PM Anwar Bertemu Setiausaha Majlis Keselamatan Russia Sergei Shoigu
“Dalam pertemuan, kami terus membincangkan beberapa perkara penting dalam meningkatkan hubungan dua hala termasuk isu pertahanan, keselamatan, ekonomi, perbankan, sains dan teknologi, keselamatan siber, jaringan perhubungan serta bidang latihan.” -- Anwar Ibrahim
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Persekutuan Russia Sergei Shoigu yang sedang dalam lawatan kerja ke Malaysia.
“Dalam pertemuan, kami terus membincangkan beberapa perkara penting dalam meningkatkan hubungan dua hala termasuk isu pertahanan, keselamatan, ekonomi, perbankan, sains dan teknologi, keselamatan siber, jaringan perhubungan serta bidang latihan.”
Perdana Menteri berkata demikian menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.
Anwar juga berkata beliau berkongsi hasil pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin sewaktu menghadiri Forum Ekonomi Timur pada September 2024.
Forum Ekonomi Timur merupakan satu platform penting untuk mempelbagaikan usaha diplomasi ekonomi negara dan meningkatkan kerjasama dengan negara anggota melalui inisiatif bersama serta perkongsian strategik, kata beliau.
“Sebelum pulang, saya zahirkan penghargaan di atas lawatan ini yang pastinya bakal membawa kepada kerjasama yang bermakna pada tahun-tahun mendatang,” kata Perdana Menteri.
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Russia, Sergey Shoygu di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada 27 Februari 2025. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri
Beliau dilantik ke jawatan Setiausaha Majlis Keselamatan Persekutuan Russia pada 12 Mei 2024, bagi menggantikan Nikolai Patrushev.
Sergey Shoigu kini memegang jawatan sebagai Setiausaha Majlis Keselamatan Persekutuan Rusia sejak Mei 2024.
Pelantikannya ke jawatan ini dibuat oleh Presiden Vladimir Putin, susulan lebih sedekad perkhidmatannya sebagai Menteri Pertahanan Rusia.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Menteri Pertahanan, Shoigu memainkan peranan penting dalam pembaharuan besar Angkatan Tentera Russia, termasuk modernisasi aset ketenteraan dan pelaksanaan operasi ketenteraan di Ukraine dan Syria.
Beliau juga merupakan antara arkitek utama dalam pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada tahun 2022.
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Russia, Sergey Shoygu di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada 27 Februari 2025. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana MenteriYAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Russia, Sergey Shoygu di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada 27 Februari 2025. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri
Sebelum menerajui Kementerian Pertahanan, Shoigu berkhidmat sebagai Menteri Situasi Kecemasan selama lebih dua dekad, bertanggungjawab dalam pengurusan bencana alam dan kecemasan nasional.
Di bawah kepimpinannya, kementerian tersebut diiktiraf sebagai antara agensi kerajaan paling berkesan di Rusia dalam menangani krisis.
Sergey Shoigu dilahirkan pada 21 Mei 1955 di Chadan, Tuva, Soviet Union.
Beliau memiliki kelulusan dalam bidang kejuruteraan dan memulakan kerjayanya dalam sektor pembinaan sebelum menyertai kerajaan.
Shoigu dikenali sebagai seorang tokoh yang setia kepada Vladimir Putin serta berperanan besar dalam membentuk dasar keselamatan dan ketenteraan Russia.
Keupayaannya dalam menguruskan operasi ketenteraan dan strategi pertahanan menjadikannya salah seorang individu paling berpengaruh dalam kepimpinan Russia.