang generasi kelima.

Sejak kebelakangan ini, pesawat pejuang Su-57 itu telah mengalami transisi daripada pesawat pejuang generasi kelima yang asas kepada pesawat pejuang generasi kelima yang semakin moden dan diperlengkapi dengan pelbagai komponen termaju.

Ia telah mengalami peningkatan kemampuan daripada segi avionik, sistemnya dan pelbagai lagi naiktaraf seperti “flat nozzle” dan apa yang disebut-sebut oleh pihak Russia sebagai “ceramic turbines.”

Selain itu, UAC dilaporkan telah memperkenal lebih banyak sistem Artificial Intelligence (AI) kepada pesawat pejuang generasi kelimanya itu bagi membolehkan Su-57  benar-benar muncul sebagai pesawat pejuang generasi hadapan.

Enjin baru pesawat pejuang Su-57

 

Terbaru, syarikat itu menyatakan bahawa ia kini bersedia unutk melengkapkan pesawat pejuang Su-57 dengan peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat generasi kelima.

Pendedahan tentang peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat generasi kelima dikenali sebagai “RVV-MD2” itu telah dilakukan oleh syarikat GosMKB Vympel yang berpangkalan di Moscow.

Syarikat itu yang sememangnya terkenal dengan penghasilan pelbagai jenis sistem peluru berpandu menyatakan bahawa peluiru berpandu udara-ke-udara jarak dekat generasi kelima “RVV-MD2” berada di hadapan di antara lima hingga 10 tahun berbanding peluru berpandu digunakan oleh pesaingnya di Barat.

Peluru berpandu udara-ke-udara “RVV-MD2” itu kini berada di peringkat produksi.

Peluru berpandu udara-ke-udara RVV-MD2 itu adalah varian terbaru peluru berpandu RVV-MD dan sememangnya direka untuk memusnahkan sasaran udara seperti pesawat pejuang, helikopter, pesawat pengebom dan pesawat pengangkut.

Namun antara elemen paling utama pada peluru berpandu udara-ke-udara terbaru ini adalah kemampuannya untuk menangani sasaran udara daripada mana-mana sudut, termasuk sasaran yang berada di belakang.

Ini bermaksud, walaupun pesawat Su-57 itu melancarkan peluru berpandu RVV-MD2 ketika dikejar pesawat musuh, namun peluru berpandu generasi kelima itu mempunyai kemampuan untuk manuver dan “mengejar” serta membedil pesawat “musuh” yang berada di belakangnya.

Untuk menjadikan pesawat pejuang generasi kelima Su-57 miliknya “lebih berbahaya”, Russia juga telah melengkapkannya dengan Air Launched Cruise Missile (ALCM) baru yang berkeupayaan membedil sasaran lebih jauh.

Dinamakan “KRBB”, peluru berpandu kruis jarak jauh itu mampu membedil sasaran sejauh 600km.

Menurut agensi berita Russia, RIA Novosti, jarak yang mampu dicapai oleh peluru berpandu kruis KRBB dibawa oleh pesawat pejuang Su-57 itu menyamai peluru-peluru berpandu lancaran udara yang dibawa oleh pesawat-pesawat pengebom strategik Russia, Tu-95 dan Tu-160.

Menurt juruterbang ujian di Sukhoi Design Bureau, Rafael Suleimanove dilaporkan berkata pesawat pejuang itu kini dilengkapi dengan teknologi AI (Artificial Intelligence) yang membolehkan Su-57 “berbuat apa sahaja ketika di udara.” — DSA

EnjinfeaturedRussiaSU-57
Comments (1)
Add Comment