Indonesia Hantar 6 Juruterbang Ke Perancis Jalani Latihan Rafale

Pada September lepas, kerajaan Indonesia dilaporkan telah melakukan pembayaran ansuran pertama kepada syarikat Dassault Aviation bagi enam buah pesawat Rafale daripada 42 buah yang ia cadang perolehi, menandakan kontrak pembelian pesawat pejuang generasi 4.5 itu yang ditandatangani pada Februari lepas di Jakarta telah diaktifkan secara rasmi.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) telah menghantar enam orang juruterbangnya ke Perancis bagi menjalani latihan sebagai persediaan sebelum ia menerima pesawat pejuang Rafale keluaran syarikat Dassault Aviation.

“Kita telah menghantar enam orang juruterbang dan lapan jurutera ke Perancis untuk menjalani sesi latihan,” Ketua Staff TNI-AU Fadjar Prasetyo dalam satu seminar Tentera Udara di Indonesia baru-baru ini.

Beliau mengatakan bahawa juruterbang dan jurutera terbabit akan berada di Perancis selama tiga bulan untuk menjalani latihan terbabit.

” Mereka tidak akan berada lama di sana. Mereka akan hanya berada di Perancis selama tiga bulan,” kata Prasetyo sebagaimana dipetik oleh agensi berita nasional Indonesia, ANTARA.

Pada Februari lepas, Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto telah menantangani kontrak bagi perolehan enam buah pesawat pejuang generasi 4. 5 buatan syarikat Perancis itu.

Secara keseluruhannya, Indonesia bercadang memperolehi sejumlah 42 buah pesawat pejuang Rafale.

Pada September lepas, kerajaan Indonesia dilaporkan telah melakukan pembayaran ansuran pertama kepada syarikat Dassault Aviation bagi enam buah pesawat Rafale daripada 42 buah yang ia cadang perolehi, menandakan kontrak pembelian pesawat pejuang generasi 4.5 itu yang ditandatangani pada Februari lepas di Jakarta telah diaktifkan secara rasmi.

Perolehan 42 buah pesawat pejuang Rafale akan dilakukan  secara dua tahap iaitu enam buah pesawat (tahap 1) dan 36 buah pesawat pada tahap kedua.

Harga bagi enam buah pesawat Rafale pertama itu dilaporkan sekitar US$1.3 bilion (RM5.2 bilion) manakala harga bagi keseluruhan 42 buah pesawat dianggarkan pada sekitar US$8.1 bilion (RM32.4 bilion).

Dengan pembayaran ansuran pertama bagi enam buah pesawat Rafale itu, ia juga menandakan Indonesia secara rasminya menjadi negara terbaru yang memiliki pesawat pejuang Omnirole keluaran Perancis.

Pesawat Rafale Tentera Udara Qatar.

 

Jakarta dijangka menerima pesawat Rafale yang pertama daripada enam buah itu tiga tahun selepas kontrak diaktifkan iaitu pada tahun 2025.

Indonesia dijangka menggunakan varian sedia ada iaitu Rafale FR3.

Negara Asia Tenggara itu mengikuti jejak langkah Mesir yang membeli 55 buah pesawat Rafale, Qatar (36), India (36), Greek (24), Croatia (12) dan Emiriah Arab Bersatu (80).

Menurut media-media Indonesia, pembayaran ansuran pertama bagi enam buah pesawat Rafale itu juga menandakan berakhirnya ketidaktentuan berkenaan program pembelian pesawat-pesawat pejuang Rafale itu.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) akan memperolehi 42 buah pesawat pejuang Rafale itu di dalam varian dua tempat duduk (12 buah) dan satu tempat duduk (30 buah).

Pada Februari lepas itu, Indonesia turut menerima keluluskan daripada pihak Amerika Syarikat untuk memperolehi sehingga 36 buah varian pesawat F-15 yang terbaru iaitu “EX” yang dianggarkan bernilai di sekitar US$14 billion (RM56 bilion). — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
DassaultfeaturedIndonesiaPerancisRafale
Comments (0)
Add Comment