(VIDEO) ROKETSAN Bakal Eksport Lebih 500 Peluru Berpandu Anti-Kapal “ATMACA”

(VIDEO) Menurut media pertahanan Turkiye, eksport lebih daripada 500 buah peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” ke negara luar Turkiye itu termasuklah kepada Indonesia dan Malaysia yang telah pun membuat komitmen untuk memperolehi peluru berpandu anti-kapal itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat pertahanan Turkiye, ROKETSAN dijangka mengeksport lebih daripada 500 buah peluru berpandu anti-kapal keluarannya “ATMACA” kepada pelanggan-pelanggannya di seluruh dunia, memberi saingan sengit kepada peluru-peluru berpandu anti-kapal yang lebih lama berada di pasaran seperti Harpoon dan Exocet.

Menurut media pertahanan Turkiye, eksport lebih daripada 500 buah peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” ke negara luar Turkiye itu termasuklah kepada Indonesia dan Malaysia yang telah pun membuat komitmen untuk memperolehi peluru berpandu anti-kapal itu.

 Malaysia menjadi negara kedua di Asia Tenggara selepas Indonesia memilih peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” menerusi perolehan tiga  buah Littoral Mission Ship ( LMS) Batch 2 yang akan dibina oleh syarikat  Savunma Teknolojieri Muhendiskil (STM) daripada Turkiye.

Pembinaan kapal-kapal LMS Batch 2 itu akan dimulakan tahun ini , dengan STM menyasarkan untuk menghantar ketiga-tiga kapal perang itu kepada TLDM  dalam tempoh 3.5 tahun.

Kapal-kapal LMS Batch 2 milik TLDM itu akan dibina berdasarkan reka bentuk kapal korvet kelas-ADA, yang telah menunjukkan kebolehpercayaan dan keberkesanannya di perairan antarabangsa.

 Kementerian Pertahanan Malaysia telah menandatangani Surat Penerimaan (Letter of Acceptance – LOA) dengan Presiden Secretariat of Defence Industries (SSB) Turkiye bagi perolehan kapal-kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 10 Jun lepas.

‘ATMACA”

 

LOA itu telah ditandatangani oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin yang kini dalam rangka lawatan kerja selama lima hari ke Turkiye dengan Presiden SSB Prof Dr Haluk Gorgun.

Pada awal Januari, Indonesia muncul sebagai pelanggan eksport pertama peluru berpandu “ATMACA” apabila ia memberikan kontrak kepada syarikat tempatannya, PT Republik Defensindo untuk memperolehi 45 buah peluru berpandu itu yang dibangunkan oleh ROKETSAN.

Laporan daripada media Indonesia menyatakan peluru-peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” keluaran Turkiye itu akan melengkapkan kapal korvet kelas-Fatahilah, kelas-Parhim dan KCR FPB 57.

Dibangunkan oleh syarikat ROKETSAN, peluru berpandu “ATMACA” itu berkeupayaan membedil sasaran sejauh 250km.

Peluru berpandu “ATMACA” yang memiliki panjang di antara 4.3 meter hingga 5.2 meter dan berat 750 kg itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 250km, berbanding hanya 130km bagi peluru berpandu anti-kapal “Harpoon Block II” keluaran Amerika Syarikat.

Manakala peluru berpandu anti-kapal “Exocet Block III” pula berkemampuan membedil sasaran laut sejauh 200km.

 Untuk panduan, sistem peluru berpandu anti-kapal keluaran Turkiye itu menggunakan panduan Inertial Navigation System (INS) dan Global Positioning System (GPS).

Menurut ROKETSAN, peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” mampu beroperasi secara autonomous, radar cross-section (RCS) yang rendah, boleh beroperasi dalam semua keadaan cuaca dan berkemampuan berhadapan dengan pelbagai sistem countermeasures.

Ia juga mendakwa “ATMACA” berkemampuan merangka pelan misi secara 3D, selain target update  dan mission-abort menerusi datalink.

“ATMACA” telah dibangunkan oleh syarikat ROKETSAN sejak 10 tahun lalu tetapi hanya didedahkan kepada awam pada 2019. 

Pada tahun 2023, Turkiye menyatakan bahawa ia akan menggantikan sistem peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” buatan Amerika Syarikat yang digunakan oleh 11  buah kapal perangnya dengan peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” dibangunkan oleh ROKETSAN.

Rekabentuk kapal LMS Batch 2

 

Tindakan negara Mediterranean untuk memastikan ia berdikari dalam pembuatan sistem dan komponen pertahanan miliknya sendiri.

Peluru berpandu anti-kapal buatan tempatan “ATMACA” itu akan menggantikan lebih 350  buah peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” buatan Amerika Syarikat yang telah berusia, dengan kerja-kerja integrasi peluru berpandu anti-kapal tempatan dijangka selesai dilaksanakan pada 2027.

Turkiye dijangka dalam menjimatkan kira-kira US$500 juta (RM2.25 bilion) dengan menggantikan peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” dengan peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” buatan tempatan itu.

Kos peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” itu dikatakan hanya separuh berbanding kos perolehan peluru berpandu anti-kapal “Harpoon.” — DSA

ATMACAfeaturedRoketsanTurkiye
Comments (0)
Add Comment