Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Filipina Kesan Kehadiran 220 “Bot Nelayan” China Di Dalam Kawasan Perairan ZEE Negara Itu

“Ini adalah kawasan di dalam kawasan ZEE dan Pelantar Benua di mana Filipina mempunyai hak tunggal terhadap sumbernya di bawah undang-undang antarabangsa dan di bawah keputusan timbang tara pada 2016," kata Menteri Pertahanan Filipina Delfin Lorezana

0 1,205

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak Filipina telah mengesan kehadiran 220 buah bot “militia maritime” China di kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) berhampiran Julian Felipe Reef (Union Reef) di bahagian barat Laut Filipina.

Menteri Pertahanan Filipina Delfin Lorezana yang mengesahkan kehadiran begitu banyak bot China berkata, ia adalah satu tindakan yang provokatif dan usaha menjadikan ia kawasan tentera.

Militia Maritim China

“Ini adalah kawasan di dalam kawasan ZEE dan Pelantar Benua di mana Filipina mempunyai hak tunggal terhadap sumbernya di bawah undang-undang antarabangsa dan di bawah keputusan timbang tara pada 2016.”

“Kami meminta China supaya berhentikan melakukan pencerobohan ini dan memanggil balik bot-bot yang menceroboh hak maritime dan kedaulatan kami. Kami komited untuk menegakkan kedaulatan kami di bahagian barat Laut Filipina,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebagai respons, tentera Filipina telah mengerahkan kapal-kapalnya dan pesawat untuk memantau bot-bot milik China itu.

Bot-bot milik China itu dikatakan tidak melakukan sebarang kegiatan penangkapan ikan tetapi dikesan menyalakan lampu-lampu berkuasa tinggi mereka pada waktu malam.

China

Pihak berkuasa Filipina mula mengesan kehadiran bot-bot China itu pada 7 Mac dan percaya bot-bot itu dikawal oleh maritim militia negara itu.

Maritim Militia ini merujuk kepada pasukan para-militari yang kerap kali digunakan sama ada oleh China atau Vietnam untuk menegakkan tuntutan mereka terhadap Laut China Selatan.

Julian Felipe Reef itu terletak kira-kira 175 batu nautika daripada Palawan, yang menunjukkan ia masih berada di dalam ZEE Filipina.

Sementara itu sebuah agensi kerajaan Filipina melahirkan kebimbangan akan kehadiran banyak bot milik China itu akan menyebabkan masalah “over fishing” serta kemusnahan alam sekitar serta membahayakan navigasi pelayaran.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...