Petronas Temui Minyak, Gas Perairan Sarawak. Bakal Undang “Kunjungan” Kapal China?

Penemuan minyak dan gas di telaga Nahara-1 di Blok SK306, yang terletak di perairan Balingian, kira-kira 150 kilometer (km) dari Bintulu, Sarawak itu dijangka bakal "mengundang" kunjungan kapal-kapal peronda China, yang sejak beberapa tahun telah menjadikan kawasan perairan itu sebagai kawasan rondaan mereka.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) mengumumkan penemuan minyak dan gas di telaga Nahara-1 di Blok SK306, yang terletak di perairan Balingian, kira-kira 150 kilometer (km) dari Bintulu, Sarawak.

Penemuan minyak dan gas di kawasan sumber hidrokarbon yang prolifik itu bakal “mengundang” kunjungan kapal-kapal peronda China, yang sejak beberapa tahun telah menjadikan kawasan perairan itu sebagai kawasan rondaan mereka.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) itu memaklumkan, telaga Nahara-1 berjaya digerudi sehingga kedalaman 2,468 meter (m), sekali gus menemukan hidrokarbon dalam jujukan akhir Oligosen hingga pertengahan Miosen.

Menurutnya, minyak ringan dengan bahan cemar yang minimum juga wujud selepas ujian pengeluaran dijalankan untuk telaga itu.

Sementara itu Naib Presiden Eksplorasi Petronas, Mohd Redhani Abdul Rahman berkata, telaga Nahara-1 merupakan penemuan minyak penting oleh Petronas sejak sedekad lalu dan penemuan itu baharu itu membuktikan potensi luas prolifik Malaysia kekal berprospektif tinggi.

Kapal pengawal pantai China.

 

Kami teruja dengan penemuan ini dan impaknya kepada usaha penerokaan masa hadapan di kawasan sekitar.

“Penemuan itu juga mengukuhkan strategi penerokaan semasa Petronas dalam memperbaharui tumpuan bagi usaha penerokaannya di lembangan Malaysia,” katanya.

Blok SK306  juga menempatkan Lapangan Gas Kasawari yang dimiliki oleh Petronas.

Ditemui pada November 2011, Lapangan Gas Asli Kasawari menyimpan kira-kira 3 juta Trillion Cubic Feet (TCF) gas asli dan lapangan gas itu kini sedang dibangunkan oleh anak syarikat minyak dan gas negara iaitu, PETRONAS Carigali.

Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals)

 

Lapangan Gas Asli Kasawari itu dijangka mula beroperasi pada tahun 2023, di mana ia dijangka akan menghasilkan sehingga 900 juta kaki padu gas asli dalam sehari.

Tahun lepas, Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS dalam satu temuramah dengan agensi berita Reuters awal bulan ini berkata projek pembangunan Lapangan Gas Asli Kasawari akan memastikan Malaysia kekal menjadi antara lima negara pengeksport terbesar gas asli di dunia.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Menurut Asia Maritime Transparency Initiative (AMTI),  gangguan oleh kapal-kapal China terhadap kapal-kapal bantuan minyak dan gas milik syarikat-syarikat Malaysia di lapangan minyak di Sarawak itu berlaku “hampir setiap hari selama dua tahun.”

“Mereka (kapal-kapal China) berlegar-legar dengan merbahaya dan secara sengaja menimbulkan risiko pelanggaran (dengan kapal bantuan itu) dengan tujuan supaya syarikat-syarikat (pemilik kapal offshore itu) supaya tidak menerima kontrak (di kawasan Lapangan Gas Kasawari),” katanya. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

ChinafeaturedPetronasSarawakSK306