Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

UAV Azerbaijan Serang Ibu Negara Armenia

0 630

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Sekurang-kurang empat buah pesawat tanpa pemandu (UAV) milik Azerbaijan didakwa ditembak jatuh di ruang udara berhampiran Yerevan, ibu kota Armenia  dalam kejadian yang akan menghantarkan lagi konflik.

Tiga lagi UAV ditembak jatuh di beberapa kawasan lain di Armenia, menjadikan kesemuanya tujuh buah UAV Azerbaijan telah berjaya ditembak jatuh pada hari ini sahaja di ruang udara negara itu.

Empat UAV yang tidak diketahui jenisnya didakwa ditembak oleh sistem pertahanan udara S-300 (S-10 Grumble) Tentera Armenia yang ditugaskan mengawal ruang udara ibu kota negara Kristian Orthodoks itu.

S-300
Sistem Pertahanan Udara S-300 miliki Tentera Armenia. (kredit internet)

Kejadian itu disahkan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan Armenia Shusyan Stepanyan dan Presiden Armenia Nikol Pashinyan.

Menurut Shusyan, satu daripada UAV ditembak di Kotayk manakala tiga buah lagi di Gegharkunik, bandar-bandar yang terletak berhampiran dengan Yerevan.

Tweet Shusyan
Petikan kenyataan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan Armenia Shusyan Stepanyan.

Rakaman video penembakan jatuh UAV Azerbaijan oleh sistem pertahanan udara Armenia di Yerevan.

Jika benar dakwaan oleh Kementerian Pertahanan Armenia itu mengenai serangan UAV terhadap ibu kota Armenia, ia menandakan konflik kini telah merebak keluar daripada wilayah rebutan, Nagorno Karabakh.

Adakah Armenia akan bertindak balas dan mensasarkan pula Baku, ibu kota Azerbaijan?

Konflik di antara Armenia dan Azerbaijan mengenai Nagorno Karabakh sehingga kini telah mengorbankan ratusan nyawa di kedua-dua belah pihak.

Nagorno Karabakh diperakui terletak di dalam Azerbaijan walaupun majoriti penduduknya terdiri daripada bangsa Armenia.

Penduduk Armenia di Nagorno Karabakh telah mengisytiharkan kemerdekaan pada awal 1990-an dan menamakannya sebagai ” Artsakh”, dengan Stepanakert sebagai ibu negara mereka.

SILA KLIK

https://defencesecurityasia.com/video-bayraktar-armenia-gerun/

https://defencesecurityasia.com/kamikaze-drone-azerbaijan-harop/

https://defencesecurityasia.com/uav-bayraktar-turki-nagorno-karabakh/

— DEFENCE SECURITY ASIA 

Comments
Loading...