Kapal Militia Maritim China Cuba “Intip” Latihan Kapal Perang ASEAN-India

Kelima-lima buah kapal militia maritim China yang mahu ke Kepulauan Spratly tiba-tiba mengubah laluan mereka dan menuju ke arah lokasi formasi kapal-kapal perang ASEAN dan India

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Lima buah kapal militia maritim China tiba-tiba mengubah laluan mereka di  Kepulauan Spratly untuk menuju ke lokasi latihan maritim yang sedang dilaksanakan di antara tentera laut negara-negara ASEAN dan India.

Perkara itu dimaklumkan oleh penyelidik antarabangsa, Raymond Powell yang menyatakan bahawa latihan maritim ASEAN-India itu telah secara tidak langsung telah “menganggu” kerahan kapal kapal militia maritim ke Kepulauan Spratly.

“Kira-kira 3.5 jam yang lalu, tiga lagi buah kapal militia maritim China telah meninggalkan Subi Reef menuju secara amnya ke kawasan formasi Latihan Maritim ASEAN- India.”

Kredit @GordianKnotRay

 

“Sementara itu, kapal pertama militia maritim China berada kira-kira 145km daripada formasi kapal-kapal perang ASEAN-India dan berada di laluan pemintasan (interception course),” kata Powell, yang merupakan ketua Projek Myoushu di Gordian Knot Center for National Security Innovation, Universiti Stanford menerusi ciapannya dalam akaun Twitter @GordianKnotRay.

Powell juga adalah seorang bekas Kolonel dalam Tentera Udara Amerika Syarikat.

Sebagai sebahagian daripada Operasi Grey Zone di Laut China Selatan, China menggunakan kapal-kapal dengan anggota militia maritim yang menyamar sebagai nelayan untuk mengintip pergerakan serta tindak-tanduk kapal-kapal perang asing di perairan tersebut.

Operasi Grey Zone merujuk kepada tindakan peperangan oleh sesebuah negara, tetapi tidak dilakukan oleh mereka yang tertakluk kepada undang-undang peperangan antarabangsa, sebagaimana yang dilakukan oleh kapal-kapal pengawal pantai dan “nelayan” atau militia maritim China di Laut China Selatan.

Dipercayai hanya kapal-kapal militia maritim China yang dilengkapi dengan sistem Automatic Identification System (AIS) sahaja yang memaklumkan kedudukan mereka, manakala kapal-kapal yang tidak dilengkapi dengan sistem AIS tidak diketahui.

Kredit@GordianKnotRay

 

Ini memungkinkan bilangan kapal-kapal militia maritim China serta kapal-kapal pengawal pantai negara itu berada di Laut China Selatan itu adalah adalah lebih banyak daripada lima buah dilaporkan.

Latihan maritim ASEAN-India pada tahun dilakukan menerusi dua fasa iaitu, Fasa Pelabuhan yang dilaksanakan di Pangkalan Laut Changi daripada 2 hingga 4 May manakala Fasa Laut pula diadakan di Laut China Selatan pada 7 hingga 8 Mei.

Kapal-kapal perang yang terlibat dengan latihan maritim ASEAN-India juga terlibat dengan IMDEX 2024 di Singapura.

Diantara kapal-kapal tentera laut yang terlibat dalam latihan maritim ASEAN-India termasuk kapal friget kelas-Shivalik INS Satpura (F48) dari Tentera Laut India, kapal friget Tentera Laut Filipina kelas-Jose Rizal BRP Antonio Luna (FF-151) dan kapal friget Tentera Laut Indonesia KRI I Gusti Ngurah Rai (332).

Kapal-kapal lain adalah kapal friget Tentera Laut Vietnam Trần Hưng Đạo (HQ-015), kapal peronda pesisir Tentera Laut Thailand OPV HTMS Pattani (OPV-511), kapal peronda Tentera Laut Diraja Brunei KDB Darulehsan (07) dan kapal friget kelas-Lekiu KD Lekiu (FFG30). – – DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

ASEANfeaturedIndiaLaut China SelatanMillitia Maritim