Proses Perolehan MPA/UAS Malaysia Bermula

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Proses perolehan Unmanned Aerial System (UAS) kategori Medium Altitude Long Endurace (MALE) Fasa 1 dan Pesawat Peronda Maritim (MPA) Fasa 1 bagi Malaysia telah bermula secara rasmi dengan taklimat tender yang berlangsung di Plaza Intermark, Kuala Lumpur beberapa hari lepas.

Taklimat diadakan secara persidangan video bagi mematuhi SOP berikutan peningkatan jangkitan COVID-19.

Wakil-wakil syarikat yang menyertai tender diberikan taklimat yang dilakukan secara Video Conferencing bagi mematuhi SOP COVID-19. (gambar ehsan FB TUDM)

Taklimat-taklimat terbabit telah dianjurkan oleh Tim UAS TUDM, Bahagian Perolehan 3 (PERO 3), Kementerian Pertahanan dengan kerjasama TUDM dan Bahagian Industri Pertahanan bagi Tender Terbuka Antarabangsa.

Ia telah disertai oleh syarikat-syarikat antarabangsa dan tempatan yang menyatakan minat untuk membekalkan pesawat MPA dan UAS kepada kerajaan Malaysia.

UAV Predator B oleh syarikat General Atomics juga dijangka menyertai proses tender Kementerian Pertahanan Malaysia itu. (gambar internet)

Proses tender terbuka antarabangsa telah diiklankan melalui media (cetak dan online), portal myprocurement dan surat kepada kedutaan-kedutaan.

TUDM telah membentangkan perancangan strategiknya untuk memperolehi pesawat MPA yang berspektrum penuh dan UAS MALE.

Perolehan pesawat dan UAS MALE ini juga adalah sejajar dengan perancangan masa hadapan peningkatan keupayaan aset menerusi Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55) dan mendukung kesiagaan pengoperasian TUDM berdasarkan hala tuju ATM dan Kementerian Pertahanan seperti penyataan dasar Kertas Putih Pertahanan.

Pesawat ATR72 buatan syarikat Leonardo juga dijangka menyertai tender bagi membekalkan pesawat peronda maritim kepada TUDM. (gambar internet)

Justeru, Kerajaan Malaysia telah meluluskan sejumlah peruntukan di bawah Kelulusan Keperluan Kritikal (Rancangan Perbelanjaan (RP)-4) bagi perolehan dua (2) buah pesawat MPA bagi Fasa 1. dan tiga buah UAS MALE Fasa 1.

Melalui perancangan awal CAP55, jumlah keseluruhan adalah enam (6) buah MPA yang diperlukan oleh TUDM.

Ok antara calon-calon yang dipercayai bakal mengemukakan tender bagi membekalkan sistem UAS MALE ini adalah Turkish Aerospace Industries (TAI) “Anka”, Predator B daripada syarikat General Atomics, Wing Loong daripada Chengdu Aircraft Industry Group (CAIC),  Patroller daripada Safran dan CH-4 daripada China Aerospace Science and Technology Corporation.

Tidak pasti sama ada syarikat Baykar Makina atau rakan kongsinya di Malaysia akan memasuki tender Malaysia ini menerusi UAV Bayraktar TB2.

Presiden Turki bersama UAV Bayraktar TB2. (kredit internet)

Bagaimanapun admin menjangkakan saingan adalah di antara Anka dan Predator B, itupun jika Bayraktar tidak memasuki saingan itu.

Mengenai MPA pula, nampak gaya tumpuan adalah lebih kepada Leonardo ATR72, Airbus C295 dan Poseidon P8.

Tender-tender ini akan ditutup pada akhirnya tahun, sebelum bermulanya pula proses evaluation oleh pihak TUDM.

Hanya selepas itulah keputusan akan dibuat tentang UAS MALE dan MPA pilihan TUDM.

SILA KLIK

(Video) UAV Bayraktar TB2 Buat Tentera Armenia Gerun

“Bayraktar TB2” Tunjuk Taring di Nagorno-Karabakh

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

MPAPerolehanTenderTUDMUASUAV
Comments (0)
Add Comment